Category: Berita

Mitsubishi Concept Global Small

Mitsubishi turut tidak mahu ketinggalan dalam membina kereta kecil global, Ford, Mazda, Toyota dan Nissan masing-masing sudah menjaja model kecil global mereka dan Mitsubishi akan tampil dengan model saingan pada Mac 2012. Ciri-ciri kereta ini ialah kompak, mampu milik, jimat minyak, berkapasiti lima penumpang dan Mitsubishi merancang untuk membinanya di kilang ketiga mereka di Thailand. …

Continue reading

IRC Monte Carlo 2011: Perlumbaan Pra Matang Proton Satria Neo S2000

Sekarang ini sedang berlangsung perlumbaan pusingan pembukaan IRC di Monte Carlo dan keputusan pasukan Proton pada hari pertama semalam tidak bagus di mana kedua-dua buah kereta menghadapi masalah, Chris Atkinson berhenti hanya selepas 700 meter berlumba kerana masalah elektrikal manakala P.G Andersson pula terlibat dalam kemalangan di SS 2. Memandangkan IRC tidak mempunyai kategori super …

Continue reading

Land Rover Defender X-Tech Limited Edition

Land Rover Defender adalah trak yang sangat popular dan masih diproduksi hingga kini dengan salah satu kilangnya di Malaysia. Dan untuk menyegarkan lagi produk ini Land Rover telah melancarkan Defender X-Tech Limited Edition. Menjadikan X-Tech LE istimewa ialah warna Silver Zermatt dan dikontrakan dengan warna hitam pada bumbung dan arca roda. Lebih istimewa buat pertama …

Continue reading

Lexus di TAS 2011

Semalam saya tulis mengenai Toyota di TAS 2011 dan hari ini giliran Lexus pula. Kadang-kadang bila fikir pasal Toyota dan apa yang buat pelanggan melekat pada jenama ini ialah kerana falsafahnya yang buat kereta mesti bergerak dari A ke B tanpa masalah, biar pun tiada karakter tetapi apa kisah, janji sampai ke destinasi dan kerana …

Continue reading

Toyota di TAS 2011

Toyota iQ ini barang baik, biasa kereta kebanyakan sahaja yang dijenama semula oleh pembuat asing tetapi istimewanya iQ apabila Aston Martin menjenamakan semula sebagai Cygnet, kereta mewah mereka. Baru-baru ini di Tokyo Auto Salon, Toyota mempamerkan iQ yang pimped, temanya ialah kereta trek dan talaan iQ bukan dibuat oleh bengkel kit badan cap ayam dengan …

Continue reading

Alat Ganti Terpakai Diharamkan, Apa Nasib Pada Jun 2011?

Datang bulan Jun akan datang selain dari ulang tahun GT yang kedua ialah pengharaman import alat ganti dan komponen kenderaan terpakai. Peraturan ini dibuat oleh kerajaan semasa semakan Dasar Automotif Nasional pada tahun 2009 kerana faktor keselamatan dan alam sekitar. Bak kata Matpon, sekarang macam mana kira? Untuk informasi pembuat dan yang melulus dasar kerajaan, …

Continue reading

Skoda Fabia Monte Carlo

Roda Skoda Fabia Monte Carlo yang berwarna hitam ini mengingatkan saya pada roda Perodua Myvi S.E. Coraknya juga lebih kurang sama. Skema warna hitam merah pula biasa-biasa sahaja untuk model istimewa sempena sambutan 100 tahun rali Monte Carlo dan meraikan 110 tahun penglibatan Skoda dalam sukan permotoran. Warna hitam yang dikenakan pada Skoda ini ialah …

Continue reading

Proton dan Cusco Jual Proton Satria Neo di Jepun

Seperti yang dimaklumkan di dalam entri sebelum ini Proton dan Cusco bekerjasama bagi mengeluarkan Proton Satria Neo rali yang akan dijual di pasaran domestik Jepun. Kereta rali Proton Satria Neo Grup N dibangunkan dan bakal dijual oleh Cusco khusus untuk pelumba Kejohanan Rali Junior di Jepun dan Asia Pasifik. Proton Satria Neo Grup N dibina …

Continue reading