Boon Siew Honda (BSH) pada 8 Disember lepas telah mengadakan sesi ramah mesra media bersama 2 penunggang juara iaitu Khairul Idham Pawi (Juara pusingan Moto3 2016 di Argentina dan Jerman) dan Zaqhwan Zaidi (Juara Kejohanan ARRC 600CC 2016) di Litar Go Kart Sepang. Turut disediakan ialah sesi tunggang uji model perlumbaan dan pengenalan model baharu Honda MSX 125.
Honda MSX 125 merupakan sebuah ‘fun bike’ atau motosikal mini yang popular di serata dunia dan dijangka akan menjadi trend di Malaysia melalui rekaan dan stail yang unik.
BACA: Honda MSX 125 – Motosikal Fun Bike Dilancarkan, RM11,128.94
BACA: Honda BeAT – Skuter Pertama Diiktiraf Kenderaan Cekap Tenaga
Di dalam majlis yang sama, Khairul dan Zaqhwan turut berkongsi pengalaman perlumbaan dan harapan mereka pada musim akan datang.
Majlis itu turut disertai oleh Nobuhide Nagata, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Jualan, Koichi Tonouchi, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perancangan dan Yee Lip Kwong, Pengurus Kanan Jalan.