Proton Prevé Sudah Ditempah Lebih Dari 10,000 Unit!

SUBANG JAYA, 13 Jun 2012 – Dalam tempoh hanya dua bulan selepas dilancarkan, Proton Prevé sudah menerima 11,310 tempahan menjadikannya kereta sedan 1.6 liter paling popular di dalam pasaran.

Prevé dilancarkan secara rasmi pada 16 April 2012 dan ditawarkan melalui tiga varian iaitu Premium 1.6 CFE dengan transmisi 7 kelajuan ProTronic CVT dan dua varian Executive sama ada dengan transmisi 6 kelajuan CVT ataupun 5 kelajuan manual dengan enjin CamPro IAFM.

Dengan harga bermula dari RM62,990 untuk model Executive CVT dan RM59,990 untuk model manual dan RM72,990 untuk model Premium, Prevé didatangkan dengan lima tahun jaminan atau 150,000km (yang mana dahulu) menjadikannya sedan yang menarik dan mampu milik untuk famili dan eksekutif.

Prevé turut menawarkan prestasi yang bersamaan dengan enjin 2.0 liter, kuasa enjin 1600cc CFE ialah 138 bhp pada 4,000 rpm dengan tork maksimum 205Nm dari 2,000 hingga 4,000rpm. Penggunaan minyak pula adalah 6.6liter/100km. Jarak servis Prevé pula adalah setiap 10,000km untuk lebih penjimatan kos pemilikan.

Prevé didatangkan dengan beberapa aksesori seperti butang Push Start*, lampu LED, Electronic Stability Control, Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), perehat kepala aktif, tingkap anti-terperangkap dan empat beg udara*. (*Untuk model Premium sahaja). Ciri unik lain pada Prevé ialah teknologi internet 4G.

Prevé ditawarkan dengan enam opsyen warna iaitu Blue Lagoon, Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Elegant Brown.

 

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • Smut_Liar on 15/06/2012 at 9:43 AM
    • Reply

    barang baik….
    ramai la yg suka…
    ana pun berhajat gak ni….1.6 CFE terbaik…

    • syuk on 15/06/2012 at 5:39 PM
    • Reply

    yup, Exora Bold lagi sedap drpd Preve.

    • Mad Oren on 17/06/2012 at 11:54 PM
    • Reply

    ermmm bacer reviu kat MK pon kata gitu..tapi preve dlm list gua…aaahhhhh biler nk g booking ni..

  1. CVT utk kereta non performance ok la.. kalau torque tinggi ni .. pakai normal auto gearbox pun dah sedap .. torque converter baru feeling

    well.. proton kena amik respond consumer.. cuba try upgrade gearbox sesuai dgn torque.. mahal sikit tapi feel the difference itu yang penting

  2. Joe Özil
    riwayat gua dengan s2000 tu pun baru nak setahun jagung..mana kan la pulak gua nak sambar Prevé ni

    • syuk on 18/06/2012 at 4:14 PM
    • Reply

    Yup. Forte & civic guna normal AT.

    • encikpadil on 18/06/2012 at 7:08 PM
    • Reply

    entah kenapa… aku lg suka design proton tuah… tunggu la facelift nanti tgk macamane…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.