Proton Lancarkan Saga FLX SE (1.6 CVT)

Proton Saga 1.6 CVT sebenarnya dah lama jadi berita panas. Dan kelmarin Proton secara rasminya melancarkan Saga FLX SE yang mana di atas kertas nampak lebih berbaloi daripada Perodua Myvi Lagi Power, Lagi Best. Model terbaru Saga SE itu nampak lebih sporty berbanding Saga FLX yang walaupun sudah berwajah baru tetapi tetap nampak ketinggalan satu zaman di belakang dek kerana profail sisi, papan pemuka dan bahagian belakang yang direka seolah-olah pasaran tempatan seperti negara yang ekonominya disekat oleh Amerika Syarikat.

Berbeza dengan Saga 1.6 yang dilancarkan beberapa bulan lepas, Saga FLX SE dipasangkan dengan transmisi  tunggal CVT. Kombinasi enjin 1.6 liter Campro IAFM dengan transmisi CVT menjanjikan tork yang lebih baik, empat peratus lebih pecutan dan empat peratus lebih jimat minyak berbanding Saga 1.6 FL.

Dengan perbezaan sebanyak RM2,900 (RM49,449) berbanding Saga 1.6 FL, Saga FLX SE mempunyai beberapa perubahan baru, antaranya:

  • Roda aloi 15″
  • Kit badan
  • Lampu kabus
  • Lampu belakang jernih
  • Interior yang dibalut kulit
  • Dua warna: Solid White & Fire Red

Sejak dilancarkan pada Januari 2008, sebanyak 274,469 unit Saga sudah berada di atas jalan raya dengan tempahan yang diterima Proton sebanyak 331,768 unit. Sasaran jualan Proton untuk model terbaru itu sekitar 500 unit sebulan dengan sasaran tahun kewangan 2011/12 sebanyak 78,752 unit.

Di dalam perkembangan yang lain, Proton akan melancarkan beberapa model lagi pada awal tahun depan iaitu Exora Bold, Exora Prime, Proton Inspira R3 (ori) dan model sedan global baru.

PROTON LAUNCHES SPORTIER SAGA FLX SE

SUBANG JAYA, 30 November 2011 – To provide car owners with greater excitement and driving pleasure, and more performance and fuel economy from an affordable vehicle, national car company PROTON Holdings Berhad today unveiled a new Saga variant, the Saga FLX SE.

Powered by a 1.6 litre Campro IAFM engine and available only with CVT automatic transmission, the Saga FLX SE is priced from RM49,449 (Peninsular Malaysia). Car buyers can view the new model at all PROTON showrooms from 1 December 2011.

“The introduction of the Saga FLX SE effectively expands the range of the Saga model by providing customers with a vehicle that has a higher engine capacity while at the same time, reaffirming the Saga as the people’s car given its exceptional affordability and value for money attributes that include better fuel economy, greater performance, and superior ride and handling characteristics,” said PROTON Holdings Berhad Group Managing Director Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin added that the Saga FLX SE is also a model that was designed to appeal to the younger generation of car buyers who now have the option of owning an entry-level vehicle which offered not only affordable ownership and upkeep, but exceptional performance – in line with PROTON’s brand promise of “Committed to be Better.”

The combination of the 1.6-litre Campro IAFM engine with the CVT automatic transmission delivers better torque, four percent better acceleration, and reduces fuel consumption by an additional four percent compared to the current 1.6-litre Saga.

Priced RM2,900 above the current selling 1.6-litre automatic Saga FL, the Saga FLX SE features eight and three exterior and interior changes. The car is fitted with 15” inch alloy wheels, an all round factory-fitted body kit, fog lamps and smoked finishing rear lights. The cabin is trimmed in leather which comprises the seats, steering wheel, door ornament, parking brake and gearshift lever.

Since the Saga was first launched in January 2008, there are already a total of 274,469 units of Saga on the road with PROTON receiving some 331,768 bookings. The Saga remains PROTON’s best selling model to date and in 2010 rose to being ranked the second top most selling car in Malaysia. The Saga has also won five prestigious awards within three years of its introduction, which includes being named Best Model of the Year in 2009 by Frost & Sullivan, and crowned Best Passenger Car of the Year in 2010, also by Frost & Sullivan. On average, PROTON sells about 6,500 units of the Saga per month.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin expects the new Saga FLX SE to sell in the region of 500 units per month. PROTON’s target is to sell some 78,752 units of the Saga in its current 2011/12 financial year.

Available in two colour choices – Solid White and Fire Red – the Saga FLX SE comes with a three-year or 100,000km warranty (whichever comes first). Customers who have ordered a Saga and are still waiting for their car to be delivered can opt to change their booking to the Saga FLX SE at the respective showroom in which the booking was originally made.

