Perodua Axia Kini Sudah Lebih Dari 250K Unit Di atas Jalan!

Perodua Axia Advance

Puan Isma Nurul Farhana binti Ishak, (31), tidak menyangka bahawa tempahan Perodua Axia dua minggu lalu adalah yang ke 250,000 unit yang dijual di Malaysia.

Dalam upacara ringkas pada 5 Ogos 2017 lalu, Puan Isma bersama suaminya, Encik Ismail Din (42), dan anak mereka, Isma Abdul Hadi Ismail (4 tahun) telah menerima replika kunci, sejambak bunga dan hadiah saguhati kerana telah menjadi pelanggan bertuah Perodua.

“Kami amat tertarik dengan Perodua Axia. Pada awal tahun ini, kami ada meminjam dan memandu ke Cameron Highlands dan kami kagum dengan kestabilan, kecekapan bahan api yang cekap dan rupa bentuk kenderaan ini, “kata Ismail Din.

Keluarga ini yang menetap di Pulau Langkawi (yang merupakan zon bebas cukai), memilih Perodua Axia kerana ia adalah pilihan yang terbaik buat mereka.

“Di Pulau Langkawi, Axia antara kenderaan yang menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa,” kata Ismail.

Perodua Axia dikuasakan dengan enjin VVT-I yang mampu bergerak sehingga 22.5Km/L dalam mod Eco-Driving. Axia juga telah dianugerahkan penarafan 4-bintang oleh ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara) yang setanding dengan standard keselamatan antarabangsa.

“Kami gembira dan terharu dengan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia untuk Perodua secara amnya dan bagi Axia khususnya,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd,YBhg Dato’ Dr. Zahari Husin.

“Dalam masa lebih dari 3 tahun, kami telah menyerahkan suku juta Axia, yang mana ini merupakan peristiwa penting buat kami,” katanya.

Dato’ Dr. Zahari berkata bahawa pencapaian 250,000 ini menunjukkan keyakinan rakyat Malaysia dalam kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan bagi kenderaan tersebut.

“Pengiktirafan daripada semua rakyat Malaysia ini adalah bukti mengenai penawaran Axia, bukan sahaja dari sudut mampu milik tetapi juga mengenai penawaran secara keseluruhan, termasuk kualiti dan keselamatan,” katanya.

Perodua Axia dilancarkan pada tahun 2014 dan model baru diperkenalkan pada Januari tahun ini.

Perodua Axia (Standard) datang dalam warna Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black dan Midnight Blue. Varian SE dan Advance mempunyai dua (2) warna tambahan berbanding Axia Standard-G; iaitu Solid Sunflower Yellow dan Metallic Lava Red.

Harga Semenanjung Malaysia bagi varian Perodua Axia baru bermula dari RM24,900 untuk Standard E (Manual) kepada RM42,900 untuk Advance (Automatik).

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.