Grup Volkswagen sedang menggiatkan aktiviti mereka di Asia Tenggara selari dengan program pembangunan Strategy 2018. Christian Klingler, Ahli Lembaga Pengurusan Volkswagen AG dan wakil daripada DRB Hicom menandatangani perjanjian bagi pemasangan kenderaan di Pekan, Pahang yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Model yang dipilih ialah Jetta dan Passat yang akan …
Category: Muhammad
Dec 21
Hyundai i40
Hyundai semalam mengumumkan kereta segmen D untuk pasaran Eropah akan dikenali sebagai i40. Model ini yang dikenali dengan kod VF semasa pembangunan adalah fasa seterusnya dalam evolusi jenama dan produk di Eropah. Dirancang untuk diperkenalkan kepada umum pada Pameran Kereta Geneva Mac nanti, i40 disasarkan untuk meningkatkan persepsi konsumer Eropah terhadap Eropah kepada peringkat lebih …
Dec 21
Honda Insight: Kereta Hibrid Termurah!
Berlawanan dengan persepsi umum bahawa kereta hibrid sukar diterima kerana rekabentuk yang tidak praktikal serta harga yang mahal, Honda Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Insight baru untuk pasaran tempatan. Model ini membuka lembaran baru dalam segmen hibrid dengan rekabentuk menarik dan ciri-ciri praktikal membolehkan pengguna memiliki kereta mesra alam. Buat yang ragu-ragu, Honda Insight didatangkan dengan …
Dec 20
Takziah.
Alfatihah. Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di Cameron Highlands. Minta tindakan SEGERA dan KONKRIT diambil daripada berulang. Daripada tuding menuding lebih baik sepakat selesai masalah.
Dec 20
Lotus City Car Concept, Oktober 2013: Dany Bahar
Lotus City Car adalah varian tiga pintu daripada kereta bandar global Proton iaitu EMAS yang direka oleh ItalDesign. Pada Khamis, Dany Bahar, Ketua Pegawai Eksekutif grup Lotus telah mengesahkan City Car akan dilancar pada Oktober 2013 dan dibangunkan secara bersama dengan Proton dan paling menarik dengan sebuah lagi pembuat global. EMAS akan mempunyai tiga spesifikasi …
Dec 20
Van Panel Daihatsu Gran Max
Daihatsu Malaysia Sdn Bhd [DMSB] baru-baru ini melancarkan van panel Gran Max seterusnya kembali semula ke pasaran van komersil dengan produk baru yang lebih versatil, kapasiti kargo lebih besar, lebih penjimatan minyak dan berbaloi untuk para peniaga. Dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter DVVT dengan transmisi manual lima kelajuan, van panel Gran Max berukuran 4 …
Dec 19
Pameran Jalanan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 25 Proton!
Sempena ulang tahun ke 25, Proton akan mengadakan pameran bergerak daripada 18 November hingga 31 Disember ke seluruh semenanjung dengan sebelas lokasi persinggahan. Destinasi pertama ialah di Stadium Indera Mulia, Ipoh bermula semalam [18 November] dengan 180 peserta yang menaiki 60 kenderaan Proton termasuk 25 kenderaan dari pelbagai kelab pemilik kereta Proton.
Dec 18
Motor: Yamaha Ego LC
Yamaha, pembuat motor champion sedang galak dengan LC, selepas moped 135 LC dan skuchai Nouvo LC kini mereka memperkenalkan Yamaha Ego LC. Enjin bersesaran 125cc pada motosikal ini didatangkan dengan radiator cecair pendingin, standard pertama seumpanya dalam kelas skuter kecil. Yamaha boleh diibaratkan sebagai Toyota dalam dunia motosikal, setiap produknya memang laris dan untuk info …