Silakan kongsi:

84 comments

Skip to comment form

    • perdanaburuk on 02/12/2011 at 12:03 AM
    • Reply

    Gua 1st. Inilah saga plg SE pernah gua tgk. Kemunculan tepat pd masanya. Harap bole mengatasi angka jualan myvi 1.5 SE lg best yg sebenarnya x berape best pun bg gua.

    • Abang Kasim on 02/12/2011 at 8:27 AM
    • Reply

    Tak syak lagi, ni la varian Saga yang paling mahal. Tapi berharga cuma RM49k.

    Myvi 1.5 Extreme (varian Myvi paling mahal), berharga RM61k. Jauhnya beza harga. Harap Perodua boleh turunkan harga utk compete.

    Walaupun Saga ni tak ngancam bagi saya (pendapat peribadi, sapela nama designer yg reka Saga ni ek?), tapi atas kertas segala specs yg ditawarkan cukup untuk kalahkan Myvi.

    1.6, bonet yg luas, CVT.

    Cuma Myvi ni sudah terbukti kelasakan enjinnya. Tahan, dan tak manja bak kata orang.

    Ada dua perkara yang berlegar di fikiran saya selama ni. Pertama, umum mengetahui Saga merupakan kereta utk rakyat berpendapatan sederhana. Tapi bagi saya, walaupun utk yg berpendapatan sederhana sekalipun, design tak perlu lah buruk. Apa salahnya kalau design yg mengancam sikit. Ye tak?

    Kedua, saya merasakan harga Myvi dan Saga terlalu mahal. Mungkin tinggi profit marginnya oleh proton atau perodua. Saya percaya kos untuk membuat sebuah Saga tak lebih pun RM15k. Kalau Myvi saya tak pasti, sebab itu adalah kereta yg direbadge.
    Kesian orang2 kita tanggung hutang lama2. Hutang tak abis, kereta dh buat hal.

    Apa kata sekutu GT sekalian? Atau Abg Kasim tersalah kali ni?

  1. Mmg mahal abg kassim hehe.. sebabnya product local assemble.. so patut bila dah ada local factory produce parts ni makin lama harga mesti ada kurang tapi tak tau laa industri otomotif msia ni.. diorang selalu guna terms ‘industrial tax’ which is very funny to hear since proton is fully support n breed by govt all this while suddenly claim cost itu ini.. tapi at the same time operation is expanding.. so proton mesti untung kan? jadi komen2 mcm ni perlu laa dielakkan kalau nak bebetul rakyat sokong produk ni .. pls lower down the price.. even u want to maintain the price pun please give us the same quality like the export delivery ..itu aje proton.. are we asking too much?

  2. Setuju dgn abg kassim & sepat…satu lg kebanyakan kete buatan (tak kire la Perodua ke Proton) baru pkai max 3 tahun dah mcm2 hal…berbunyik sane sini…warranty cuma setahun je…mane cukup…kalo dorg berani letak la 5 tahun warranty tanpa kiraan batuan…amacam?

    • encikpadil on 02/12/2011 at 9:54 PM
    • Reply

    nanti korang kena banned atas alasan x patriotik, suh duk kat usa, x bersyukur, x berterima kasih dan segala macam x lg… x caya? tunggu… hu hu…

  3. Sapa kata gua tak patriotik silakan tapi gua nak tanya sebelum tu kpd yg bebetul patriotik tu, kalau gua nak beli apa jenis kereta even proton gua pakai duit dari poket lu ker? My dollars and cents are more valuable from patriotism tak tentu hala.. Apa makna patriotism kalau yg eksport lagi bagus dari local use..so who’s patriotism are we discussing now?

    It’s sound harsh but thats the reality… Bitter to swallow…cewwaahh…tqvm

    • exJAVANESE on 03/12/2011 at 4:09 AM
    • Reply

    alaa…satu sokln je gua nk tnye sekutu2 ni sume…
    kete ni KEPELUAN ke KEHENDAK?

    klu rasa2 untuk keprluan, intai2 laa kocek korg..klu saga je yg larat korg baya bln2, ye pakai saga je..xperlu mnyusahkn dri g angakt vios ke civic ke…

    klu rsa2 untuk kehendak, klu kocek luorg sedalam laut, g la angkat alepat sebijon..hihi

    Natijhahnya, hidup ni semantara je joo, bersukur je pe yg kita dapat skrg..amin.

