Honda BR-V adalah kenderaan serbaguna tujuh tempat duduk atau digelar sebagai crossover. Ia bukan sebuah kenderaan yang dibina untuk kelajuan tetapi jumlah jualannya begitu deras sekali. Sewaktu melancarkannya, Honda Malaysia meletakkan sasaran jualan sebanyak 10,000 unit pada tahun ini namun sebaliknya yang berlaku apabila dalam tempoh enam bulan sahaja hampir 11,000 unit BR-V berjaya dijual.