Proton Saga rupa baru dilancarkan terlebih dahulu di Thailand awal minggu ini di Thai Motor Expo. Jangan emosi, pembuat lain turut melancarkan model mereka di luar negara asal, perkara biasa untuk pembuat kereta global. Tambahan pula, TME bermula lebih awal daripada KLIMS yang mana di luar kawalan Proton.
Category: Muhammad
Dec 03
Petrol RON 95 Naik 5 Sen!
Siri kenaikan minyak seperti yang diumumkan Pemandu memasuki satu lagi edisi bermula tengah malam ini [4 November] apabila Petrol 95 dinaikkan sebanyak 5sen seliter daripada RM1.85 kepada RM1.90. Barang keperluan lain turut dinaikkan iaitu LPG RM1.90 daripada RM1.85 manakala gula RM2.10 daripada RM1.90, masing-masing untuk setiap kilogram. Kenaikan ini dianggarkan dapat menjimatkan subsidi kerajaan sebanyak RM1.1bil yang …
Dec 03
KLIMS 2010: Proton Tuah, Pengganti Persona?
Proton menampilkan lima kereta konsep pahlawan Melaka iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi pada KLIMS 2010. Konsep-konsep tersebut adalah model sedia ada dan masa hadapan grup Proton. Model yang agak hampir dan realistik untuk diproduksikan ialah Tuah yang diura-urakan sebagai pengganti Persona. Gayaannya segar dengan fasia depan menampilkan bahasa desain baru Proton, format badan …
Dec 03
Honda Jazz Wajah Baru!
Model popular Honda iaitu Jazz kini mempunyai wajah baru. Antara perubahan yang dibuat ialah bampar depan dan belakang yang bukan sahaja kelihatan lebih cantik tetapi turut menambah baik aerodinamik kereta. Bampar baru direka untuk mengurangkan rintangan angin dan turbulens pada belakang kereta dengan pekali seret [Cd] berkurangan daripada 0.336 kepada 0.330.
Dec 02
KLIMS 2010: Proton Satria Neo R3 Turbo Concept
KLIMS dibuka hari ini untuk media, saya, Syuk, Bard dan Baii ada di sini. Ruang pameran Proton paling menarik dengan pelbagai kereta termasuk model konsep dipamerkan. Saya mulakan dulu siri KLIMS 2010 dengan Proton Satria Neo R3 Concept. Untuk makluman, kereta ini dilengkapi kit turbo pada enjin CPS nya, 200 kuasa kuda!
Dec 02
Mazda5 2011: RM150,000!
Mazda adalah kereta yang bagus, saya boleh cakap begitu sebab Baii sendiri beli Mazda, jual Mazda dan beli Mazda balik. Sekarang ini dia pandu Mazda Premacy pula. Selain daripada Premacy dia baru beli Perodua Alza, jadi sekarang ini dia ada dua MPV. Semalam Mazda5 dilancarkan, tidak berapa lama selepas ianya dipamerkan pada pameran kereta Geneva …
Nov 30
Nissan Leaf: 2011 European Car of the Year
Semalam merupakan hari bersejarah buat Nissan apabila model 100% elektrik mereka, Leaf, memenangi 2011 European Car of the Year. Model tersebut mengalahkan 40 pesaing lain dan pertama kali dalam 47 tahun sejarah kereta elektrik memenangi anugerah itu. Pesaing lain ialah Alfa Romeo, Citroen, Dacia, Ford, Opel/Vauxhall dan Volvo yang diadili 57 jurnalis daripada 23 negara-negara …