Pasukan Red Bull Skoda akan membuat penampilan pertama pada 5 hingga 6 Mac ini pada Rali Mexico iaitu pusingan pertama S-WRC musim 2011. Juara IRC tahun lepas, Juho Hanninen dan Mikko Markkula akan berlumba dengan Skoda Fabia S2000.
Rali Mexico merupakan salah satu pusingan paling mencabar dan stim dalam siri S-WRC. Trek tanah sekitar Leon merupakan ujian sebenar kelasakan sama ada untuk pemandu atau kereta kerana altitude dan suhu yang tinggi. Majoriti perlumbaan dilangsungkan di Sierra de Lobos dan Sierra de Guanajuato yang berlatarbelakangkan gunung dan lembah terbuka. Rali ini mempunyai 22 peringkat perlumbaan dengan jarak 365 km.
Pasukan Red Bull Skoda merancang untuk berlumba dalam pusingan lain di Sardinia, Greece, Finland, Jerman dan Sepanyol. Brader Matpon kita boleh jadi pening nak cari buku Geografi. Dengar kata dia tak puas hati dengan Mat Kacau dapat pergi Jepang.
-Mak/d Uia-
4 comments
Skip to comment form
Mat Kacau pn mnyesal g jepang..pnyer la bsau autoshow,g jauh2 naik flight, sekor tiara pn xde dia kate…haha..
Inilah kete yg Robert Kubica bawak eksiden aritu kan?
kita ade satria neo s000 pon ok la…
SkodaRacing.com and SkodaTeam.com
These domains are released for sale for the first time.
Absolutely the most prestigious, unique and descriptive and the ONLY one in the world. Perfect for racing endeavors and marketing.
Interested?
plus33 (at) gmail (dot) com
TIA