Macamana gua nak kira ni? Nampaknya rancangan hiburan pun panggil orang motorsport masuk rancangan diaorang. Gua harap lepas ni anugerah Mempelam tak ada kategori pelumba lelaki/perempuan popular. Kucar-kacir nanti budak-budak nak ujibakat main drift.
Category: Berita
Feb 25
Kereta Konsep Bandar Proton!
Rumah desain Itali, Italdesign Giugiaro telah meriliskan imej terbaru kereta bandar konsep Proton. Model tersebut menggunakan chasis yang sama dengan kereta konsep sebelum ini cuma imejnya lebih ranggi dengan 2 pintu tanpa tiang B. Selain dari itu, turut disertakan adalah gambar dalaman kereta tersebut yang mana ruang kaki dikatakan setara dengan kereta segmen C, D …
Feb 25
MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009 Pusingan Akhir!
MAM Kart Slalom Series 2009 Rd 4 [27 Feb 2010] MAM Autokhana Series 2009 Rd 4 [28 Feb 2010] Pusingan Akhir, Kawasan Parkir Kereta, Giant Superstore, Tambun, Ipoh. MAM Autokhana Series 2009 Kejayaan penganjuran MAM Autokhana Series & MAM Kart Slalom Series 2009 dalam 3 pusingan sebelum ini di Ipoh telah membuktikan bahawa sukan autokhana …
Feb 24
Tun Dr. Mahathir Rasmikan Kilang Lotus Racing!
Tun Dr. Mahathir pada Isnin lepas merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk. Beliau turut disertai oleh Prinsipal Tim Lotus Racing, Tony Fernandes, 2 Timbalan Prinsipal Tim, Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.
Feb 24
Proton Untung RM 83 juta Suku Ketiga 09/10!
Proton Holdings Berhad mencatatkan keuntungan pra-cukai suku ketiga berakhir 31 Disember 2009 [Tahun Fiskal 09/10] berjumlah RM 83 juta. Berbanding suku sebelumnya, keuntungan susut 18% daripada RM 101 juta. Penurunan keuntungan adalah kerana penurunan jualan domestik dan kos promosi sebelum penghabisan tahun 2009. Untung kumulatif pra-cukai sehingga suku ketiga 2009/10 adalah RM 248 juta, 4 …
Feb 23
Lotus Elise 2011!
Masa mula-mula dapat siaran media dari Lotus mengenai model Elise 2011 saya agak pening juga nak fahamkan apa yang Lotus cuba nak beritahu. Sebabnya dia tulis Lotus Elise model 2011. Tak tahu dia nak beritahu model baru sepenuhnya atau model angkatmuka [facelift]. Berkali-kali juga saya baca emel dan akhir sekali saya tutup sahaja. Tak faham …
Feb 21
Mazda MX-5 LE
Untuk makluman sekutu semua kereta 2 tempat duduk paling laku sekali atas muka bumi ialah Mazda MX-5. Dan untuk meraikan produksinya yang ke 20 tahun, Mazda memperkenalkan edisi terhad MX-5. Nama panjangnya ialah Mazda MX-5 20th Anniversary Limited Edition. Punyalah panjang kalau nak isi dalam geran silap-silap 2,3 baris baru cukup. Sejak tahun 1990, Mazda …
Feb 20
Perodua Kelisa Rali di UK Tahun 2003!
Entri ini merupakan lanjutan kepada entri Perodua Kelisa Rali di UK Tahun 2005. Rupa-rupanya pada tahun 2002 lagi Puan Karen Young dah berlumba rali dengan Perodua Kelisa. Selain dari itu Puan Karen ini tertitis minat berlumba rali dari keluarga beliau. Ayahnya, Encik Bob Johnson seorang jurupandu arah dan berjaya mendapat tempat ketiga dalam World Cup …