    • perdanaburuk on 03/12/2011 at 9:17 AM
    • Reply

    Marila kita pakat ramai2 sokong beli kete proton. Mana tahu model proton bole turun harga lg. Gua ngidam inspira tp mampu lagi beb. Inspira R3 pun mari gak tp limited aje. Inspira manual standard sudah bole kasi conbert facelift evo sepuluh.

    • pok mat on 03/12/2011 at 3:03 PM
    • Reply

    org2 baru keje buleh dah tu nak beli saga.

    • Abang Kasim on 03/12/2011 at 4:11 PM
    • Reply

    Apa khabar semua?

    Ok mari Abang Kasim sambung. Ini bukan sebab keperluan atau kehendak. Ini adalah keperluan + kehendak + keselesaan + kepuasan + trouble free. Kenapa kita makan nasik dengan lauk pauk2? Sebab lazat? Kenapa kita minum air sejuk manis? Sebab sedap? Sedap hanya di mulut, lepas je tekak dh tak rasa apa2. Kalau KEPERLUAN, kenapa tak makan nasi ksong je? Abg Kassim pecaya anda akan kenyang kalu makan nasi kosong seperiuk. Kalah orang yang makan nasi beriani sepinggan. Hehe

    Bagus bila ada orang timbulkan isu patriotik kat sini. Abg Kasim seorang yg patriotik. Sebab mencintai negara tu sebahagian dari iman. Tapi syg pada negara tak bermaksud Abg Kasim tunduk, patuh, angguk mcm burung kak tua 24 jam. Ada benda tak setuju Abg Kasim akan bangkang, sambil bagi pendapat utk betulkan.

    Abg Kasim sygkan Proton. Walaupun skrg Abg Kasim tak lagi pakai Proton. Sebab Abg Kasim pecaya, walaupun Abg kasim tak beli, beratus ribu malah bejuta lagi org lain akan beli.

    Kalau benar Proton (atau Perodua)ni utk rakyat, turunkan harga. Terus terang, harganya sgt tak logik, sgt mahal. Profit margin sgt tinggi! Sekurang2nya turunkan harga utk pasaran Malaysia, utk pasaran luar naikkan beberapa kali ganda pun tak apa.

    Kita mungkin tak dapat nak hapuskan cukai kereta import, tapi kurangkan cukai tu. Sebab semua paham, ada kepala2 yang sentiasa mncari peluang nak kikis hak rakyat.

    Ni pendapat sy.

    1) Proton sepatutnya murah sgt sebab local made. and most of the parts are local made too.

    Pernah sekali sorang pegawai atas kastam (kwn lama) tunjukkan pada sy list harga kereta yang sampai di Pelabuhan Klang. Sy tertarik dengan harga Toyota Vios. RM30k aje! Cuba kite renungkan, apa yang terjadi sekarang.

    Toyota jual dengan harga RM30k, bermaksud toyota dah untung sgt2. Berapa kos sebijik Vios? Imported tuuu

    Saga SE RM49k, local made. Boleh sape2 tolong bagi penjelasan kenapa?

    Ni bukan hal politik, sebab Abg Kasim tau, bercakap pasal nak hapuskan cukai adalah Kesalahan Besar bagi seorang rakyat. Menarik duit dari kocek pemimpin, adalah kesalahan paling tertinggi. Anda akan dibuang ke Planet lain. Hehehe

    • perdanaburuk on 03/12/2011 at 6:21 PM
    • Reply

    Mmg betul n gua sokong pendapat abg kassim 100%. Klu nk diikutkan smpi bila2 pun cukai keta x akan turun selagi ada kepala2 tamak haloba ni. Kita sebagai penggunalah harus bijak memilih samaada keperluan atau kehendak……..

    • enjoy honda on 03/12/2011 at 11:25 PM
    • Reply

    yg aku tau kepala2 tu xsedar dorg bodoh untuk jd kepala..

    • exJAVANESE on 04/12/2011 at 2:14 AM
    • Reply

    boto tu abg kassim…den stuju bona!

    ps:kek somolia diorg boghobut makan nasik putih..sekian

    • Eddy9910 on 05/12/2011 at 9:42 AM
    • Reply

    Ape2 hal, kite serahkan pada Matpon untuk bagi pendapat.. haha. tq.

  4. Gua tak sabar nak jumpe Abg Kassim time TT & gathering nnt

    • hantu_putih on 05/12/2011 at 12:08 PM
    • Reply

    ada brek cakera belakang ke????

