SUV ISUZU MU-X SERTAI BORNEO SAFARI 2016 BUAT KALI PERTAMA

isuzu-mu-x-2016-04

SUV gaya hidup tujuh-tempat duduk Isuzu mu-X kini sedia untuk ujian yang paling hebat menerusi cabaran paling menggentarkan – dengan mengambil bahagian dalam Cabaran Offroad Antarabangsa Borneo Safari 2016 yang akan diadakan di Sabah dari 30 Oktober hingga 6 November 2016.

Buat pertama kalinya, sebuah Isuzu mu-X `Monster’ yang telah diubah suai akan mengetuai sepasukan empat buah kenderaan Isuzu Malaysia Sdn Bhd untuk menjalani cabaran getir di hutan belantara Sabah dalam acara 4X4 edisi ke-26 yang terbesar dan terkemuka di Asia. Tiga buah kenderaan Isuzu lain yang menyertai acara ini ialah trak pikap D-Max ‘Monster’.

Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah Faez A Nordin menyampaikan ucapan penghargaannya kepada Isuzu kerana menjadi Penaja Berlian (Diamond Sponsor) bagi  Borneo Safari 2016.

“Kami berterima kasih kerana Isuzu masih terus menyokong acara ini selama 10 tahun berturut-turut.  Sokongan kuat mereka adalah salah satu sebab utama kami dapat mengembangkan acara ini hingga tahap ini. Tahun ini mencatatkan jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarah Borneo Safari, iaitu sebanyak 400 kenderaan. Jumlahnya semakin meningkat setiap tahun!” katanya.

isuzu-mu-x-2016-02

Borneo Safari tahun ini akan menjadi cabaran yang paling sukar setakat ini. Jalan yang dipilih oleh penganjur adalah laluan di kaki Gunung Kinabalu menjangkaui daerah Ranau dan Kota Marudu, yang meliputi laluan sukar sepanjang hampir 40 km yang terdiri daripada laluan balak yang sudah tidak digunakan dan merentasi beberapa batang sungai.

Pengubahsuaian yang dibuat ke atas Isuzu mu-X adalah terhad kepada bahagian luarannya sahaja kerana enjin diesel 2.5-liter VGS turbo Intercooler yang dipadan transmisi automatik lima kelajuan dengan sequential shift adalah kekal standard.

isuzu-mu-x-2016-01

Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd Hajime Machimura yakin dengan kebolehan Isuzu mu-X untuk menyerlah walaupun dalam laluan sukar dan cuaca yang  berbahaya yang dijangka akan dihadapi semasa Borneo Safari 2016.

“Walaupun ia merupakan SUV gaya hidup, Isuzu mu-X mempunyai DNA yang kukuh, sama seperti trak pikap Isuzu D-Max, yang telah berkali-kali membuktikan kemampuannya dalam setiap edisi Borneo Safari sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2005.  Ia sememangnya bersedia untuk lebih banyak lagi cabaran,” katanya.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.