Bulan lepas orang besar Proton dan Lotus bermesyuarat bagaimana untuk meningkatkan lagi kerjasama antara dua syarikat tersebut dan pada masa yang sama juga Lotus mengumumkan yang mereka akan berlawan secara terus dengan pasaran kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini.
Selain dari itu kini kedengaran cakap-cakap industri yang Proton dan Lotus akan berkerjasama mengeluarkan jenama baru. Memang tidak pelik dan memang amalan biasa pembuat kereta. Lexus, Scion, Infiniti dan Acura adalah jenama lain bagi Toyota, Nissan dan Honda.
Jika Proton untuk pasaran umum, Lotus untuk pasaran mewah adakah jenama baru nanti mewakili pasaran sederhana tinggi atau jenama khas untuk kereta hibrid Emas?
Apapun, membina jenama baru bukan mudah, perlukan kos yang tinggi dan tenaga yang banyak untuk meyakinkan pelanggan. Tetapi ianya perkara yang menarik untuk diterokai.
Jika betul, satu tindakan berani dari Proton.
-Mak Uia-
15 comments
Skip to comment form
aku sokong kalau nak kerjasamaa tapi kalau sekerat jalan xguna jugak
Proton+Lotus=Plotus
Proton+Lotus=Protus
Proton+Lotus=Prolot
Ada spy pic model baru Proton iras-iras Caldina…
iras2 caldina..sekali enjin campro 1.6 heheheheh!!
oke lah tu kalau nak bekerjasama..lgipun lotus kan anak syrikat Proton..kalau dpat tingkatkan psaran proton mlalui lotus pn oke gak..
apaaa….yaanggg..penting..KERJASAMA…..
apaaa….yaanggg..penting..KERJASAMA…..
kerjasama biar smpai enjin keta pon kaw-kaw…x pon 1st enjin tobo mlysia….hee
o
k
aku ada nampak kat test track proton ari tuu, sebijik keta mcm ferrari warna merah ada lambang proton fuh cair beb…..
nape diorang tak amik inisiatif utk lonjakkan nama proton terus nama perlukan entiti yg len ek?
nape diorang tak amik inisiatif utk lonjakkan nama proton terus tanpa perlukan entiti yg len ek?
sbb lmbg proton skang xle blah
cm katun thundercat
Dari aku skolah lg da, aku da pkir..kalo proton nk berjaya, dia kena ikot persepsi org luar dan org2 muda..Skrg baru nampak kemajuan proton coz da wat rombakan dlm admin. Good Job..nice job 2 Lotus also..Aku suka dgr proton bkl kuarkan enjin turbo. Jgn lupe kuarkan supercharge lak pasni, pastu, bodykit yg stylo mylo..Pedulikan JPJ.