    • apyzs gsr on 05/12/2011 at 12:10 PM
    • Reply

    saga flx nampak cam pelik,lampu depan ade iras renault megane.sape yg reka ek? pelik jgn jadikan proton yg bagus nie jd cam kete kekotak kite iaitu proton juara.entah ape2 entah.nak reka ikut pandangan rakyat.cube tiru cam jepon. ada model variant turbo.ini baru kita nak wat turbo pada exora itupon hybrd.bukan sy nak kutuk kenapa perodua lagi bagus dari proton? sebab mereka ikut platform basic cam toyota dan daihatsu.cube proton ikut aje era mitsubishi cam wira,perdana.satria.saga betul x? ramai lagi permintaan dan dapat menaikkan name proton .jgnlah merepek.cth kereta proton yang sy tgk agak pelik ,proton juara? mcm ape? mesin basuh.proton gen2 ikut ape tue? persona nasib cantik sebab dye panjang.neo memang ada penbahuruan.tapi saga memang total lost.body besar,tayar kecik.memang x kene..inspira tiru 100%lancer gt cume logo dan bumper depan belakang serta rocker cover enjin,apa yg proton cube buat?? cubalah ada tapak satu.kalau nak ikut mitsubishi ikutlah.bagi sy inspira dah bagus.walaupon ia ditiru ia tetap orang ingin kerana sepadan dgn lancer betul x?

    • apyzs gsr on 05/12/2011 at 12:20 PM
    • Reply

    saga ada brek belakang? model flx? memang mimpi proton nak bagi.org yg jaga bahagian kementerian pengangkutan tlg lah paham dgn kami warga rakyat 1 malaysia.kereta mahal bila org beli kereta bukan buatan malaysia kata mcm2.cuba pikir u org besar tggu duit je kami kuli bagi gaji kat kerajaan,tanpa golongan bawahan xdalah golongan atasan.jd renungkanlah ye.kepada jpj anda ingat kenapa warga malasia nak ubah enjin? sebab malaysia x mcm jepon.semua jenis kereta org tua,gti,putra,wirac99 dah dibatalkan ? sape yg nak pakai flx nie? nak bawak masuk trek? lglah x yakin..jd proton tlg lah maju lagi jgn harapkan campro yg agak lemau tue..walaupon ada sistem cps myvi 1.3dvvt boleh baham anda dengan tenang.adakah bagus???

    • Eddy9910 on 05/12/2011 at 2:57 PM
    • Reply

    Bagi aku saga BLM lg lawa…. tb2 kuar plak FL? FLX? haaarrrggtuuih!

    • perdanaburuk on 05/12/2011 at 9:47 PM
    • Reply

    Gua setuju sgt ngan pendapat korang ni. Korang boleh lihat sendiri sejak proton menginjak melepasi thn 2000 penghasilan produk SE mereka hanya melibatkan peningkatan dr segi kosmetik sahaja ttp tiada peningkatan dr segi performance n safety. Gua masih lg teruja dgn produk lama proton yg masih lg berkeliaran dgn megahnya d jalanraya m’sia spt wira 1.8 LE, satria gti n putra. X lupa juga kat perdana buruk manual 1st model gua yg x pernah rosak gbox. Tbaik bro. Hehehe……

    • megatputrakuning on 05/12/2011 at 10:36 PM
    • Reply

    gua support lu perdana buruk…gua pnh pakai putra…upgrande ekzos,manifold,airfilter,tukar momo evo 3,dashboard lancer bucket bride….sedap nak mampos+adjustable…
    masuk thn 2000 bermulalah mimpi ngeri rakyat msia..kua je waja pastu gen2 the prototype car utk rakyat…ada jugak yg terbeli…kesian aku tgok…aku hrp sapa2 yg kerja kat proton tu bce komen sekutu2 sini..jgn le syok sendiri…….back lah to basic…inspira sbg batu loncatan….buat blik wira,satria gti…aku konpem aku n sekutu bli blik…

    • Fazley on 05/12/2011 at 11:08 PM
    • Reply

    mmg pun..suma model2 lama proton sempoi…..tapi skrg takat nk jual ambik modal je…apa yg pakar2 dlm proton buat…(TIDO) atau ketandusan idea…aku rasa Hyundai yg dari korea tue pun nmpak mantap…..

  5. Namanya learning curve atau keluk pembelajaran, nak bina kemahiran anak tempatan macam tu lah. Yang penting produk Proton semakin baik, Saga FLX SE ni memang cun dan kemas. Boleh periksa sendiri dekat bilik pameran Proton.

    • perdanaburuk on 06/12/2011 at 8:26 AM
    • Reply

    Itu bukan keluk pembelajaran ttp keluk kelembapan namanya tu. Pengeluar lain dr korea sudah jauh meninggalkan kita. Lihat saja pd hyundai n kia. Lu boleh tgk sendiri mcmana punya mari model hyundai sonata yg baru. Bole nangis woo tgk dia punya shape body. X sia2 upah pakar dr jerman utk penghasilan rekabentuk sonata baru ni. Tu belum model dr kia lg. Abg Kassim, abg kassim. Dmanakah dkau abg kassim….. Hehehe…..

