Honda MSX 125 – Motosikal Fun Bike Dilancarkan, RM11,128.94

honda-msx-125-2016-06

Boon Siew Honda kini menawarkan ‘fun bike’ atau motosikal mini iaitu Honda MSX 125. Motosikal itu popular di serata dunia dan dijangka akan menjadi trend di Malaysia melalui ciri-cirinya seperti prestasi, kualiti binaan, praktikaliti dan stail yang unik.

Seperti model lain dalam segmennya, MSX 125 mempunyai badan yang langsing dengan reraut (fairing) yang anggun supaya mudah untuk mengharungi kesesakan jalan raya dan memarkir. Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 125cc sejukan udara, silinder tunggal 4 lejang yang berkuasa 7.2kW pada 7,000 rpm dengan tork maksimum 11Nm pada 5,250 rpm.

honda-msx-125-2016-09

Tangkinya boleh memuatkan 5.7 liter petrol dengan penggunaan minya yang efisyen melalui penggunaan teknologi suntikan bahan api (PGM-FI). Selain dari itu, motosikal memenuhi piawaian Euro 3 yang lebih mesra alam sekitar.

Casis MSX 125 dibina dari bahan yang kuat iaitu steel mono-backbone frame yang memberikan keyakinan kepada penunggang untuk mengendalikannya di dalam pelbagai keadaan. Rangkanya tegar tetapi pada masa yang sama fleksibel atau sedikit lentur untuk memberi respon yang lebih baik pada perubahan permukaan jalan.

Ukuran Honda MSX ialah 1,755(P) x 730 (L) x 1,000mm (T) yang membolehkannya mudah digunakan pada keadaan trafik yang sesak.

honda-msx-125-2016-01

Reraut yang langsing dipadankan lampu utama dan lampu belakang LED manakala meter bacaan sepenuhnya digital dengan paparan kelajuan, jarak dengan bacaan berkembar, minyak dan jam.

Harga pengenalan Honda MSX 125 ialah RM 11,128.94 (termasuk CBP) dengan waranti 2 tahun atau 20,000km yang mana terdahulu. Motosikal riang ria ini mempunyai 2 opsyen warna iaitu Hyper Yellow dan Burning Red.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.