Proton Terima Kunjungan Pasukan Lotus Renault GP

Lawatan LRGP 2011.03

Proton menerima kunjungan pasukan Lotus Renault GP [LRGP] di ibu pejabatnya di Shah Alam pada Khamis. Rombongan LRGP diketuai oleh Pengarah Urusan dan Prinsipal pasukan Eric Boullier yang turut ditemani pegawai pasukan dan pemandu Vitaly Petrov yang baru-baru ini meraih tempat ketiga di GP Australia serta pemandu simpanan Bruno Senna.

Lawatan LRGP 2011.01

Menyambut LRGP ialah Pengarah Urusan Proton, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dan pegawai kanan syarikat dan mereka membawa rombongan melawat fasiliti penyelidikan dan pembangunan dan line pengeluaran kenderaan. Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin berkata kerjasama antara Proton dan LRGP adalah untuk faedah bersama dan bukan setakat syarikat induk Grup Lotus tetapi paling penting ialah sebagai rakan teknikal LRGP.

Lawatan LRGP 2011.04

Dato’ Sri Haji Syed Zainal juga mengumumkan barisan jurutera terpilih akan menyertai famili LRGP di bawah program pertukaran jurutera bagi mendapatkan pengetahuan, skil dan pengalaman baharu. Selain daripada itu, kerjasama ini juga boleh dilihat sebagai ulangan kerjasama dengan Lotus di mana Proton memperoleh faedah melalui teknologi pemanduan dan pengendalian dan memberi imej positif kepada konsumer.

Lawatan LRGP 2011.06

Staf Proton turut tidak ketinggalan di dalam lawatan ini apabila mereka diberi peluang untuk beramah mesra dengan Vitaly Petrov, Bruno Senna dan Jean Alesi. Sempena dengan majlis ini Proton turut menyerahkan hadiah kepada pemenang utama peraduan Grand Prix Challenge iaitu Abdul Aziz bin A.Wahab yang menyertai pertandingan selepas menservis Proton Persona. Abdul Aziz menerima sepasang tiket Suite Korporat [mahal ni yer!] bagi menyaksikan perlumbaan Formula 1 hujung minggu ini.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 08/04/2011 at 8:47 AM
    • Reply

    tempat keje lama gua…. rindunye…

    • belalang_kontot on 08/04/2011 at 9:04 AM
    • Reply

    bile lagi proton nak bukak bg org masuk kilang diorang ek?

  1. Mane Nick Heidfeld?

    • smut_liar on 09/04/2011 at 2:14 PM
    • Reply

    syabas….
    Nick x brapa sihat…

  2. Gila ngantuk gua bangun pepagi ni.

    • azwan nbs on 10/04/2011 at 4:13 PM
    • Reply

    hebat…

  3. ooo…Nick Heidfeld demam…tp dpt gak naik podium …syabas

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.