Selamat Hari Lahir ke 60 VW Transporter!

VW Transporter

Van VW ini memang ayahanda sekolah lama [bapak oldskool!]. Saya ingat lagi jiran saya, pengumpul VW ada sebuah Beetle dan sebuah California. Memang hippies gila walaupun dia bukan jenis hippies. Raya 3 tahun lepas saya beraya ronda kampung naik Beetle hijau milik Ahmad Fauzan Kg. Apal, Jerteh. Dalam majalah KERETA tahun lepas ada disiarkan Combie tulisan Firdaus Abdillah yang sekarang ini bertapa menuntut ilmu persuratan di Puncak Alam Semesta. Rasanya memang tak ada van yang sesuai dah untuk geng-geng hippies selain dari Combie, takkan nak naik Vanette, mana sejuk [cool].

VW California

Selain daripada Combie, model yang serupa turut dijadikan van meniaga atau nama komersilnya VW Transporter. Nama pun ringkas, kalau bahasa Melayu dah jadi VW Pengangkutan. Van ini mula sekali dikilangkan 60 tahun lepas pada bulan Mac tahun 1950 dan untuk pengetahuan sekutu, Transporter  adalah van komersil paling laku sekali dalam dunia di mana 10 juta unit sudah terjual melalui 5 generasi.

Model asal adalah dengan enjin 1.1 liter 4 silinder, sejukan udara dan dipasang pada belakang van. Kuasanya adalah 25ps[!] dengan kelajuan maksimum 60 b/j. Model terkini Transporter pastinya lebih berkuasa, enjin 2.0 liter diesel turbo berkuasa hingga 180 ps dan kelajuan maksimum 119 b/j dengan sistem penstabilan kenderaan dan teknologi brek moden yang mana jauh gila moden dengan model asas dulu.

Sebuah lagi model, lagi glamor dari Transporter ialah VW California yang juga sesuai buat meniaga dan bawa keluarga jalan-jalan. Dalam sejarahnya, macam-macam dah orang buat dengan van ni, pusing dunia, bawa pergi konsert rock, memancing di Ulu Yam, dan macam-macam hal lah.

Semasa menulis entri ini saya asyik senyum saja ingatkan van flower power ini. Siapa ada kenangan manis dengan VW ini boleh kongsi cerita sama-sama. Kecuali Matpon yang kerjanya post selingan mata saja.

Sumber: Newspress/VW UK

-Mak Uia-

Muhammad

16 Comments

  1. Bkn bapak..
    dah bleh bawak gelaran datuk/moyang dah ni,
    pasal dah bnyk generasi ni.

  2. Toyota LiteAce abg ipar gua pun dah nak jadik mcm klasik…Yg ni mmg otai klasik…

  3. kehkehkheh…kg apal tu dah dekat ngan kg gua…dalam 4km jer
    gua ade lubang mane nak cari combi nih….

  4. pernah naik masa Sekolah Rendah pernah dijadikan Van Sekolah… punya lah bising enjin dier… duduk kat belakang lak….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *