Russ Swift Pamer Aksi Lasak Menggunakan Kereta Subaru

Russ Swift Subaru 640 2014.02

Membuat hentian terakhir beliau di Malaysia, Russ Swift berkunjung ke Johor pada penghujung Disember lepas untuk melakukan persembahan aksi pemanduan jitu (precision driving). Motor Image Malaysia selaku pengedar rasmi Subaru di Malaysia telah membawakan kepada warga Johor peluang untuk menyaksikan kemahiran pemanduan jitu Russ Swift yang tersohor. Russ Swift singgah di Johor  selepas Subang Jaya , Bukit Mertajam dan Ipoh di dalam rangka acara Subaru Russ Swift Tour di samping mempromosikan dan meningkatkan kesedaran jenama dan teknologi Subaru. Hampir 10,000 rakyat Malaysia dari wilayah utara dan tengah menyaksikan Russ Swift semasa pertunjukan beliau.

Russ Swift Subaru 640 2014.01

“Saya amat gembira berada di sini, melakukan aksi pemanduan jitu di hadapan rakyat Malaysia untuk kali pertama. Suatu keseronokan apabila memandu kereta Subaru dengan enjin boxer yang dapat memberikan kestabilan yang lebih baik seterusnya membantu saya melakukan aksi yang lebih lancar dan menyeronokkan. Respon yang ditunjukkan peminat Malaysia telah menggembirakan saya dan saya berharap untuk berkunjung lagi untuk berkongsi dengan lebih ramai rakyat Malaysia pada tahun depan,” kata Russ Swift.

Ini adalah kali pertama Russ Swift di Malaysia dan sebelum ini  telah singgah melakukan aksinya di hadapan peminat Subaru di seluruh Asia Tenggara iaitu di Indonesia , Filipina , Thailand, Singapura dan Vietnam.

Silakan kongsi:

3 comments

  1. Cuba test komen dulu kat blog baru ni try tgk power ke tak. Sekian.

    1. Power jugak komen gua ni. Sekian.

  2. Boleh tahan mengada juga si Matpon ni rupanya

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.