Peugeot 208 R2: Model Rali

Cabang permotoran [motorsport division] bagi setiap pengeluar kereta telah dianggap sebagai satu jabatan yang wajib ada. Salah satu fungsinya adalah untuk menala/membina semula kereta standard keluaran kilang dan sumpahkannya supaya menjadi bertambah laju dan laju. Bila dah laju, baru boleh masuk lumba. Bila dah masuk lumba, mesti nak menang. Bila dah menang, pasti berduyun yang nak beli sama. Amacam, nampak seperti mudahkan teori yang gua guna ni. Tapi kadang kala tidak berapa nak menjadi juga bila bab teori berduyun orang nak beli tu. Cuma paling tidak, ianya akan menjadi pelantar [platform] yang bagus untuk penjenamaan kepada pengeluar.

Peugeot Sport juga tidak terkecuali dalam hal ini dengna memperkenalkan Kereta Rali 208 R2 bagi meneruskan legasi model rali mereka sebelum ini, 207. Pembangunan bagi R2 ini sebenarnya telah pun bermula semenjak model 208 ini diumumkan pada 2011 yang lalu dan telah diperkenalkan secara sepintas lalu di Tour de Corse [Pusingan keempat IRC 2012] yang berlangsung hujung minggu lalu.  Model ini dijangka didedahkan secara rasminya pada bulan September nanti.

Sebagai makluman, Ford, Renault dan Citroen turut mempunyai model R2 mereka tersendiri. Namum, Peugeot bakal meletakkan satu tanda aras yang baru dalam kelas ini dengan prestasi dan juga faktor harga yang rendah untuk bersaing. 208 R2 ini mempunyai kerangka 40kg yang lebih ringan berbanding model 207 sebelumnya. Selain turut dilengkapi dengan roll cage bagi memenuhi spesifikasi ciri-ciri kereta rali, 208 R2 ini turut menggunakan enjin 1600 cc NA berdasarkan daripada enjin 1.6 VTi yang mampu menghasilkan sejumlah 185hp serta mengekalkan penggunaan petrol dan CO2 yang sama seperti enjin standard keluaran kilang.

Selain daripada itu, 208 R2 ini turut menggunakan kotak gear berurutan [sequential] manual lima kelajuan untuk menonjolkan ciri-ciri sebuah kereta rali. Manakala, penggunaan sistem elektrik pada stereng untuk model keluaran kilang telah digantikan dengan sistem hidraulik bagi menjaminkan tindakbalas stereng yang lebih jitu terhadap model 208 R2 ini.

Harga yang ditawarkan untuk spesifikasi penuh 208 R2 ini adalah £46,700.

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

  1. satria neo s2000 tetap di hati….

  2. jgn beli peugeot..nanti pijat masuk dalam kereta

    hidup mira!m6!myvi!

    • pok mat on 14/05/2012 at 6:21 PM
    • Reply

    baidewei, good infomasyen from si em pang!

  3. C PUNK

    m6 tu basikal raleigh tua warisan zaman …kalau langgar mat rempit.. mat rempit jalan dulu.. sekian

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.