  6. keluk kelembapan = kehkehkeh i like

    • Abang Kasim on 06/12/2011 at 2:07 PM
    • Reply

    Ciss perdanaburuk. Lebih baik kau turun sekarang. Kalau taknak turun, Hang Kasim naik!

    Patutla td cekodok terlepas dari mulut Abg Kasim, rupanya Si perdanaburuk sebut nama. Hehe tesedak.

    Komen2 yang sangat bernas dari semua. Walaupun Sy bukannya Admin GT, tapi nak ucap terima kasih. Siapa kata kite takde otak untuk fikir dan menilai hal sekeliling =)

    Ok hari ni sy nak cerita pasal pengalaman sy pusing dunia. Merantau. (bukan nak menunjuk, tapi berkongsi – ikhlas)

    Bekerja sebagai Aircaft Engineer mmg memerlukan sy merantau. Barat, Timur Tengah, Timur sy dh pergi. Mungkin dh berpuluh2 negara sy dh pergi. Hotel paling mahal di dunia pun sy dh pernah duduk (tahun 1999).

    Siapa2 pun boleh pergi negara orang, bukan Abg Kasim sorang. Tapi yg penting, bila pergi tu kita tengok negara org. Compare dengan negara sendiri. Barula minda kita terbuka.

    Dah mcm2 Abg Kasim tengok. Ni pun taktau nak kongsi yg mana. Cuma Abg kasim tertarik dengan satu negara ni. Dah tak berapa ingat sebab dh tua. Negara komunis, tapi hasilkan kereta tempatan (ala2 proton). Tapi bukan untuk dijual ke luar (eksport). Kereta tu tersangat la murah, dijual dengan harga modal sahaja, KHAS untuk rakyat.

    Amacam geng GT semua? negara komunis tu. Bukan Abg Kasim suruh join komunis tau, baca betul2. Nanti kene ban pulak GT ni.

    Yg baik kita boleh cedok.

    • perdanaburuk on 06/12/2011 at 2:43 PM
    • Reply

    Tabik sama abg kasim wlaupun dah byk tmpt merantau tp masih lg bole layan cekodok. X mcm org lain pg ptg siang mlm asyik layan western food aje. Nk jd org puteh agaknya kot. Gua janji ada sambal belacan sudah ok. Gua tau negara komunis yg abg kasim maksudkan tu. Negara ni menjd tumpuan pelabur2 baru dr seluruh pelusuk dunia & setiap hari melahirkan seorg jutawan baru. Maafla abg kasim klu tekaan gua ni x benar. Hehehe….

    • apyzs gsr on 06/12/2011 at 10:41 PM
    • Reply

    ala proton otak lembab buat lah model lame jgn wat model merepek lg lepasni.inspira dah ok. jgn lah wat kete kebal lg tolonglah

    • tulangikan on 06/12/2011 at 10:56 PM
    • Reply

    macam mane nk like komen abang kassim? suh admin wat butang like….hihihihi…. anyway…. keta malaysia ni x risau pasal spare part….. duk m’sia, bkn kt congo…. tpi apsal keta kebal adnan tadak spare part? keras kung kat peramu?

  7. Isu Proton ni benda yang kompleks, sebab dia ada tanggungjawab nasional. Bila sebut nasional ni lu orang boleh tangkap sendiri maksudnya. Sama macam MAS yang tak leh nak buat untung macam AirAsia. Kalau Petronas lainlah sebab dia punya untung bilion.

    Apa pun, ini adalah tulisan yang baik “As one industry player put it recently, it is interesting to note that two countries that have succeeded well in the car industry, namely Japan and Germany, have one of the most hardworking, dedicated and skilled workforces in the world. Not many countries can match that.”

    Kalau nak baca lebih lanjut sila klik sini: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/6/business/10039577&sec=business

    • belalang_kontot on 07/12/2011 at 10:29 AM
    • Reply

    isu panas yang tak berkesudahan…
    huhu…
    pendapat korang sume memang ade betulnye…
    pendapat gua lak, better kite buat perubahan dalam kepimpinan…
    mcm2 cara leh buat…
    kalau susah sangat nak tukar gomen, ape kate salah sorg sekutu GT join politik(join goomen)…
    bile dah masuk politik, cuba buat perubahan dan suarakan pendapat sekutu-sekutu kat sini…
    harap sekutu yg jadi politician tu takkan jadi cam certain politician skrg.
    sbb niat nak jadi politician dah betul, nak ubah sistem pentadbiran negara agar mesra rakyat.
    last-last bile dah jadi ahli politik, die lak yg berubah…
    rasuah la,kronism la…
    kalau la sistem pilihanraya kite cam kat U, leh gak gua jadi pencadang.
    gua akan cadangkan abang kassim,sepat,ngan baii…
    hehe…

    p/s:admin,buat la butang like…gua nak like komen2 org ni…hehehe….

