Hari ini ialah ulangtahun kemerdekaan kita yang ke 53. Ini bermakna dah genap 53 tahun kita bebas dari mendaulatkan penjajah.
Kita mewarisi kemerdekaan ini dari pejuang dahulu yang melawan dengan keris, lembing, pistol ataupun hanya dengan pena dan semangat. Dalam buku sejarah kita baca pelbagai kisah mereka menentang, kalah dan sebagainya. Ada yang digantung secara terbalik, ada yang dibuang negeri hatta ditipu negeri pun ada. Sekarang ini kemerdekaan terletak pada bahu kita dan ke mana hendak kita corak negara ini. Orang kata hendak mengekalkan sesuatu yang kita ada lagi susah dari hendak mendapatkannya.
Laungan Merdeka bukan hanya setakat dijeritkan tetapi perlu turut direnungkan dan diambil peduli.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 53!
🙂
Sumber bendera: Wikipedia
-Skru GearTinggi-
7 comments
Skip to comment form
selamat…
merdeka dari segi laungan aje tapi dari tata sosial,, ekonomi…agama.. merdeka kah kita? renungkan lee
takde pulak kete kebal sama kapal selam berarak pagi ni..
dorg buat kat dlm Stadium Putra Bkt Jalil
aku benci sejarah…
jgn benci blaja sejarah joe.boring je
“SEJARAH MENGAJAR KITA MAKNA KEHIDUPAN”
sejarah mungkin berulang…nyayian tomok…