Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam mengumumkan di Rantau Panjang, Kelantan yang kereta penumpang baharu akan diwajibkan mempunyai beg udara bermula tahun 2012. Pengumuman yang sangat dinantikan kerana banyak negara lain sudah mewajibkan peraturan ini. Memandangkan pembuat kereta bukan badan kebajikan yang akan suka-suka sedekah beg udara secara percuma maka regulasi terbaharu ini …
Category: Isu Semasa
Jan 18
Alat Ganti Terpakai Diharamkan, Apa Nasib Pada Jun 2011?
Datang bulan Jun akan datang selain dari ulang tahun GT yang kedua ialah pengharaman import alat ganti dan komponen kenderaan terpakai. Peraturan ini dibuat oleh kerajaan semasa semakan Dasar Automotif Nasional pada tahun 2009 kerana faktor keselamatan dan alam sekitar. Bak kata Matpon, sekarang macam mana kira? Untuk informasi pembuat dan yang melulus dasar kerajaan, …
Jan 04
Nissan Fuga/Infiniti M: Untuk Kerajaan Sahaja
Nissan Fuga adalah Infiniti M, jenama dari Jepun untuk pasaran premium. Beberapa bulan lepas saya ada berborak dengan seseorang dari industri tentang Proton akan menjenamakan semula Nissan dan tengah hari semalam topik tersebut dibuka semula rentetan dari khabar angin yang kuat mengatakan Nissan Fuga akan dibekalkan untuk kegunaan kerajaan oleh Proton. Infiniti M mempunyai beberapa …
Dec 14
Fairuz Fauzy Bukan Lagi Pemandu Ketiga Lotus Racing
Fairuz Fauzy kini bukan lagi pemandu ujian dan ketiga pasukan Lotus Racing. Bersama pasukan itu Fairuz sempat lima sesi pemanduan dan selepas ini akan mencari peluang berlumba sepenuh masa dalam perlumbaan antarabangsa lain. Walau bagaimanapun fokus beliau tetapi kepada Formula Satu. Sebelum menyertai LR beliau adalah naib juara kejohanan World Series by Renault Formula 3.5 …
Dec 09
Sah Grup Lotus Ke F1, Lotus-Renault GP!
Grup Lotus semalam mengumumkan mereka akan kembali ke Formula Satu dengan nama Lotus Renault GP bermula musim hadapan, hubungan ini bukan suatu yang baru kerana mereka pernah bersama pada zaman 80an dahulu. Grup Lotus akan membeli pegangan dalam pasukan Renault dan urusan ini bukan sahaja melibatkan formula satu bahkan kerjasama dalam hal-hal teknologi.
Dec 04
Proton Wira GSR Turbo Hilang!
Minta bantuan daripada sekutu semua, Proton Wira GSR Turbo no. plat BEC 1919 milik Gina Finanza hilang pada 30 November baru-baru ini. Sesiapa yang ada info minta tel atau sms 013 745 2112. Minta sebar-sebarkan dalam FB atau emel. Selain dari itu, jangan beli barang panas, selagi ada permintaan selagi itu lah benda ini berlaku. …
Dec 03
Petrol RON 95 Naik 5 Sen!
Siri kenaikan minyak seperti yang diumumkan Pemandu memasuki satu lagi edisi bermula tengah malam ini [4 November] apabila Petrol 95 dinaikkan sebanyak 5sen seliter daripada RM1.85 kepada RM1.90. Barang keperluan lain turut dinaikkan iaitu LPG RM1.90 daripada RM1.85 manakala gula RM2.10 daripada RM1.90, masing-masing untuk setiap kilogram. Kenaikan ini dianggarkan dapat menjimatkan subsidi kerajaan sebanyak RM1.1bil yang …
Dec 01
Minyak Naik, Saman Kurang!
Amacam tajuk entri gua? Ada rasa nak pikat kerajaan tak? Ekekekekekek. Ok la der sapa pakai minyak RON 97 lu orang standby lagi 15 sen yer sebab minyak sudah naik jadi RM2.30 seliter. RON 95, diesel dan sejenis dengannya tak naik jo. Kan gua dah cakap nak meniaga bateri hibrid skim MLM. Kerajaan mesti suka …