Peugeot 208: Harga Diumum

Peugeot 208 yang baharu bakal dilancarkan secara rasminya bermula 28 haribulan Jun 2012 ini telah mengumumkan senarai harganya bagi pasaran UK bermula dengan £9,995 untuk model 3 pintu VTi.

Apa yang menariknya, model kompak yang kecil di luar tetapi luas di dalam ini mempunyai varian sehingga lapan enjin dimana lima daripadanya untuk untuk model petrol, termasuk enjin 3 silinder generai baharu dan selebihnya berenjin diesel. Selain daripada itu, pemilik yang masih bujang di UK barangkali lebih menggemari model 3 pintu berbanding model 5 pintu yang lebih sesuai untuk orang yang berkeluarga.

Untuk model 1.0 liter enjin petrolnya, tahap emisinya CO2 hanyalah 99g/km manakala untuk kesemua model enjin diesel emisi CO2 juga di bawah 99g/km.

Sumber: Newspress

-C27-

 

Silakan kongsi:

1 comment

  1. @CM Punk

    Thanx for the support. We are not popular because we don’t bother to post what others are posting.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.