Proton Mencatat Keuntungan Sebanyak RM81 Juta Sebelum Cukai Pada Sukuan ke-4 2010/2011

Logo Proton

SUBANG JAYA, 25 Mei 2011 – Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad hari ini mengumumkan keuntungan kumpulan tidak beraudit sebelum cukai pada sukuan ke-4 2010/2011 adalah sebanyak RM81 juta hasil daripada peningkatan jualan kenderaan.

Jualan domestik untuk tempoh itu telah meningkat lebih daripada 21% berbanding sukuan sebelumnya [44,870 unit vs 36,943 unit pasa S4] yang disumbangkan oleh beberapa model iaitu Persona, Saga, Exora dan Inspira. Hasil daripada itu, kumpulan telah kembali mencatat keuntungan dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM81 juta berbanding kerugian sebanyak RM51 juta pada sukuan sebelumnya. Prestasi itu turut disumbangkan bisnes perniagaan Proton dan Lotus Group International Limited [LGIL]. LGIL juga turut mencatat jualan kereta yang lebih tinggi.

Peningkatan permintaan kenderaan Proton dapat dilihat dengan perolehan sukuan meningkat kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.2 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan lepas.

Keuntungan kumpulan sebelum cukai pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 adalah RM215 juta rendah daripada keuntungan RM261 juta pada tahun kewangan lepas. Penurunan ini disumbangkan oleh kos penjenamaan yang lebih tinggi dan penstrukturan semula LGIL yang merupakan sebahagian daripada program transformasi bisnes untuk lima tahun akan datang. Usaha ini dapat dilihat daripada pra-pengenalan lima model baru Lotus dan akan mula dijual kepada umum seawal 2013.

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • ala lingkup on 29/05/2011 at 11:42 AM
    • Reply

    banyak la bonus tahun ni

  1. Sapa? Sapa? Sapa? Boleh la letak bodykit kat Veyron kan.

    • yuri on 29/05/2011 at 11:38 PM
    • Reply

    bonus banyak!!!
    aminnnn…

  2. jgn mengharap

    • yuri on 30/05/2011 at 8:54 PM
    • Reply

    saye memerli sebenornye
    hehe

Leave a Reply to MatponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.