Aksesori rasmi pengeluar seperti Ralliart, TRD, Nismo dan lain-lain memang boleh jadi pelaris, tengok saja di atas jalan raya begitu banyak sekali Toyota Vios TRD, Nissan Latio-Grand Livina-Sylphy Impul dan turut tidak ketinggalan versi Modulo untuk Honda. Terkini Honda melancarkan Concept M iaitu set aksesori Modulo dan Mugen untuk model Civic 2.0, Accord 2.4 dan …
Category: Berita
Nov 26
Renault Twingo Gordini 100
Sebelum saya cerita panjang, nama Gordini pada Renault Twinggo merujuk kepada pembuat kereta sport Perancis. Pada era 50 an dulu Gordini merupakan pesaing tegar dalam formula satu. Hubungan Gordini dengan Renault pula berkait bila mana Gordini menala enjin kereta Renault dan akhirnya firma tersebut dibeli oleh Renault.
Nov 25
Mitsubishi i-MiEV: Lima Ribu Unit Sudah Dibina!
Mitsubishi Motor Corporation [MMC] mengumumkan semalam produksi kereta elektrik mereka – i-MiEV yang dibina di kilang Mizushima, Jepun sudah mencapai lima ribu unit. MMC adalah pengilang pertama didunia yang memulakan produksi besar-besaran kereta elektrik [EV] iaitu pada bulan Jun 2009. Sebulan selepas itu i-MiEV mula dijual di Jepun dan lebih kurang tiga ribu unit sudah …
Nov 25
Vauxhall Corsa: Macam Biasa Tengok?
Dalam persaingan perniagaan ayat yang biasa kedengaran ialah kalau kita tidak boleh lawan pesaing, samakan atau ikut mereka [match or follow them] dan sebab itu banyak rupa kereta menyerupai satu sama lain. Perhatikan kereta kebangsaan kita, pada suatu masa saya tidak boleh menerima langsung rupa baru Proton Persona dan Saga, terlalu hendak menjadi VW, begitu …
Nov 24
Video: Toyota Hiace Drift Brader!
httpv://www.youtube.com/watch?v=mq4TaQA1iYA&feature=player_embedded Apa macam? Brader kerja kerajaan jangan cuba ni dengan Hiace lu orang. Apa mau jawab sama bos tayar sudah hangit? Kekekekekekek. -Matpon-
Nov 23
Honda CR-Z Mugen
Saya selalu teruja dengan kereta hibrid, bukan apa sebab ianya jimat minyak dan mesra alam sekitar. Yang penting kita dapat mengurangkan pembaziran dan turut tidak menyumbang ke arah kerosakan muka bumi. Baru-baru ini bila Baii maklumkan yang Honda akan membawa masuk Insight saya terus bertanya mengenai CR-Z dan Jazz Hibrid. Jawapannya negatif, keputusan Honda bergantung …
Nov 22
Ducati dan AMG Saling Berkerjasama
Ducati dan AMG akan berkerjasama dengan lebih erat lagi pada masa hadapan. Tujuan utama hubungan ini ialah untuk membina aktiviti pemasaran bersama. Langkah pertama ialah AMG akan menjadi kereta rasmi pasukan MotoGP Ducati bermula tahun 2011 dan ini bermakna pelumba baru Ducati iaitu Valentino Rossi akan dibawa ke sana-sini dengan Merc talaan AMG.
Nov 21
Minggu Lotus: Elise 2015
Lotus Elise adalah model yang sangat ikonik, bila bercakap tentang Lotus pastinya model ini yang akan muncul dalam fikiran. Elise tidak mesra pemandu dan penumpang, pergerakan keluar masuk sukar dan kalau yang tidak biasa pasti menyumpah. Dan ciri-ciri tersebut akan digantikan pada versi baru yang lebih mesra penumpang di samping mengekalkan sifat utama Elise sebagai …