Perodua Axia wajah baharu kini dibuka untuk tempahan. Perubahan paling besar ialah penggunaan enjin VVT-I (Variable Valve Timing with intelligence) yang menggantikan enjin KR sedia ada selain beberapa item hiasan.
Enjin VVT-I baharu menawarkan penjimatan sehingga 22.5Km/L dalam mod pemanduan Eko, berbanding 21.6Km/L yang dicatatkan Axia transmisi manual sedia ada.
“Perodua Axia adalah model paling laris sejak 2014 dan kami percaya bahawa nilai tambah di dalam varian ini dapat menarik minat pelanggan,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.
Sejumlah 214,700 unit Perodua Axia telah dijual sejak dilancarkan pada bulan September 2014, menjadikannya kenderaan EEV No.1 di Malaysia.
Pada 2016 sebanyak 85,900 unit Axia telah diserahkan kepada pelanggan dan sasaran jumlah jualan purata pada tahun ini adalah sebanyak 6,000 unit sebulan.
Perodua Axia Standard G
Penambahbaikan untuk Axia Standard ialah jeriji depan dan bumper gaya baharu, pemegang pintu belakang, reka bentuk fabrik kerusi baharu dan lampu projektor hadapan.
Sistem audio Perodua Axia Standard G kini dilengkapi dengan slot USB.
Perodua Axia (Standard) didatangkan dengan warna Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black dan Midnight Blue.
Warna Lemongrass Green dan Cherry Blossom yang diperkenalkan semasa pelancarannya pada September 2014 lalu telah dihentikan.
Perodua Axia SE dan Advanve
Untuk Axia SE dan Advance, penambahbaikan termasuk jeriji depan dan bampar baharu, butang tekan start/stop, sistem akses pintar dengan kunci pintar, sistem multimedia dengan ‘Smart Link’ (untuk android sahaja), reka bentuk lampu projektor depan baharu, pemegang pintu luar krom, roda aloi bentuk spiral, pemegang pintu belakang, reka bentuk fabrik kerusi baharu (SE) serta meter kombinasi baharu dengan warna putih.
Bagi varian SE dan Advance, terdapat dua warna tambahan berbanding Axia Standard-G iaitu Solid Sunflower Yellow dan Metallic Lava Red.
Harga Perodua Axia Wajah Baharu
Harga untuk Semenanjung Malaysia bagi varian Perodua Axia baharu bermula dari RM 24,900 untuk Standard-E (manual) dan RM42,900 untuk Advance (automatik).