Subaru Impreza WRX STI SE!

Di negara kita Scooby bukanlah glamor sangat, kita lebih berminat dengan Evo. Lain pula di Singapura, di sana bolehlah digelar sebagai Scooby Land. Tak tahu kenapa, mungkin juga kita dah terbiasa dengan Mitsubishi-Proton. Setiap kali saya berborak dengan kawan-kawan pasal Scooby mesti akan ada yang kata “maintenance tinggi” dan “tak ramai pomen boleh bikin”.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Subaru Impreza ok juga sebenarnya, bunyi enjin boxer dia tu yang tak boleh tahan. Kalau dia tak bagus takkan Toyota nak beli saham Subaru kan? Baru-baru ini juga Subaru menjadi juara pembuat dalam APRC.

Subaru Impreza WRX STI di atas adalah model edisi istimewa [SE] yang bakal dilancarkan tahun depan. Bezanya adalah sistem suspensi yang lebih keras, lampu halogen berbanding HID, pembesar suara 4 sahaja berbanding 6 untuk standard dan penyaman udara manual berbanding automatik.

Senang cerita ni model hardcore lah. Hujung minggu bawa ke pasar trek. Badan dia pun seksi walaupun ala-ala BMW 1 Series dan Jeremy Clarkson kutuk kaw-kaw masa mula-mula keluar dulu.

Sumber: NetCarShow.com

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Leave a Reply to yuyun Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.