Honda CR-V Baharu Dilancarkan – Canggih Dengan 1.5 VTEC Turbo dan Teknologi Honda Sensing

Honda CR-V 2017 Malaysia

Honda Malaysia telah menetapkan satu lagi penanda aras baru untuk segmen SUV menerusi pelancaran rasmi CR-V serba baharu yang telah dijuruterakan semula sepenuhnya. CR-V Generasi ke-5 ini menawarkan rangkaian ciri baharu yang komprehensif dari segi luaran, dalaman, rangkaian kuasa dan teknologi keselamatan tercanggih.

Honda CR-V serba baharu ditawarkan dalam empat varian pada harga kompetitif bermula dari RM142,400 sehingga RM167,700.

SUV popular di dalam negara

Honda CR-V 2017 Malaysia

Sejak debut globalnya pada tahun 1995, setiap generasi CR-V menyerlahkan konsep mobiliti yang bebas, boleh dipercayai serta selesa pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja secara konsisten.

Sehingga Januari 2017, lebih 8.7 juta unit CR-V telah dijual di seluruh dunia. Di Malaysia, CR-V mencatat sejarah apabila menjadi kenderaan pertama yang dikeluarkan daripada kilang Honda Malaysia di Melaka pada tahun 2003.

Dengan gayaan inovatif dan nilai utiliti yang tinggi, CR-V menarik minat ramai pengguna di Malaysia dengan 68,000 unit berjaya dijual di seluruh negara di mana jualan CR-V Generasi ke-4 yang dilancarkan pada tahun 2013 adalah yang paling tinggi dengan 30,000 unit, sehingga Jun 2017.

Populariti CR-V menjadikannya sebagai SUV paling laris dalam segmennya.

Honda CR-V berkuasa turbo

Honda CR-V 2017 Malaysia

Pemilik CR-V serba baharu akan merasai kuasa enjin terkini Honda menerusi prestasi pemanduan yang luar biasa. Pertama kalinya dalam model CR-V, peminat dan pelanggan baru Honda akan diberi tiga pilihan varian turbo:

• 1.5L Turbocharged Premium 2WD,
• 1.5L Turbocharged 2WD dan
• 1.5L Turbocharged 4WD

Satu lagi varian pilihan ialah 2.0L i-VTEC (2WD) yang menawarkan prestasi pemanduan enjin aspirasi biasa.

Enjin 1.5L VTEC Turbocharged dan 2.0L i-VTEC ini dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah Earth Dreams Technology Honda untuk memberikan keseimbangan di antara prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api.

Paddle shift ditawarkan pada semua varian bagi membolehkan pemandu menukar gear dengan
lebih pantas dan tepat untuk pemanduan yang mengujakan.

Sistem 4WD telah ditambah baik untuk menawarkan pengendalian yang lebih lincah, ringan dan linear sama ada ketika dipandu di laluan berbukit atau jalan berturap demi prestasi yang lebih dinamik.

Rekabentuk tampak gagah dan garang

Honda CR-V 2017 Malaysia

CR-V Generasi ke-5 serba baharu menerima perubahan ketara pada bahagian luaran, sekali gus membuatkan penampilannya lebih gagah dan garang.

Bahagian hadapan dengan rekaan solid wing dan garis badan yang bersegi berjaya membuatkan model itu kelihatan lebih kemas serta estetik. Penampilannya disempurnakan lagi dengan Lampu Utama LED, Lampu Nyalaan Siang LED, Lampu Belakang dan Lampu Brek LED, dan Lampu Kabus Hadapan LED.

Pakej LED sepenuhnya ini menawarkan iluminasi lebih baik, dan bersama Spoiler Belakang dan Rim Aloi Dua Tona, ia memberi gayaan yang moden dan premium.

Jarak kelegaan bumi kini setinggi 198 mm (2WD) dan 208 mm (4WD) berbanding CR-V Generasi ke-4 dengan jarak 170 mm, yang memberikan penampilan yang lebih mantap.

