Tag: Proton

Kereta Proton Anda Mempunyai Masalah? Hubungi Nombor Ini.

Pada majlis pelancaran logo baharu Proton baru-baru ini, syarikat pengeluar kereta nasional itu mengakui tentang kelemahan mereka di dalam khidmat lepas jualan. Menyedari kelemahan itu Proton telah dan akan mengambil beberapa langkah seperti pengenalan model baharu, rasionalisasi rangkaian, menaiktaraf pusat khidmat seperti 4S (jualan, servis, stok alat ganti, cat dan pembaikan kemalangan), 3S dan 1S …

Continue reading

Proton Perdana 2016 Semakin Hampir Dilancarkan – Suku Pertama Tahun Ini

Proton Perdana yang sedang hangat diperkatakan kini semakin hampir dilancarkan. Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton pada kelmarin mempertontonkan bahagian luar, dalaman dan enjin Perdana di dalam sesi previu media. Model yang menggunakan platform Honda Accord generasi kelapan dijangka menarik perhatian ramai melalui rekabentuknya yang menarik dan segar. Berikut merupakan informasi awalan yang dikongsi semasa sesi …

Continue reading

Respon Proton Mengenai Isu Skor NCAP Asia Tenggara

Berikutan pendedahan dari ASEAN NCAP mengenai aduan pengguna tentang top tether yang tidak dipasang pada kereta buatan tempatan berbanding sewaktu ujian pelanggaran, Proton telah memberi respon seperti berikut: Proton ingin memberi maklumbalas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh ASEAN NCAP pada 13 Oktober 2015. Proton telah banyak menguji kereta buatannya di serata dunia seperti di Australia …

Continue reading

Pasca Karnival Alami Proton 2015: Enjin GDI, Perdana, Persona, Saga Baharu dan Iriz 1.3 Turbo?

Karnival Alami Proton 2015 sudah pun melabuhkan tirainya. Acara yang berlangsung selama dua hari berturut-turut itu banyak menghidangkan informasi yang mengujakan terutama sekali mengenai produk dan teknologi masa depan Proton. Terdapat maklumat yang selama ini hanya disimpan sebagai “off-record” di kalangan media sudah pun menjadi separa rasmi dan turut disiarkan secara arus perdana. Berikut ialah …

Continue reading

Proton Perkenalkan Pikap Konsep dan Selingan Proton Perdana Baharu

Pada karnival Alami Proton yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin, Proton memperkenalkan model konsep pikap dan membuat kejutan dengan memaparkan sedikit bahagian depan dan belakang Proton Perdana baharu. Kereta terbaharu Proton yang dipamerkan di studio Proton Design itu ditutup kemas sebelum Tun Dr. Mahathir membuat kejutan dengan mengangkat sedikit penutup kereta bagi menampakkan bahagian …

Continue reading

Karnival Alami Proton Kini Kembali

Karnival Alami Proton kembali lagi pada tahun ini yang memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri keupayaan pengeluar kereta nasional itu. Seperti tahun lepas, karnival itu dilangsungkan di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Shah Alam bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada 3 – 4 Oktober. Masuk adalah percuma dan Proton telah menyediakan …

Continue reading

Bayangan Proton Perdana 2016?

Adalah menjadi kelaziman untuk pengeluar kenderaan menggunakan tayangan filem sebagai platform memperkenalkan model baharu atau membuat kajian pasaran sebelum memasarkannya. Honda dan Chevrolet misalnya menggunakan kaedah tersebut dengan menampilkan model baharu mereka di dalam filem pecah panggung antarabangsa. Syarikat kenderaan nasional Proton turut tidak ketinggalan menggunakan kaedah itu di mana hangat diperkatakan sekarang ini Perdana …

Continue reading

Galeri: Proton Iriz R3 Touring Di Pusingan Keempat MCS 2015

Peminat perlumbaan tempatan terutama sekali pengikut setia jenama R3 nampaknya teruja apabila Proton Motorsports memperkenalkan Proton Iriz R3 Touring. Kereta kompak itu dibina oleh R3 untuk bersaing di dalam siri perlumbaan trek tempatan. Iriz R3 Touring membuat penampilan sulung dan program ujian pada pusingan keempat Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) sebelum berentap secara rasmi di dalam …

Continue reading