    • jelapangPadi on 07/12/2011 at 3:44 PM
    • Reply

    errkkk..gua nk bagi pendapat pun takut nie…ehehe…
    pndai2 la org dalam nie…

    • cb400vtec on 07/12/2011 at 4:59 PM
    • Reply

    ahh,abg kasim…klu xbli baju GT xtau la nk ckp cmner..klu bran bli skali 5 psg la..aircraft engineer pe de hal kn..
    hehe..gua tlg promosi baju GT sbb xcukup corum lg nie..
    gua ngh berangan matpon msuk dewan parlimen smbil pki helmet nih…????ermmmmm….
    haaahaaa……

    • perdanaburuk on 07/12/2011 at 5:54 PM
    • Reply

    Bkn mudah utk jd politician skrg ni. Yg ada power of money aje yg bole duk bsuara d atas sana. Kejujuran & keikhlasan dlm pjuangan tlh lama jauh dpinggirkn……

    • pok mat on 07/12/2011 at 9:14 PM
    • Reply

    like abang kasim

    • Pecinta Pi One on 07/12/2011 at 10:16 PM
    • Reply

    Korang..pesal korang suka hina satu-satunya syarikat automotif yang dimiliki oleh bangsa melayu dan islam ha?

    Kalau Proton tutup, korang ingat semua kereta lain murah? : lagi naik kepala la perutdua naikkan harga kereta.. Tgk la myvi pun tak munasabah harganya..kualiti bagus?

    Semua proton buat korang kutuk mcm2… buat salah tak buat salah…

    Habistu Proton menang mengatasi jenama Jepun terkemuka di litar APRC dan pertandingan kereta elektrik tu korang rasa kenapa? sebab kroni support ke hape?

    korang patut BASH perutdua ni, tgk betapa rakusnya Die Hard Sue menjual model2 yang tak laku sangat kat negara mereka, tapi di Msia laku mcm goreng pisang, sebabnya mentality org Msia mengatakan semua benda dari negara matahari terbit tu tersangat BAGUS..
    Korang sedar ke korang buta tak tau la..Myvi saja dah berbelas jenis SE, limited edition dikeluarkan..
    Myvi
    Myvi LE
    Myvi SE
    Myvi Executive
    Myvi SE Executive
    Myvi Pink
    Myvi SE limited
    Myvi xxxx

    dan bnyk lg..

    tapi korang buta kan mata…

    Asal proton launch
    Saga 1.3
    Saga 1.3 SE
    Saga 1.3 FL
    Saga FLX
    Korang kondem gila2..

    Pasal specification kereta malaysia di luar negara ‘lagi bagus’ kononnya…
    Wei..hang tau ke piawaian di Malaysia mcmana? Hang tau ka rakyat malaysia perangai macamana?
    Di Europe atau kat luar, piawaian sangat ketat, kena ada itu ini, so kenala pasang kalau nak edar di negara diaorang..
    So, kat malaysia tak perlu la pasang jika tak perlu sebab nanti customer kena bayar kos lebih…
    safety? mmg la sangat penting, tapi attitude pengguna malaysia suka bawa laju, pakai apa jenis kereta pun hancur jika crash pada max speed..kereta perutdua lagi la nipis macam tin milo..

    p/s: kalo benci kat BeEnd pun tak payah related dgn Proton… cube tgk siapa MD dia, tgk peribadi dia..
    ada satu bangsa cayanunalip tu dengki sgt kat Proton sbb bangsa diorang tak pegang proton..
    tapi kedai spareparts, bengkel kereta, kedai2 lain..bak kata pepatah..semua related to ekonomi diorang la conquer..

    • Abang Kasim on 08/12/2011 at 8:52 AM
    • Reply

    Assalamualaikum Saudara Pecinta Pi One.. Dah solat subuh?

    Kami ni bukan pengimport kereta, bukannya pemilik AP pun, jadi takde sebab kami nak dengki kat Proton mahupun Perodua. Saya secara peribadi nak tengok Proton maju. Setaraf dengan Honda dan Kia. Saudara dah tengok kereta Kia Sonata baru?