Rekabentuk dalaman – Man Maximum, Machine Minimum

Honda CR-V 2017 Malaysia

Mengekalkan prinsip konsep reka bentuk signatur Honda iaitu “Man Maximum, Machine Minimum”, CR-V serba baharu telah memaksimumkan ruang kabin untuk penumpang dan barangan.

Dari segi ruang kabin, CR-V serba baharu telah direka dengan kombinasi gayaan yang dinamik dan moden untuk menawarkan bahagian dalaman luas serta tahap kegunaan yang luar biasa.

Pemandu dan penumpang boleh menikmati keselesaan tempat duduk separa kulit bersama 8 talaan kuasa untuk pemandu dan 4 talaan buat penumpang. Ini adalah ciri tambahan baru pada CR-V serba baharu.

Sama seperti Honda Civic, CR-V serba baharu dilengkapi Electronic Parking Brake (EPB) yang menggantikan brek tangan/kaki tradisional. Ciri ini membolehkan lebih banyak ruang tersedia di bahagian konsol dan meningkatkan keselesaan ketika memandu.

Dengan ciri Auto Brake Hold (ABH), memandu dalam keadaan trafik yang sesak menjadi lebih mudah. Hanya perlu tekan satu butang, kenderaan tidak akan bergerak tanpa perlu kerap menekan brek.

Honda juga telah menyediakan satu ruang penyimpanan yang luas di bahagian konsol yang boleh menempatkan komputer riba 13” atau beg tangan bersaiz sederhana.

Penghawa dingin dua zon memastikan penumpang hadapan dan belakang CR-V serba baharu sentiasa selesa.

Mengambil kira corak penggunaan penumpang, port USB telah ditambah bagi membolehkan penumpang belakang
mengecas peranti mereka dengan mudah.

Ruang penumpang belakang dan kargo lebih luas

Honda CR-V 2017 Malaysia

Penumpang belakang CR-V serba baharu boleh duduk dengan selesa kerana ruang kaki kini 90 mm lebih luas.

Konfigurasi tempat duduk belakang yang fleksibel pada CR-V membolehkan pemilik untuk mengangkut pelbagai saiz barangan terutama sekali apabila ia dilipat rata untuk memberikan ruang kargo sehingga 1,084 liter.

Honda telah membangunkan ruang kargo untuk digunakan sepenuhnya dan ia kini 250 mm lebih luas berbanding model terdahulu.

Ruang kargo yang luas itu disempurnakan lagi dengan Pintu Belakang Berkuasa yang Boleh Diprogramkan. Ciri khusus untuk CR-V 1.5 TC-Premium 2WD itu merupakan satu kemudahan tambahan buat pemilik untuk mengawal ketinggian dan jarak bukaan pintu belakang dengan mudah.

Pemilik hanya perlu tekan satu butang untuk memprogramkan ketinggiannya. Kemudahan ini ialah satu lagi ciri premium yang ditawarkan buat pertama kalinya oleh Honda Malaysia.

Sistem multimedia Apple CarPlay dan Android Auto

Kemasan pada keseluruhan kabin yang mengagumkan nyata membuatkan CR-V sebagai sebuah SUV yang harus dimiliki. Dengan Paparan Audio Termaju bersaiz 7” yang sedia untuk digunakan bersama Apple CarPlay dan Android Auto tersedia, aspek ketersambungan dan hiburan yang lancar pasti dapat memberi lebih keseronokan ketika memandu CR-V serba baharu.

Teknologi Honda SENSING – Pertama kali ditawarkan untuk pasaran tempatan

Honda CR-V 2017 Malaysia

Dari segi keselamatan, Honda menaikkan piawaian melalui perlindungan menyeluruh yang komprehensif untuk pemandu dan penumpang dalam semua model keluarannya.

Buat pertama kali, Honda Malaysia memperkenalkan Honda SENSING, Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Seterusnya untuk membantu pemandu dalam kondisi pemanduan yang berbahaya.

