Category: Pandu Uji

Pandu Uji Nissan Almera Impul: Muda dan Muda Di Hati!

Nissan Almera merupakan produk terlaris Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) selaku pengedar dan pemasang rasmi kenderaan Nissan di Malaysia. Buktinya boleh dilihat di atas jalan raya di mana banyak sekali yang memandu Almera. Faktor penting jualannya adalah harga yang berpatutan, saiz yang besar dan keyakinan pengguna terhadap jenama Nissan itu sendiri. Faktor yang …

Continue reading

Pandu Uji Nissan Elgrand 3.5 V6: MPV Premium Untuk Kapten Industri

Di dalam negara, Nissan lebih dikenali sebagai pengeluar kereta keluarga. Produk yang dipasarkan lebih berorientasikan pelanggan kategori itu dan menjadi tradisi sejak berpuluh tahun dahulu. Ini boleh dibuktikan melalui produk seperti March, Sunny, Sentra, AD Resort dan paling malar segar ialah Vannette. Model-model tersebut kemudiannya digantikan dengan yang baharu seperti Almera, Sylphy dan Grand Livina. …

Continue reading

Pandu Uji Nissan Almera Grade E Automatic

Saya pernah bertanya kepada bekas Pengarah Urusan sebuah syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada syarikatnya. Jawapannya di luar jangkaan apabila beliau tidak memetik jenama Korea Selatan seperti yang saya anggarkan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan alasan pengeluar tersebut boleh ‘mencampak’ harga kereta dengan murah. Benar kata beliau, selang beberapa bulan …

Continue reading

Pandu Uji Honda Civic 2.0S: Imej Sporty, Karakter Famili!

Honda Civic mempunyai legasi yang sangat besar, model itu mula diperkenalkan pada tahun 1972 dan telah terjual jutaan unit seluruh dunia. Sewaktu mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 70an, Civic mendapat sambutan hangat kerana pada masa itu negara tersebut mengalami krisis minyak. Di Amerika Syarikat Honda Civic lebih kepada kereta rakyat, untuk kegunaan orang …

Continue reading

Pandu Uji Volvo V60 T4: Wagon Bergaya!

Tahun lepas saya memandu uji beberapa buah model keluaran Volvo. Dengan Volvo V60 T4 di dalam artikel ini maka sudah lengkap sesi pandu uji saya bersama model-model moden jenama dari Sweden itu. Bukan semua varian tetapi model-model yang di pandu uji mewakili apa yang ingin disampaikan Volvo. Pandu uji pertama ialah sebuah sedan iaitu Volvo …

Continue reading

Pandu Uji Proton Exora Bold 1.6 CFE (KL – Kedah – KL)

Walaupun sudah lama dilancarkan, Proton Exora Bold sebenarnya antara entri yang tertinggi mendapat carian di dalam geartinggi.com, mengalahkan Proton Preve. Kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah, kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut ‘makan dalam’. Walaupun sudah lama dilancarkan popularitinya sentiasa konsisten. Tambahan pula Proton Exora Bold dilihat sebagai MPV yang didatangkan di dalam satu pakej yang …

Continue reading

Pandu Uji Nissan Grand Livina Impul: Kenderaan Keluarga Yang Sporty!

Terus-terang diakui bahawa saya bukanlah peminat Nissan Grand Livina. Saya sukar hendak memahami rasional mereka yang membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut. Paling kronik, saya tidak boleh menerima penjenamaannya sebagai kenderaan MPV kerana rekabentuk Grand Livina yang lebih berat kepada wagon. Bukan apa, ruang tempat duduk ketiganya terhad serta akses penumpang yang sukar ditambah dengan …

Continue reading

Pandu Uji Volvo XC60: Selamat, Bergaya dan Mewah!

Jika ditanya kebanyakan penggemar kereta mengenai Volvo, saya yakin jawapan mereka ialah sebuah jenama kereta yang selamat. Penjenamaan tersebut memang melekat di dalam minda dan ianya bukan hanya setakat pelaris jualan sahaja. Inovasi keselamatan Volvo bermula sejak berpuluh tahun dahulu yang di antaranya ialah cermin hadapan berlamina, talipinggang keledar 3 poin, zon remuk bahagian depan …

Continue reading