    Proton menang pertandingan, memang kami bangga. Rally guna Satria Neo. Dulu Karamjit guna Proton, banyak pertandingan die sapu. Fuh 1 Malaysia bangga.

    Kami kat sini berbincang secara santai. Secara baik2 dan saling menghormati. Ayat2 kami pun penuh dgn gaya sopan dan ketimuran. ceewah. Hehe

    Tak semua yang Proton buat tu teruk. Yang mana ok, kami sokong – contoh mcm jaminan tingkap kuasa. Sebelum ni kan asyik problem je. Yang tak ok, kami bincang, bagi pndapat supaya Proton boleh maju. Jaminan tingkap kuasa Proton Sepanjang Hayat (betulkan kalau salah) kan? Jaminan paling lama untuk tingkap kuasa tas muka bumi. Jaminan Volkswagon pun 5 tahun aje tau.

    Saudara tak boleh salahkan pembeli kalau mereka membeli kereta import. Mereka nakkan kualiti, alah membeli menang memakai. Proton bagus, tapi ade kereta lagi bagus. Contohnya Honda. Tapi ada lagi kereta lagi bagus. BMW? Mercedes? Kalau mampu lagi Bugatti Veyron.

    Apa-apa hal pun saya tetap dengan pendapat saya. Proton sepatutnya lebih murah. Harga biarlah sama level dengan kualiti.

    P/S: Saudara jgn mengangguk sgt tau. Sekali sekala kene menggeleng jugak. Hehe Angguk2 tunduk2 24 jam, mau cramp leher nanti

  8. Gua rasa bab mengutuk Perodua @ Daihatsu macam tak kena gaya pula. Dan kalau nak mengutuk Proton pun lagilah tak berapa nak kena gaya. Antara Proton & Perodua, masing-masing ada kelemahan & kepandaian sendiri. Namun, kita yang ada akal fikiran ni kena pandai-pandailah menilai. Lu orang nak pilih Proton ke Perodua. Er, kalau gua sendiri, gua akan memilih Myvi macam Sepat. Tapi gua pilih bukan sebab JDM ke jadah apa. Gua pilih sebab Perodua pandai mengambil hati rakyat Malaysia dengan menawarkan kereta-kereta yang menarik [walaupun harganya tak berapa nak menarik]. Tapi tidaklah pula gua mengatakan rekabentuk Proton menolak. Pokok pangkalnya, rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan stigma kualiti jenama Proton.

    Apapun, gua sependapat dengan Abang Kassim tentang harga kereta di sebuah negara Komunis tersebut. Walaupun ada yang kata ianya kereta “cikplak”, namun kalau rakyatnya boleh menerima, apadehal..iye tak?

    • one o the r34 gtr lover on 08/12/2011 at 10:44 AM
    • Reply

    “di atas kertas nmpk lbih berbaloi” ado mksud trsirat ko? haha..

  9. saper kutuk myvi gua.. nanti gua buat dia milo suam kurang manis ok.. kehkehkeh

  10. Jgn cepat melatah…lain kali baca dulu komen2 org lain drpd A sampai Z…pastu komen la dgn membina bkn kondem-mengondem antara satu sama lain…masing2 punyer hak untuk meyuarakan pendapat masing2…PEACE LOVE EMPATHY

    • perdanaburuk on 08/12/2011 at 3:33 PM
    • Reply

    Relaxlah bro jgn naik angin. Gua n geng bkn mau mengutuk kedua2 syarikat automotif kesayangan negara kita. Kami dsini hanya menyuarakn pendapat & pandangan demi kebaikan semua. Kami tiada niat utk mjatuhkn 2P yg kami sokong selama ini. Klu x xkan smpi skrg gua masih guna pdanaburuk yg dhasilkn oleh proton. Cuma biarlah harganya masih mampu milik utk model br. X semestinya kecantikkan & kecanggihan sesuatu model kereta baru telah menyebabkan harganya mesti djual terlalu tinggi bbanding model sebelumnya. Sekian utk arini. PEACE NO WAR……..

    • bds59 on 08/12/2011 at 3:44 PM
    • Reply

    Hmm, x byk beza pn body die dgn saga fl biasa.

    1. entah gua macam biasa ah, veyron di hati. ok 10q.

