Dalam satu pengumuman yang mengejutkan Honda Malaysia telah menambah satu lagi varian hibrid di pasaran tempatan pada tahun ini iaitu Honda City Sport Hybrid i-DCD. Varian terbaru Honda City itu sudah ditempah dan pelancaran ini sekali lagi menjadikan Malaysia satu-satunya negara di luar Jepun menawarkan model hibrid selepas Honda Jazz Hybrid.