Proton Mobile Team Pasang Tali Pinggang Keledar Percuma

Selari dengan tagline “Komited Untuk Menjadi Lebih Baik”, Proton Holdings Berhad melalui Mobile Team akan melakukan penjelajahan pemasangan tali pinggang keledar bahagian tengah tempat duduk belakang secara percuma sebagai menyahut undang-undang yang mewajibkan kenderaan memasang peralatan tersebut menjelang 1 Januari 2012.

Pemasangan tali pinggang tersebut adalah percuma untuk pemilik Saga LMST dan Gen.2 yang diproduksi di antara 2004 dan 2008 dan proses tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit untuk setiap kenderaan.

Sempena dengan kempen selama sebulan tersebut, Proton Mobile Team bakal berada di kedai kenderaan terpakai terpilih di Lembah Kelang dan beberapa lokasi lain seperti kem askar dan balai polis seluruh negara, pejabat kerajaan serta universiti awam. Setakat ini, Mobile Team yang terdiri daripada lapan pasukan dengan empat staf telah memasang peralatan tersebut pada lebih 700 kereta sejak ianya dilancarkan pada 5 Disember 2011.

Kajian global menunjukkan yang tali pinggang tengah mengurangkan risiko kecederaan kepala (47%) dan abdominal (52%) semasa kemalangan secara berdepan. Di dalam pelbagai sudut kemalangan pula, tali pinggang tersebut 32% lebih efektif dalam mengurangkan risiko berbanding pengguna yang tidak mengikatnya. Secara keseluruhannya, tali pinggang tengah dapat mengelakkan penumpang daripada tercampak keluar dan menghimpit penumpang hadapan.

Untuk informasi lanjut, pelanggan boleh menghubungi Proton i.Care di talian 1-300-880-888 atau emel i.care@proton.com

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

  1. Perodua pun kasi free

    • perdanaburuk on 13/12/2011 at 4:38 PM
    • Reply

    Aksesori standard wajib mcm ni br diaorg nk bg free. Klu x wajib jgn harap la smpi skrg nk psg. Bg gua yg patut dijadikan aksesori standard wajib bg setiap kereta ialah disc break belakang. Barula konpiden skit handling. Takdela nnt ada org break pakai mulut aje. Hehehe…..

  2. silap tu brake mcm flintstone

    • perdanaburuk on 13/12/2011 at 10:20 PM
    • Reply

    Hhmmm….. Flintstone…..
    Kartun faberet gua masa kecik2 dulu….

    • Alteja on 14/12/2011 at 2:00 PM
    • Reply

    At least dah ada kesedaran walaupun kalo dok seat belakang aku jarangggggg pakai seat….

    • Abang Kasim on 14/12/2011 at 3:55 PM
    • Reply

    Terima kasih kpd sapa2 yg betanggungjawab implement hal ni. Pasni jgn sampai eksiden banyak baru nak implement. Ni dah ramai org kene lenyek lori baru nak buat jejantas. Alamak apsal termasuk bab jejantas ni, hehe. Sori terbebel

    Diharapkan lps seatbelt,

    1) discbrake blkg
    2) LED daytime running lights (mcm audi)

    • belalang_kontot on 15/12/2011 at 12:38 AM
    • Reply

    patutla mase gua nak anta saga megavalve gua aritu proton reject..
    rupenye utk belt tgh lmst ngan gen2 je..
    aduyai…
    napela 1st batch saga megavalve takde seatbelt…
    proton,kasila free satu kali utk saga lama psg belt blakang…

    • shaharudin on 02/01/2012 at 5:39 PM
    • Reply

    proton saga tahun 1989 wajib pasang tali pingang belakang ke.

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.