    • exJAVANESE on 09/12/2011 at 2:23 AM
    • Reply

    bak kata pepatah, sayang anak tangan tangankn…bkn niat kita nk kondem P1 or p2, cume nk diorg jdik lbih baik dri hari ini…

    n korg sume, jgnla ssb reputasi p1 n p2 yg truk dulu2 korg tetap nk bwak ke harini…Honesty, aku nmpak P1 n P2 ade peningktan (persaingan=penigkatan).P1 n P2 ade pros n cons die..

    pape pon, minta sume bertenang.. jagalah hati n prassan sekutu2 disini..kite sume ni rakan sehobi, sekereta, seia dan sekata…kite ni ade mcam2 latar blkang sekutu yg berforum disini yg kdg2 kita xkenal siapa beliau…

    Jgnla sekutu2 bertikam lidah busuk…betikam lidah lah ngn berhemah…maafkn hamba jika hamba ada berkata perkara yg kurg cerdik…sekian, as salam

    p/s: dok kecoh pasal kete..last2 kete jenazah jgak yg bwak kita nti..subahanallah…

    • lateh on 13/12/2011 at 10:53 AM
    • Reply

    semuanya bagus.. komen pon bagus….. kalau bleh komen tulis b.malaysia tak yah campur2….. nanti atuk sye tk faham….. ok…. proton… skrng dh ok … harga mahal la skit kot…. sye bg contoh la iswara ,,, (keta kobal) pernah dijual rm 35000…. tanpa power stering …. huhuhuhu.. torkono den….. tapi diakhir pengeluarannya dijual dgn harga rm26999…. dgn power stering…. bertolak dari hakikat ini,(ceewah ayat)… tak munasabah la kot harga…. patut kena bg murah la skit…. walaubagaimana pun proton pd hari ini menunjukkan peningkatan dr segi teknologi dn rekabentuk….. org kata dulu ubah skit2.. skrng ubah byk2…. kalau tk mampu beli yg sekehen….. mulahhh….mulahh….. kontek wa… honda ek buruk rm 24500 shj….

    • lateh on 13/12/2011 at 11:01 AM
    • Reply

    wa nk sambar ispira sbijik…. keja sekurity ja… gaji rm1100.. campur ot… 12 jam keja…. tak dak cuti… kalau cuti potong rm 50.00….. apa la punya bos……

    • Alteja on 14/12/2011 at 2:04 PM
    • Reply

    Aku tersentuh dengan tulisan Encik exJAVANESE. Mat Pon, Veyron ko tu nanti parking sebelah kubur ko la kot… sayang punya pasal

    • mie on 14/12/2011 at 3:32 PM
    • Reply

    ok.sebenarnya bukan diaorng 2 xmo jual murah…tetapi..tetapi kerana keta yg diorg buat tu marketnya kecik, jadi jualla mahal untuk dapat sikit ,\”untung”..keta impot lain juai murah kerana pasaran diaorg besar…tapi gua sokong keta malaysia,,,janji murah?kualiti….tidak pon bagi rebet harga 40peratus untuk setiap rakyat malaysia yg beli keta proton sebagai keta pertama…dak gitu matpon…

    • sagakebalnps on 15/12/2011 at 8:50 AM
    • Reply

    apyzs gsr: saga flx nampak cam pelik,lampu depan ade iras renault megane.sape yg reka ek? pelik jgn jadikan proton yg bagus nie jd cam kete kekotak kite iaitu proton juara.entah ape2 entah.nak reka ikut pandangan rakyat.cube tiru cam jepon. lu mmg klaka… lu tau mitsubishi townbox?
    perdanaburuk: Lu boleh tgk sendiri mcmana punya mari model hyundai sonata yg baru. Bole nangis woo tgk dia punya shape body. X sia2 upah pakar dr jerman utk penghasilan rekabentuk sonata baru ni. Tu belum model dr kia lg. lu pun klaka…. andai kata sonata tu design proton pnye, berbakul2 kejian dpt…..

    acv-300 adnan bkn tank/kereta kebal, itu armoured infantry fighting vehicle…

    terima kasih atas hiburan pagi2 time gua sakit kepala ni….

    • APTB on 16/12/2011 at 6:49 PM
    • Reply

    tak salah nak bg kritikan,sbb lumrah manusia pasti akan ada perbezaan pendapat..tapi hanya tahu bg kritikan tanpa tindakan,tak ke mana pon industri automotif Malaysia yg kita sayangi..

    kalo nak wat perbandingan pon kena la adil..nak dibandingkan Proton yg baru 25thn dgn pengeluar kereta utama dunia yg dah beratus2 tahun,rasenye adil tak?

    bab harga memang diakui sepatutnye lebih murah..tapi knp ramai pertikaikan harga Proton? Perodua kira murah ke?

    kesimpulannye, dah tabiat rakyat Malaysia macamni..tahu kritik je,tapi xnak berani ke depan dan suarakan pd saluran yg betul..sampai bila2 pon ape2 industri kat malaysia ni xkan maju..sekian. peace no war..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.