Perlumbaan Fuji GT 400km merupakan pusingan ketiga siri Autobacs Super GT. Berlangsung kelmarin di litar Fuji Speedway dengan 88 pusingan, kemenangan kelas GT500 diraih oleh MJ KRAFT SC430 yang dipandu oleh Hiroaki Ishiura dan Kazuya Oshima.
Perlumbaan dimulakan pada pukul 2 petang dengan cuaca sederhana. Untuk makluman sekutu, pusingan Fuji adalah kedua terpanjang dengan jarak 400km dan setiap tim kena buat dua pertukaran pemandu. Kazuya sebagai pemandu pertama MJ KRAFT berjaya mengekang pemandu PETRONAS TOM’S SC430 dan pelumba lain dalam babak pertama perlumbaan. Rakan sepasukannya, Hiroaki Ishiura kemudiannya meneruskan penguasaan sehingga ke pertengahan perlumbaan dan kembali menyerahkan kereta kepada Kazuya dan beliau memandu dengan baik tanpa ada tentangan dan melepasi bendera penamat dengan tangan bersilang dan kaki bersila [yang ini saya tambah sendiri].
Memenangi tempat kedua ialah juara tahun lepas, tidak lain tidak bukan PETRONAS TOM’S SC430 dan di tempat ketiga ialah ENEOS SC430. Kalau sekutu perasan, dari tempat pertama hingga ketiga ialah tim dengan kereta Lexus SC430 jadi ‘that’s mean’ Toyota/Lexus menyapu bersih kemenangan di hadapan 53,100 penonton di trek kampung sendiri, Fuji Speedway.
Dalam kelas GT300, pemenangnya sekali lagi dari Toyota iaitu COROLLA Axio apr GT dengan pemandu Takuto Iguchi dan Yuji Kunimoto. Paling menarik ialah kedua pemandu tersebut muda belia dengan masing-masing berumur 22 tahun dan 19 tahun. Di tempat kedua pula ialah ARTA Garaiya dan ketiga triple a Vantage GT2
Keputusan Kelas GT500:
- MJ KRAFT SC430
- PETRONAS TOM’S SC430!
- ENEOS SC430
- ZENT CERUMO SC430
- KEIHIN HSV-010
Keputusan Kelas GT300:
- apr COROLLA Axio
- ARTA Garaiya
- triple a Vantage GT2
- WedSport IS350
- HASEMI SPORT TOMICA Z
- 11. M7 Mutiara Motors
Teks & Foto: Supergt.net
-Mak Uia-
13 comments
Skip to comment form
liverpool terkeluar dr saingan liga juara2…ohhh sedeh
hahaha…Chelsea palk berada di landasan tepat untuk bergelar juara…Syabas…Liverpool main liga Europa udoh la…
Gua langsung tak tau biler masa plak race ni ade minggu lepas…
Sambutan rancangan hiburan lagi tinggi dari sukan permotoran…
gua gi tengok acara hiburan..
akademi fantasia tak best…merepek je lebih…yang taun nie je lah..
MU tak le kalah dalam last game nih…
ada sape jumpa wallet aku cicir tak?
double troble…lagu pembukaan…gemuruh…
min lupa diri bila tgk hiburan
pendita_gila
maunya gua tak sawan dengar lagu gemuruh tu..
sepat
berapa ringgit lagi tinggal dalam wallet lu tu?
azwan nbs
gua tak tengok AF tu..gua tunggu rancangan Imam Muda
Mak Uia
sekali sekala layan acara hiburan dua tiga tahun sekali
CaparZo
aih..gua lupa pulak nak komen lu punya komen tu..
C27…
Takpe dah biasa dahhh…hahaha…
ntahapapantah………