SUPER GT SUGO 2010: Keihin HSV-010 Juara!

SuperGT Sugo 2010.01

Berita ini bulan lepas lagi sebenarnya tapi saya lupa nak buat pendaftaran baru dengan media SuperGT, jadi inilah dia bulan 8 baru cerita.

Pada 25 Julai lepas di litar Sugo berlangsungnya pusingan 5 AUTOBACS SUPER GT. Kelas GT500 dimenangi oleh kereta no. 17 Keihin HSV-010 yang dipandu oleh Toshihiro Kaneishi dan Koudai Tsukakoshi. Kelas GT300 pula dimenangi oleh kereta no. 2 Appl.K-ONE.Shiden yang dipandu oleh Hiroki Katoh dan Hiroshi Hamaguchi.

Tim negara, Petronas Tom’s dan Mutiara Motors pula gagal naik podium kali ini dengan masing-masing dapat no.7 dalam kategori GT500 dan GT300.

SuperGT Sugo 2010.02

Kereta Keihin HSV ini sebenarnya pertama kali naik podium dan menjadi juara pada musim ini. Bagi tim dan Tsukakoshi-san pula ini kali pertama diaorang menang dalam Super GT. Tempat kedua pula turut dimenangi oleh Honda HSV dengan kereta no. 18 Weider dipandu oleh Takashi Kogure dan Loic Duval. Tempat ketiga pula ialah kereta no.6 Eneos SC430 yang dipandu oleh Daisuke Ito dan Bjorn Wirheim.

Honda menang, Toyota/Lexus pun menang tapi di mana Nissan GT-R?

SuperGT Sugo 2010.03

Diikutkan memang GTR patut juara iaitu no. 23 Motul Autech GT-R, kedua pemandu iaitu Benoit Treluyer dan Satoshi Motoyama mendahului perlumbaan lain dengan margin yang sangat selesa bahkan mencatat masa terpantas tetapi sampai saja pusingan 74 kereta yang dipandu Motoyama-san mula buat hal dan berhenti tepi litar. Masalah berpunca dari kegagalan sistem elektronik dan selepas kereta dihidupkan semula banyak masa ketinggalan dan mereka jatuh ke tempat keenam.

SuperGT Sugo 2010.05

Tak apa lah GT-R, lagi 18 hari boleh cuba lagi di litar Suzuka pula ye. Biar Honda rai dulu kemenangan diaorang dan untuk sekutu jangan lupa beli buku Honda Civic: Ikon Produksi Massa, merata-rata dah jual sekarang ini.

Sumber & Foto: supergt.net

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

  1. Syabas Honda…Buat tim negara Petronas Tom’s & Mutiara Motors cuba kat Suzuka plak…

  2. MK bulan Aug mane ni…dah merata gua carik takde lagi ni…

    • gunners on 03/08/2010 at 1:28 PM
    • Reply

    mane jual buku projek baii tuh, aritu cek kat borders time square xder pon…….

  3. honda oh yeahh.. gua drive myvi..

    • azwan nbs on 03/08/2010 at 6:55 PM
    • Reply

    mane mk nie….

  4. yer encik sepat. sekian, thank you.

  5. huh…smlm baru gua dpt MK…letih mencari dipelusuk Mesia..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.