Tidak dinafikan kereta-kereta Perodua yang dimodifikasi memang cun. Paling popular ialah stail JDM namun trend untuk Myvi dan Viva tidak berapa menjadi mungkin kerana harga barang Jepang mari tidak semurah Mira, Move atau Cuore. Pengusaha kit badan tempatan pula masih gagal untuk menarik perhatian kaki modifikasi dan ini sebenarnya adalah peluang perniagaan keemasan kepada mereka …
Category: Muhammad
Dec 09
Sah Grup Lotus Ke F1, Lotus-Renault GP!
Grup Lotus semalam mengumumkan mereka akan kembali ke Formula Satu dengan nama Lotus Renault GP bermula musim hadapan, hubungan ini bukan suatu yang baru kerana mereka pernah bersama pada zaman 80an dahulu. Grup Lotus akan membeli pegangan dalam pasukan Renault dan urusan ini bukan sahaja melibatkan formula satu bahkan kerjasama dalam hal-hal teknologi.
Dec 08
Lakaran Kia Picanto Baru
Semalam Kia telah mengeluarkan lakaran rasmi model pengganti Picanto. Model baru ini digayakan oleh tim pereka Kia di Frankfurt, Jerman di bawah seliaan Ketua Pegawai Rekaan, Peter Schreyer.
Dec 07
X-Style: Perodua Myvi 2011?
Khabar angin Perodua akan melancarkan model pengganti Myvi pada tahun 2011 sudah bertiup kencang dan menjadi tradisi Perodua untuk mempamerkan model masa hadapan di KLIMS. Pada edisi 2006 Perodua mempamerkan Viva dan tidak ramai yang menjangkakan model itu adalah pengganti Kancil.
Dec 06
Motor: Honda CBR250R, Masuk Malaysia Jo!
Honda telah mengeluar dan menawarkan model terbaru, CBR250R di Thailand pada November lepas. Yang menariknya motosikal tourer ini adalah model global yang mana senarai importnya adalah Jepun, Eropah, Amerika Utara, Australia dan ASEAN. Bila bercakap pasal ASEAN maknanya Malaysia pun masuk senarai jo! Penyelidikan dan pembangunan [R&D] CBR250R dimulakan secara asas di Thailand dan dilanjutkan …
Dec 06
Perodua Myvi Masih Laku Keras!
Selepas lima tahun dilancarkan Perodua Myvi masih lagi kereta kegemaran rakyat Malaysia. Mengikut rekod, Myvi adalah kereta terlaris pada empat tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009. Jualan Myvi pada tahun 2010 juga laku keras dan setakat Oktober sebanyak 64,109 unit telah terjual. Pada kedudukan kedua ialah Proton Saga dengan jualan terkumpul …
Dec 05
KLIMS 2010: Honda Civic Type R Euro
Pada KLIMS 2010 Honda hadir gah dengan mempamerkan Civic Type R Euro, model sport premium yang dibina untuk pelanggan menikmati kenderaan harian tanpa meninggalkan prestasi pemanduan yang mengujakan. Enjin 2.0L yang diaspirasi secara semula jadi [N/A] memberikan pengendalian yang ‘sopan’ dan menyenangkan, output luar biasa 148 kW atau 201PS pada 7,800 rpm, digandingkan dengan transmisi …
Dec 04
Proton Wira GSR Turbo Hilang!
Minta bantuan daripada sekutu semua, Proton Wira GSR Turbo no. plat BEC 1919 milik Gina Finanza hilang pada 30 November baru-baru ini. Sesiapa yang ada info minta tel atau sms 013 745 2112. Minta sebar-sebarkan dalam FB atau emel. Selain dari itu, jangan beli barang panas, selagi ada permintaan selagi itu lah benda ini berlaku. …