Honda Malaysia telah menetapkan satu lagi penanda aras baru untuk segmen SUV menerusi pelancaran rasmi CR-V serba baharu yang telah dijuruterakan semula sepenuhnya. CR-V Generasi ke-5 ini menawarkan rangkaian ciri baharu yang komprehensif dari segi luaran, dalaman, rangkaian kuasa dan teknologi keselamatan tercanggih. Honda CR-V serba baharu ditawarkan dalam empat varian pada harga kompetitif bermula dari RM142,400 sehingga RM167,700.
Tag: Honda CR-V
Mar 28
Honda CR-V baharu dijual di Thailand – 7 tempat duduk, enjin 1.6 Turbo Diesel
Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd., telah melancarkan Honda CR-V baharu (generasi kelima) dengan gayaan yang lebih menarik, enjin baharu dan dalaman yang lebih luas melalui tujuh tempat duduk. Honda CR-V dibekalkan dengan enjin baharu 1.6L i-DTEC DIESEL Turbo buat pertama kalinya di pasaran Asean dan ia dipadankan transmisi Shift by Wire sembilan kelajuan automatik.