Proton Persona 2016 Kini Dibuka Untuk Tempahan – Majlis Pelancaran Pada 23 Ogos 2016

Proton Persona 2016 Booking.2016.02

Sedan terbaru Proton iaitu Persona 2016 kini sudah boleh ditempah. Lebih menarik, tempahan tersebut didatangkan dengan promosi khas iaitu 3 tahun servis percuma termasuk barangan dan kos buruh. Tawaran itu hanya sah untuk mereka yang menempah dari sekarang hingga 30 September 2016. Tempoh yang lama memandangkan Persona 2016 akan dilancarkan pada 23 Ogos 2016.

Proton Persona 2016 Booking.2016.01

Terdapat tiga empat varian Persona 2016 iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium SE dengan kit badan penuh. Persona 2016 dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti Eco Drive Assist, Push Start Button, Electric Head Lamp Levelling, ESC dengan Traction Control, Hill-hold Assist, ABS, BA, Enam beg udara dan mencatat skor 5 bintang ASEAN NCAP untuk kesemua varian.

Sebagai indikator harga Persona 2016 berkemungkinan di dalam lingkungan Proton Iriz iaitu bermula dari RM50 ribu hingga RM60 ribu. Persona 2016 didatangkan dengan versi enjin tunggal iaitu 1.6 VVT dan dua opsyen transmisi iaitu manual dan automatik.

GearTinggi.com telah pun memandu uji sedan baharu tersebut dan laporannya boleh di baca melalui pautan berikut:

Pandu Uji Singkat Proton Persona 2016 – 5 Sebab Kenapa Model Ini Setanding Jenama Import

Proton Persona 2016 Booking.2016.03

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.