Proton: Power Of 1

Gua rasa, peminat dan bukan peminat Proton sudah tentu maklum tentang pameran yang dianjurkan oleh Proton; Power of 1 yang sedang berlangsung di perkarangan letak kereta Stadium Bukit Jalil bermula kelmarin [14 Mac 2012] sehingga ke Ahad minggu ini [18 Mac 2012]. Perkiraan gua, Proton kali ini bertindak bijak dengan menganjurkan pameran yang sebegini dengan musim cuti sekolah yang sedang berlangsung serentak, ditambah lagi dengan pelancaran lembut [soft launced] kereta baru mereka, meraikan kemenangan Neo S2000 dalam arena rali dan tak lupa juga sempena musim baru F1 yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Oh ya, lupa pula gua nak bagitau, sempena cuti sekolah ini, Upin sama Ipin pun turut hadir memeriahkan sama karnival ini. Jadi, kepada yang ada anak kecil, pun boleh join sama pameran yang bersifat mesra keluarga ini.

Semalam gua telah bertindak mencutikan diri dengan menghadirkan diri ke sini. Pada anggapan gua, waktu gua sampai sekitar jam 10.30 pagi orang tidak ramai dan jangkaan gua ruang letak kereta akan kosong, tapi sesungguhnya ramalan gua tidak pernah benar belaka. Tempat letak kereta boleh tahan penuh juga. Memasuki dewan utama, lu orang akan disajikan [ayat MasterChef ni gua guna] dengan pelbagai perkara berkaitan teknikal mengenai Proton. Lu orang boleh berjumpa dengan adik-beradik Campro yang lain, IAFM, CPS dan tak lupa juga si bongsu, CFE. Di dewan utama ni juga lu orang boleh mendapat info mengenai clay model, dari mula diadun daripada tanah liat sehinggalah menjadi rupa bentuk kereta. Selain dari tu, lu orang juga boleh mempelajari subjek Sejarah tentang meter-meter keluaran Proton dari dulu sampailah model yang nak keluar ni.

Melangkah keluar dari dewan utama ni, tarikan utama yang lu orang akan nampak adalah makwe-makwe permotoran yang sibuk berdiri disebelah menyebelah kereta. Sumpah, gua bukan lagi macam dulu yang terhegeh-hegeh nak ambil gambar makwe daripada gambar kereta. Gua ingat nak halau aja suruh ketepi sikit, tapi apakan daya, dah diaorang sememangnya dah diupah sedemikian rupa. Maka, gua hanya mengambil tayar sahaja daripada gambar betis makwe. Cuma yang membuatkan gua sedikit hairan, sewaktu KLIMS sudah, makwe yang berdiri sebelah kereta Lotus/Proton ni agak sopan juga dengan memakai seluar/baju lengan panjang berbanding kali ini mereka memakai skirt sama baju berlengan pendek. Gua tak pasti,  samada ini adalah impak kecil setelah proses pengambilalihan Proton oleh Kumpulan DRB-Hicom atau pun tidak.

Tapi gua rasa, tarikan utama sebenarnya adalah terletak pada litar mini yang terletak di bahagian tengah ruangan tapak pameran di mana lu orang boleh melayan Neo R3 membawa penumpang bertuah untuk acara Taxi Ride. Sesungguhnya melihatkan keletah si Neo R3 ni memang bisa membuatkan gua tak senang duduk. Kalaulah kenaikan gaji gua 13%, memang gua suruh bini gua dah pergi meminang Neo R3 ni di Proton Edar.

Ok, kali ini betul-betul punya tarikan utama, Demonstrasi Jalanan diketuai si baju kuning, Neo S2000, si baju hitam putih, Lotus F1 dan tak lupa juga si baju hitam putih, P3-21A. Melihatkan Alister McRae yang begitu kesukanan [sporting] dengan penonton, maka sewajarnya beliau diberikan tepukan dari penonton yang memenuhi ruangan Grand Stand. Ho Pin Tung [pemandu untuk tim demo Lotus F1] turut menampilkan aksinya mengawal jentera F1 yang mempunyai beratus-beratus ekor kuasa kuda untuk dilepaskan.

Sebenarnya, cerita banyak pun tak guna. Gua ingat nak datang lagi hari Ahad ni, bawa si kecil gua berjumpa dengan Upin sambil membiasakan dirinya dengan dunia rali, cheewah. Pesan gua cuma satu, pastikan lu orang bawa duit secukupnya, mana tahu lu orang berminat nak beli Rim Sukan R3 yang segak tu dengan harga yang boleh tahan murah juga. Dan tak lupa juga kalau-kalau lu orang berminat nak menempah P3-21A yang telah pun dibuka tempahannya [gua tak berapa berkenan apabila kereta tersebut diletakkan dalam kotak hitam, lepas tu buat lubang tinggi rendah merata buat orang terbongkok-bongkok nak tengok apa isi dalam kotak tu].

-C27-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

  1. Harus pegi nih.. Steady..

  2. camne nak naik r3 neo tu? kena jawab soklan pennzoil ker?? kehkehkeh

    • baung on 16/03/2012 at 1:57 PM
    • Reply

    mane gambar model nye woi

  3. baung
    sori, gua sedang menuju ke arah muslimin sejati..memang takde gambar makwe

    sepat
    kahkahkah..pennzoil pun dah takde lagi..tukar jadi Repsol wei

  4. Azmin

    Kancil gua pakai pennzoil lagi ok kehkehkeh

    Repsol ada sponsor ker event ni?? fuhhh

  5. azmin

    lu tolong la post gambar betis makwe.. Baung dah meraung2 tu kehkehkeh

  6. Gua tak pegi…sekian

Leave a Reply to baungCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.