Tag: R3

KLIMS 2010: Proton Satria Neo R3 Turbo Concept

KLIMS dibuka hari ini untuk media, saya, Syuk, Bard dan Baii ada di sini. Ruang pameran Proton paling menarik dengan pelbagai kereta termasuk model konsep dipamerkan. Saya mulakan dulu siri KLIMS 2010 dengan Proton Satria Neo R3 Concept. Untuk makluman, kereta ini dilengkapi kit turbo pada enjin CPS nya, 200 kuasa kuda!

Continue reading

APRC Queensland 2010: Proton R3 Lumba Dengan Heli!

Awal bulan baru ini tim rali Proton R3 berlumba di APRC Queensland. Keputusan mereka tak berapa elok dan sebab tu lambat sangat berita ni ditulis. Kalau menang awal-awal lagi dah saya tulis, tak cukup papan kekunci nak menaip. Walaupun kalah, tim memenangi hampir kesemua peringkat perlumbaan, Chris dan Alister hampir menang tetapi seperti biasa masalah …

Continue reading

APRC Whangarei 2010: Proton R3 Podium!

Pada Jumaat lepas Proton menyambut ulangtahun ke 25 dengan gilang-gemilang. Proton Emas dibawa pulang dan pelancaran Saga, Exora dan Persona edisi khas 25 tahun. Tetapi seminggu sebelum itu, Tim Rali Proton R3 Malaysia menghadiahkan kemenangan tempat kedua dalam APRC pusingan Whangarei, New Zealand.

Continue reading

Podium?

Rali Whangarei, podium? 🙂 Foto: Proton Motorsports -Mak Uia-

IRC: YPRES 2010: Jumpa Lagi di New Zealand

Saingan Tim Rali Proton R3 Malaysia tamat pada Special Stage [SS] 4 IRC pusingan Ypres, Belgium. Ketiga-tiga buah kereta Proton Satria Neo S2000 mengalami masalah enjin dan gagal untuk menamatkan perlumbaan. Mengecewakan tetapi itulah adat pertandingan dan walaupun gagal Proton telah membawa nama negara jauh ke benua lain. Cabaran Proton R3 seterunya ialah di APRC …

Continue reading

IRC YPRES 2010: Proton Satria Neo S2000!

Proton R3 Malaysia Rally Team bersaing hari ini dan esok dalam Intercontinental Rally Challenge pusingan Ypres, Belgium. Kalau sekutu ingat GT tak pernah ketinggalan melaporkan perlumbaan ini pada musim lepas. Dan tahun ini laporan GT bermula di sini, tim Proton macam biasa diwakili oleh Alister Mcrae, Bill Hayes, Stephane Prevot, Chris Atkinson dan 2 lagi …

Continue reading

IRC: Proton Masuk Sekali!

Akhirnya saya ada sebab kukuh untuk menulis pasal Intercontinental Rally Challenge [IRC], Tim Rali Proton R3 akan berlumba di Ypres Rally, Belgium dari 24 hingga 26 Jun ini. Bak kata Matpon yang rajin gila, Yeah! -Mak Uia-