Suzuki Swift Sport Baru Bakal Diperkenalkan Pada September Depan

Suzuki Swift Sport.01

Generasi baru Suzuki Swift Sport akan dipamerkan pada umum pada September depan di Frankurt, Jerman. Swift Sport baru ini adalah susulan daripada model baru sepenuhnya [fmc] sejak versi Sport diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2006.

Model baru ini mempunyai luaran yang agresif hasil daripada rekaan yang rendah yang turut menggambarkan kestabilan manakala gril depan yang besar menampakkan imej berprestasi dan sporty. Kabinnya pula menggabungkan ciri-ciri sporty dan kualiti yang bermutu tinggi serta ciri-ciri rekaan yang melambangkan keseronokan pemanduan.

Kuasa yang tinggi dengan penggunaan minyak rendah pula diperolehi melalui penggunaan enjin 1.6 liter M16A yang dibangunkan khas oleh Suzuki untuk Swift Sport. Enjin itu kemudiannya digabungkan dengan transmisi enam kelajuan MANUAL. Swift Sport baru ini dikatakan mempunyai kestabilan dalam mengambil selekoh yang mantap serta pengendalian yang lebih responsif hasil daripada penggunaan struts dengan internal rebound spring dan rekaan suspensi belakang yang eksklusif.

Tahap keselamatan yang tinggi pula diperolehi melalui badan yang ringan, tegar, menyerap hentakan, tujuh beg udara dan Electronic Stability Program.

Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • pok mat on 11/08/2011 at 8:25 AM
    • Reply

    kemas..

    • jabroni on 11/08/2011 at 8:32 AM
    • Reply

    ride & handling ditala oleh Lotus… secara senyap dan rahsia

    • Alteja on 11/08/2011 at 10:54 AM
    • Reply

    Suzuki Swift baru, buat masa ni, aku hanya mampu membaca & menengok je, yg lama pun tak mampu lagi sebab dah commit kepada “people mover 8 seaters”…

    • exJAVANESE on 13/08/2011 at 1:17 AM
    • Reply

    bpe rege OTR with insuran agak2 natang nih hohh??

    • klgrdrs on 13/08/2011 at 9:22 PM
    • Reply

    ..stylo.cun amat.jatuh cinte gua der!

    • pelug on 14/08/2011 at 12:36 PM
    • Reply

    cun la mat wehhhh…masuk dalam list kereta idaman gua nih after grads degree nih

  1. bape rege?…agak2 mahal drpd yg skrg ni ke?

    • gemuk sgt resing on 22/08/2011 at 6:18 PM
    • Reply

    rega still same with volkswagen polo…pung pang pung pang…wa nak kasi tau si baii pnh ckp jgn pcaya sgt myvi enjin 1.5 dlm review mag aritu..skg myvi 1.5 dilancarkan..apa cer?

Leave a Reply to gemuk sgt resingCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.