TANJUNG MALIM, 25 JULAI 2011 – Syarikat kereta nasional PROTON Holdings Berhad hari ini menzahirkan komitmennya dalam menghasilkan kereta untuk pasaran global serta mengumumkan kebersediaan persiapan kilangnya untuk mengeluarkan model kereta globalnya. Model terbaru PROTON yang diberikan nama samaran ‘P3-21A’ ini, dijangka akan mula dipasarkan awal tahun hadapan dan akan dikeluarkan di kilang PROTON di Tanjung Malim. Dengan P3-21A, masanya sudah tiba untuk PROTON mengeluarkan sebuah kereta global, bukan sahaja untuk diterima di Malaysia atau kawasan serantau dan pasaran-pasaran tertentu sahaja, tetapi kereta yang memenuhi piawaian Negara-negara maju dan juga boleh menambat hati dan menepati citarasa dan kehendak-kehendak pembeli di serata dunia.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam majlis ‘Pengumuman Persediaan Pengeluaran Kereta Global P3-21A’ yang turut menyaksikan bacaan ikrar jaminan kualiti oleh kakitangan PROTON dan 108 pembekal dan pembuat komponen PROTON yang terlibat dengan projek pengeluaran model tersebut.
“PROTON komited dalam menghasilkan kenderaan buatan Malaysia yang bukan sahaja kompetitif dari segi harga, kualiti, prestasi dan rekabentuk, tetapi lebih berdayasaing untuk menambat hati pembeli di mana sahaja ia dipasarkan di seluruh dunia. Hari ini merupakan satu titik permulaan yang baru bagi PROTON seiring dengan aspirasi syarikat untuk memperluaskan pengaruhnya dalam industri automotif di peringkat antarabangsa,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.
Pengiktirafan sebagai sebuah syarikat automotif global tambah Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin lagi, tidak seharusnya hanya bergantung kepada kejayaan sesebuah syarikat itu dalam mengeksport kenderaannya ke luar Negara. Apa yang lebih penting adalah untuk ia turut menitikberatkan elemen-elemen seperti kualiti, keupayaan untuk memenuhi permintaan pelanggan, harga yang kompetitif dan penghantaran dan pengedaran kenderaan yang lebih baik.
Justeru, PROTON hari ini turut menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi meningkatkan kebolehan pembekal dan pembuat komponennya dengan cara mempraktikkan kaedah-kaedah kecemerlangan perniagaan atau Business Excellence Practices (BEx).
BEx merupakan satu rangka kerja yang kini digunakan oleh anggota-anggota Majlis Model Kecemerlangan Global atau Global Excellence Model (GEM) Council di 80 negara bagi menilai prestasi sesebuah syarikat di dalam 7 bidang iaitu – Kepimpinan, Perancangan, Informasi, Fokus Pelanggan, Orang-ramai, Proses dan Hasil. Program BEx akan meningkatkan prestasi perniagaan vendor-vendor PROTON dan memantapkan dayasaing organisasi mereka dengan memastikan tumpuan terhadap inisiatif-inisiatif produktiviti dan peningkatan inovasi dilaksanakan. Ini termasuklah inisiatif seperti penilaian kekurangan sedia ada, program intervensi, penanda aras dan perkongsian amalan-amalan terbaik berdasarkan kepada model kecemerlangan perniagaan yang diterima pakai secara global. Ia merupakan salah satu inisiatif strategik PROTON untuk membangunkan vendor-vendor yang kompetitif di peringkat global menjelang tahun 2016.
Pengeluaran model terbaru P3-21A juga menyaksikan buat kali pertama, pemilihan pembekal dan pembuat komponen PROTON dibuat berdasarkan prestasi yang dinilai mengikut model BEx. MPC sebagai anggota Majlis GEM, yang juga merupakan anggota Asian Productivity Organisation (APO) Center of Excellence for Business Excellence, bertindak sebagai sumber yang penting bagi PROTON memperolehi maklumat industri yang terbaru untuk dibuat perbandingan dan penilaian. Maklumat yang diperolehi ini juga akan membolehkan syarikat-syarikat pembekal komponen tempatan mengukur prestasi mereka berbanding rakan-rakan di Negara ASEAN dan di seluruh dunia.
“Matlamat yang disasarkan adalah untuk meningkatkan kebolehan para pembekal dan pembuat komponen kereta PROTON agar lebih berdaya-saing seiring dengan inisiatif Kerajaan yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian ataupun lebih dikenali sebagai Industrial Master Plan 3 (IMP-3),” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.
11 comments
Skip to comment form
go..go..go..proton….mana kelibat exora turbo kepish-kepish?
Gua harap Proton bergerak seperti yang dirancang….rasanya macam dah lama dengar nk jadi global…
Ke’global’an proton pada masa skrg lebih kepada pembelian syarikat syarikat automotif sediada yang lebih menonjolkan perkongsian teknologi .. justeru untuk menjadi lebih dinamik ..sekian..
amacam ayat gua? nak rasa tidur ker nak rasa makan?
Menarik!
dah lame dah bende yang same ulang
Takde masalah untuk Proton ke pasaran Global terutamanya untuk kereta-kereta dalam kelas ekonomi mampu milik yang mana kini, saingan utama dalam penghasilan kereta dalam segmen ekonomi ni adalah Korea.
Sepat,
Malas aku nak komen ayat ko… takut kecik atiii.
Alteja
kalau lu komen buruk gua ban/kick lu masuk GT.com kehkehkeh
tolong laa improvekan kualiti pemasangan di tanjung malim, sblm ni kualiti pemasangan kereta yg sampai dari sane agak mengecewakan..
body panel gune hot press
ringan n keras
best!!!
proton boleh je jd kereta taraf global pada pandangan gua,,,cube tgk neo lotus,,barang baik 2,stakat lanser cabuk compom kene,,,p ape2 pun disebaabkan proton still kene piki kemampuan tok rakyat malaysia maka saga,exora,inspira n ramai ag adik beradiknye terpakse dibina,,,maka dengan terbinanye produk mampu milik yang mane speknye cukup2 makan maka keglobalan industri automotive proton sukar la tok dicapai,,
hahahaha bagus2 proton go proton!! tapi yang aku tak puas ati kenapa orang melayu tak nak challenge EON?? setakat cakap je lebih. barang2 sperpart smua dibekal orang cina?? lama2 kalau Pkr n bukan pas memrintah tak mustahil pengerusi proton n syarikat glc semuanya diganti oleh orang cina.