Honda SENSING menawarkan tiga kategori sistem keselamatan yang terdiri daripada 7 ciri;

a) Driver Cruising Aid
1. Adaptive Cruise Control (ACC)
2. Low-Speed Follow (LSF)

b) Frontal Collision Deterrence
3. Forward Collision Warning (FCW)
4. Collision Mitigation Braking System (CMBS)

c) Side Collision Deterrence
5. Lane Departure Warning (LDW)
6. Road Departure Mitigation (RDM)
7. Lane Keep Assist System (LKAS)

Sistem keselamatan standard untuk kesemua varian

Honda CR-V 2017 Malaysia

Selain Honda SENSING, CR-V serba baharu menawarkan banyak ciri keselamatan yang standard untuk semua varian.

Ini termasuklah Enam Beg Udara dan ciri-ciri baharu seperti Paparan Thin-Film-Transistor (TFT) dan Driver Attention Monitor yang membantu pemandu kekal peka sepanjang pemanduan menerusi kombinasi amaran serta getaran pada stereng.

Ciri keselamatan lain yang ada ialah Vehicle Stability Assist (VSA) dengan Agile Handling Assist (AHA), Hill Start
Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Electronic Brake Distribution (EBD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kamera Undur Multi-Sudut yang nyata melengkapkan pakej premium pada sebuah SUV.

CR-V serba baharu juga dengan pelbagai ciri baru seperti Walk Away Auto Lock dan Lapan Alat Pengesan (1.5 TC 2WD & 4WD dan 1.5 TC-P 2WD) untuk meningkatkan lagi keseronokan pemilikan SUV ini.

Varian tertinggi iaitu CR-V 1.5 TC-P 2WD dilengkapi dengan beberapa ciri mewah seperti Honda LaneWatch Camera, Auto High Beam dan Active Cornering Light.

Lima pilihan warna

CR-V serba baharu didatangkan dalam lima pilihan warna dengan warna Hijau Tua (Dark Olive Metallic) merupakan warna baru untuk kenderaan Honda. Warna Putih Mutiara (White Orchid Pearl) dan Biru Mutiara (Obsidian Blue Pearl) ialah warna baru untuk CR-V.

Warna kegemaran iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Kelabu (Modern Steel Metallic) daripada generasi sebelumnya dikekalkan untuk model Generasi ke-5 ini.

Pakej aksesori Honda CR-V

Bagi meningkatkan lagi aspek eksklusiviti dan praktikaliti CR-V serba baharu, tiga pakej aksesori ditawarkan.

  • Utility Package (RM1,160) – Bekas Kargo, Jaring Kargo, Trunk Organiser, Pelindung Cahaya Matahari dan Filem Perlindungan pada Cermin Tingkap.
  • Urban Package (RM1,790) – Visor Pintu, Pelindung Bampar Belakang dan Pemijak Kaki Sisi Beriluminasi.
  • Aero Package untuk varian 2.0L 2WD dan 1.5L VTEC Turbocharged berharga RM5,900 dan RM5,700. Ia terdiri daripada Bampar Aero, Running Board, Bampar Aero Belakang dan Kemasan Paip Ekzos (2.0L 2WD sahaja).

Harga pakej aksesori ini adalah selepas diskaun sebanyak 10% yang menawarkan penjimatan sehingga RM665.

Harga dan empat varian Honda CR-V baharu

Honda CR-V 2017 Malaysia

Selari dengan hala tuju kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hab Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), CR-V yang dikuasakan oleh enjin 1.5 turbo serba baharu menjadi model terkini Honda Malaysia yang mendapat penarafan EEV.

Berikut ialah harga Honda CR-V baharu (tidak termasuk insurans):

2.0L 2WD berharga RM142,400
1.5L Turbocharged 2WD berharga RM155,700
1.5L Turbocharged 4WD berharga RM161,600
1.5L Turbocharged Premium 2WD berharga RM167,700

Jaminan untuk CR-V kekal 5 tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000 km, tertakluk kepada terma dan syarat. Honda Malaysia mensasarkan jualan CR-V serba baharu ini sebanyak 700 unit sebulan.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.