Mazda adalah kereta yang bagus, saya boleh cakap begitu sebab Baii sendiri beli Mazda, jual Mazda dan beli Mazda balik. Sekarang ini dia pandu Mazda Premacy pula. Selain daripada Premacy dia baru beli Perodua Alza, jadi sekarang ini dia ada dua MPV. Semalam Mazda5 dilancarkan, tidak berapa lama selepas ianya dipamerkan pada pameran kereta Geneva …
Tag: Mazda
Nov 29
PAS: Mazda2 R Grade
Sebelum tajuk entri ini jadi kontroversi, PAS merujuk kepada pandu uji singkat yang mana pandu uji yang dibuat dalam jarak pendek. Ini Matpon punya idea. [Matpon: Tipu!] _____________ Mazda2 adalah kereta terbaik dunia pada tahun 2008 dan bermula April lepas rakyat tempatan boleh memilikinya. Kereta ini comel – sifat wajib kereta masa kini dan sesuai …
Sep 20
JDM: Mazda AZ-Wagon
Kereta JDM memang digemari rakyat tempatan, mungkin sebab kualiti tinggi atau pun harga yang lebih murah dari pengedar sah. Tengok sajalah Toyota Wish JDM berkepuk atas jalan berbanding Wish Malaysia. Walaupun model ‘sah’ ada segala waranti dan segala macam pakej tapi modal tersebut tetap tak jalan. Artikel ini pula pasal Mazda AZ-Wagon, model yang tak …
Sep 14
Mazda BT-50 [Fighter] Baru
Pikap moden adalah kenderaan yang versatil. Boleh muat keluarga, angkut barang, jarak kelegaan tinggi dan berenjin diesel. Untuk pengetahuan sekutu harga pikap tempatan adalah realistik sebab pembuat nasional tak ada produk dalam segmen ini. Dalam statistik jualan kenderaan pula boleh dikatakan pikap meraih jualan tinggi dan sebab itu kita boleh tengok ianya silih berganti atas …
Sep 09
Mazda6 Laku Dua Juta Unit!
Mazda Motor Corporation hari ini mengumumkan jualan kumulatif global Mazda6 setakat Ogos telah mencapai dua juta unit. Pencapaian ini diraih dalam masa lapan tahun enam bulan sejak produksi bermula pada Februari 2002 di kilang Hofu 2, Yamaguchi.
Sep 07
JDM: Mazda Familia Van
Bila saya terima siaran media ini ingatkan Mazda Familia yang dimaksudkan adalah model hac yang popular dulu tapi bila tengok gambar rupa-rupanya jauh panggang dari api, Familia terbaru adalah wagon. Tetapi Mazda letak nama van. Pelik juga. Dan baru-baru ini model tersebut telah disegarkan kembali dengan penambahbaikan sistem keselamatan di mana beg udara sisi penumpang …
Sep 03
JDM: Mazda Bongo Van & Trak
Sekutu mungkin masih ingat lagi Mazda Bongo. Model ini dan sepupu rapatnya Ford Econovan memang banyak berlegar atas jalanraya kita suatu masa dulu, yela mana nak ada MPV lagi masa tu. Kalau buat balik kampung dan rombongan kahwin ataupun hantar anak masuk U inilah vannya. Jangan tak tau yang letak sofa rotan dalam ni pun …
Aug 27
Paris: Mazda Pamer 3 Kereta
Pada Pameran Kereta Paris nanti Mazda akan mempertontonkan tiga model dengan penggunaan minyak dan emisi yang rendah. Kereta bandar Mazda2 yang dinobatkan sebagai World Car of the Year 2008 akan diperkenalkan dengan beberapa perubahan seperti fasia baru, dalaman yang dinaiktaraf, enjin Euro 5, chasis yang dipertingkatkan untuk lebih keselesaan dan transmisi automotik. Beberapa bulan lepas …