Proton Lekir: Lotus Europa

Proton Lekir.04

Pernah dengar Proton Sepang? Kereta sport yang pernah dirancang untuk dikeluarkan oleh Proton. Walau bagaimanapun projek ini tidak menjadi dan baru-baru ini Proton Lekir yang diambil daripada Lotus Europa ditayangkan di KLIMS. Dari situ kita boleh andaikan yang projek Proton Sepang dahulu adalah Lotus Europa. Bila ditanya oleh pemberita model manakah yang menjadi kegemaran Dato’ Syed Zainal jawapan beliau ialah Lekir selepas Proton Tuah. Menarik. Tambah DSZ lagi, Proton perlukan produk yang menarik bila mana persepsi awam mengenai barisan kereta Proton adalah biasa-biasa saja. Selepas KLIMS di buka kepada orang ramai, DSZ memaklumkan kepada wartawan yang kemungkinan Lekir akan diproduksikan.

Proton Lekir.07

Selang beberapa minggu, Pengarah Perancangan Korporat Proton, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali mengesahkan kepada pemberita di Kota Baharu yang Proton akan menghasilkan sebuah kereta sport ala Lotus dan akan dikeluarkan dalam masa dua tahun. Ini bermakna kereta sport Proton kelak bukan setakat tukar lambang Lotus kepada Proton sahaja dan tempoh dua tahun sebenarnya sudah cukup untuk membina sebuah kereta baru. Selamat untuk dikatakan yang Proton baru ini akan mempunyai DNA dan identitinya yang tersendiri.

Proton Lekir.01

Untuk rekod, Lotus Europa dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo dengan output 200ps dan 272Nm tork. Memandangkan Proton mempunyai CFE kemungkinan besar enjin Campro tersebut akan dimuatkan ke dalam ruang enjin kereta ini nanti. Akhirnya Lotus versi Proton akan dikeluarkan, seperti yang diminta ramai.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

22 comments

Skip to comment form

    • strokeboi on 28/12/2010 at 8:39 AM
    • Reply

    mesti mahal..

    • Ahli Pak Leman on 28/12/2010 at 8:48 AM
    • Reply

    Keta sport, mana ada yg murah. Wira convert aku gak yg best sebab setakat ni, tu je keta sport yg aku ada.

    • karuk on 28/12/2010 at 9:34 AM
    • Reply

    kalu x silap, prototype model ni sudah di uji sekitar 2006-2007. lps tu senyap. x lama kendian diorang jln projek BLM….

    • basikal on 28/12/2010 at 9:36 AM
    • Reply

    terbaeekklah..inilah yg dinantikan….

    • ala lingkup on 28/12/2010 at 11:02 AM
    • Reply

    vios yg pki torsion beam tu x dak lak yg merungut mahal

    • jamal on 28/12/2010 at 11:50 AM
    • Reply

    Design Lotus ni rasa2 susah rakyat malaysia nak terima.lain dari yg lain & pelik.pendek kata pilihan terakhir golongan berduit yg tak kisah sgt harga kereta.klu tak mesti bilangan Lotus Exige/Elise sama byk dgn kereta sport jepun kat malaysia

  1. Bdk2 MLM nnt pkai la kete ni plak…kekekeh…

    • azwan nbs on 28/12/2010 at 1:35 PM
    • Reply

    harga gerenti bawah 150k….
    smart jugak kete nie…

  2. Dodge ni dah lama buat keje rebadge Lotus

    • cb400vtec on 28/12/2010 at 5:18 PM
    • Reply

    haa..da mintak 2 pasni bli la..jgn mintk je proton kuarkn kete sport..blinye idak..
    kete nk sport,enjin nk turbo,design nk cun,hrge nk murah..bikin sndiri yop..

    • berry on 28/12/2010 at 6:23 PM
    • Reply

    wa stuju ngn mr. cb400vtec…

    • ciput on 28/12/2010 at 11:24 PM
    • Reply

    dari segi apa yang aku pikir keta memang meletup punya tapi harga pun kena ikut harga yang berpatutan

    • Shafeqrie on 29/12/2010 at 8:33 AM
    • Reply

    kereta super untuk rakyat…..

    • pak mat tempe on 29/12/2010 at 9:05 AM
    • Reply

    cam pro turbo dah de…
    bila nak wat cam pro V6?

    • belalang_kontot on 29/12/2010 at 9:21 AM
    • Reply

    wa pun stuju ngn cb400vtec…da wat tanak beli memang nak kne sepak..cam neo…mintak kete hatchback 2pintu tp las2 tak ramai yang beli…

  3. L5 660 gua tahun 96 lagi sporty heh

  4. yeah sepat sudah kembali ke alam turbo selepas myvi dia pakai ivtec

  5. Pasni tukar nama jadik Sepat Turbo plak la…kekekeh

  6. orang Malysia, mntak macam-macam,macam nak beli..last-last kete ni jadi projek yg gagal je nanti..tpi tak try,tak tau gak kan..

    • hong on 08/03/2012 at 9:33 PM
    • Reply

    smrt lah keta 2 gud2..like2…cm 2 lah bru org yg beduit nk beli…pas 2 buat texsi amacam wokey

  7. bilo nak kuar nie.. den tak sabo dah nak boli keto hang lekir…hang nk join naik keto ceq pown boleh……………………………………………………………………………………………………………….blah……

Leave a Reply to pak mat tempeCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.