Category: Muhammad

Porsche Panamera Petronas

Porsche Panamera ini ditaja oleh Petronas. Dan dalam perlumbaan baru-baru ini menjadi juara. Ada masa nanti saya tulis berita penuh. Ingat nak bagi pada Encik Matpon, tapi tak jadilah. -Mak Uia-

Motor: Suzuki V-Strom Expedition

Dah lama kita tak bercerita pasal motosikal. Dan walaupun dulu GT ada berura-ura nak buat blog pasal motor dan sampai sekarang pun tak nampak apa lagi tetapi sebenarnya hajat tersebut masih lagi kami pegang. Cuma itulah dia, banyak kekangan daripada nak menjadi.

Continue reading

Honda Meraih Kedudukan Tertinggi Dari Segi Tahap Kepuasan Pelanggan di Malaysia

Laporan J.D Power Asia Pacific: Perkhidmatan dan waktu pengambilan kenderaan yang singkat memberi kesan positif dari segi tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan selepas-jualan. Honda meraih kedudukan tertinggi dari segi tahap kepuasan pelanggan di Malaysia Jumlah waktu singkat yang diperlukan untuk menservis kenderaan atau menunggu mengambil kenderaan telah memberi kesan positif dari segi tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan selepas-jualan, …

Continue reading

VW Pasang di Pekan, Pahang!

Selepas kerjasama antara VW dan Proton gagal nampaknya penggemar kereta dari Jerman ini mempunyai satu lagi peluang untuk memiliki produknya dengan harga yang lebih murah, DRB-Hicom akan memasang 3 model secara terurai [CKD] di kilangnya di Pekan, Pahang. VW baru-baru ini melancarkan 3 model baru di pasaran lokal iaitu Polo, Golf dan Scirocco. Masing-masing berharga …

Continue reading

APRC Queensland 2010: Proton R3 Lumba Dengan Heli!

Awal bulan baru ini tim rali Proton R3 berlumba di APRC Queensland. Keputusan mereka tak berapa elok dan sebab tu lambat sangat berita ni ditulis. Kalau menang awal-awal lagi dah saya tulis, tak cukup papan kekunci nak menaip. Walaupun kalah, tim memenangi hampir kesemua peringkat perlumbaan, Chris dan Alister hampir menang tetapi seperti biasa masalah …

Continue reading

Video: Monster Tajima Lumba ke Langit!

httpv://www.youtube.com/watch?v=G2y3OFf0ArU&feature=player_embedded Siapa yang tak kenal Monster Tajima ni kan, dia ni memang glamor sebab setakat ini tak ada pemandu lagi boleh cabar dia lumba ke langit atau Pikes Peak International Hill Climb. Kali ini dia berjaya lagi memenangi perlumbaan ini walaupun katanya Hyundai akan jadi pesaing hebat. Kereta yang digunakan ialah Suzuki SX4 yang mod …

Continue reading

Minat Jadi Penulis Automotif?

Ada orang kata jadi jurnalis automotif ni memang best, dapat rasa macam-macam kereta dan berita yang orang tak tahu lagi dia dapat dulu. Terpulang pada minat juga sebenarnya, kalau minat betul memang tak ada masalah sebab bila dah bertahun menulis kadang-kadang fikiran jadi tepu. Asyik mengadap benda sama saja. Dan kalau salah bagi info silap-silap …

Continue reading

Perodua Myvi L.E Laku 2,800 Unit!

Sejak mula dijual pada 7 Julai lepas, Perodua Myvi Limited Edition dah terjual sebanyak 2,793 unit dan daripada jumlah tersebut 70% daripadanya adalah pembeli wanita [Bernama]. Saya rasa faktor utama Myvi ini laku adalah warna merah jambu yang kita sedia maklum warna kegemaran wanita. Suzuki Alto yang baru dilancarkan 2 hari lepas pun ada warna …

Continue reading