Apabila berbicara tentang negara Singapura, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai sebuah negara yang bersih dan rakyatnya hidup dalam keadaan yang penuh berdisiplin. Dan tak lupa juga Subaru Impreza, umpama Myvi di sini. Bersepah tak tentu hala sampaikan saya sanggup membuka cermin tingkap semata-mata nak menikmati deruman Boxer di kiri dan kanan, depan dan belakang. Impreza Ver.10 tu pun pakcik-pakcik sahaja yang pandu.
Baru-baru ini, saya berpeluang lagi untuk menziarahi saudara-mara cawangan Singapura dengan memandu masuk kereta ke sana. Saya tak pasti, berapa ramai yang tahu tentang peraturan / undang-undang / info berguna yang boleh diaplikasikan seandainya ada diantara Sekutu yang ingin masuk ke Singapura dengan membawa kereta. Jadi, dengan sedikit info yang diberikan barangkali dapat memberikan pedoman dan panduan.
Secara jujurnya saya lebih menggemari laluan Link Kedua berbanding menggunakan Tambak Johor kerana ingin mengelakkan kesesakan. Sukacita ingin saya maklumkan bahawasanya adalah menjadi perkara yang afdal sekiranya kad Sentuh dan Pergi [Touch & Go] anda berada pada tahap yang optimum bagi tujuan keluar masuk Malaysia / Singapura. Sebelum anda melepasi Imigresen Malaysia, ada eloknya penuhkan tangki minyak di hentian rehat Gelang Patah ni. Paling tidak ,bolehlah menyemak terlebih dahulu segala dokumentasi telah dipersiapkan sebelum berdepan dengan abang atau kakak Imigresen.
Bagi yang pertama kali memandu masuk ke Singapura, pastikan anda berhenti di bahagian tepi di hadapan selepas pemeriksaan pasport di Imigresen Singapura [boleh nampak akan ada kereta yang berhenti] bagi tujuan pembelian kad Autopass bernilai $10. Kad dwifungsi ini akan bertindak sebagai permit untuk kereta dan juga boleh dijadikan sebagai alat pertukaran untuk membuat transaksi pembayaran parkir elektronik. Tapi jangan ada yang cuba-cuba nak bagi pinjam kad ini kepada kawan pula. Kad ini umpama IC kepada kereta anda. Jadi, pandai-pandailah nak menjaganya jangan bagi hilang. Memandangkan baki kad anda telah berbaki $4 setelah ditolak $6 sebagai bayaran tol untuk memasuki Singapura, maka bolehlah berkunjung ke 7-Elevan untuk menambah nilainya kemudian.
Sebaik sahaja melepasi Titik Periksa [Check Point] Tuas, anda akan terus sahaja memasuki lebuhraya Singapura. Tapi harus barang diingat, lebuhraya di sana tak macam di tempat kita. Kamera perangkap laju mereka bersepah. Laju sikit sahaja, maka sah-sahlah kereta anda akan termasuk dalam senarai Wanted. Memandangkan laluan lebuhraya Singapura ni agak sempit, maka kurang afdal sekiranya untuk berhenti di laluan kecemasan sebab sibuk nak belek peta Singapura. Serius, sampaikan saya sendiri berasa seriau nak berhenti tepi bagi membetulkan setting GPS.
Anda jangan berasa hairan sekiranya melihat palang di atas lebuhraya bertulis ERP [Electronik Road Pricing] tapi paparan eloktroniknya terpadam. Sememangnya untuk hari minggu [Sabtu, Ahad & Cuti Umum] adalah percuma. Anda tak perlu risau sekiranya anda memasuki Singapura pada tanpa menggunakan IU [In-Vehicle Unit] yang mempunyai fungsi yang sama seperti Tag Bijak [Smart Tag]. Tetapi pengguna seperti saya yang setahun sekali memandu ke Singapura dan tidak menggunakan IU ini, bayaran $5 [sekiranya pada hari biasa] akan dikenakan terus tanpa mengira berapa banyak dan berapa kali yang anda gunakan laluan bertol tersebut. [Fii $5 ini akan ditolak dari kad Autopass sewaktu ingin keluar dari Singapura]
Untuk yang pertama kali berada di persimpangan lampu isyarat, jangan berasa pelik sekiranya ada melihat kereta di hadapan anda tiba-tiba berganjak sedikit ke hadapan dan tiba-tiba sahaja terus belok memasuki simpang ke kanan walhal lampu isyarat untuk membelok masih lagi merah. Sememangnya begitu undang-undang di sana yang agak fleksibel. Sekiranya jalan di hadapan anda tiada kereta, maka terus sahaja membelok tanpa perlu menunggu lampu bertukar hijau. Tapi awas, sekiranya ada pejalan kaki yang sedang melintas, keutamaan harus diberikan kepada mereka terlebih dahulu. Undang-undang mereka amat menghormati pejalan kaki yang sedang melintas. Dan apa yang menariknya, pejalan kaki mereka pun tidak melintas sesuka hati di tempat lain dan tidaklah pula melintas seperti mana itik pulang petang [terhegeh-hegeh].
Untuk memakir kereta pula, percuma hanya setelah 5.30 ke atas pada hari Sabtu dan percuma dari 7.00 pagi hingga 10.30 untuk hari Ahad dan Cuti Umum. Manakala, untuk malam, kupon bernilai $4 akan digunakan dan kupon bernilai 50 sen untuk setiap setengah jam pada hari biasa [Isnin – Sabtu].
Kalau dah puas meronda-ronda dan tangki minyak dah mula tinggal dua bar, ada eloknya diisikan terlebih dahulu. Terpulang, kalau nak merasa petrol jenis yang biasa-biasa, RON92 pun masih lagi dijual. Tapi kalau harga RON 95 sama ROn97 pun tak jauh mana beza, apa ada hal kalau teringin nak isi minyak premium pula. Kalau jenis yang pakai diesel, harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding petrol biasa. Tak macam kita, harga petrol dan diesel sikit lebih kurang sahaja.
Memandangkan saya pergi ke Singapura waktu cuti [Sabtu, Ahad dan Isnin-Cuti Umum] maka saya tidak perlu membayar $20 sebagai bayaran yang dikenakan untuk memandu masuk ke Singapura [VEP – Vehicle Entry Permit]. Setiap kereta, hanya layak menikmati 10 hari percuma dalam tempoh setahun. Seandainya lebih, maka bayaran $20 akan dikenakan sehari waima masuk ke Singapura pada hari minggu.
Rasanya, segala info yang diberikan mampu membawa faedah kepada Sekutu yang bercadang memandu masuk ke Singapura. Soal berbaloi atau tidak, jawapan saya sangat berbaloi sekiranya anda satu kereta ada tiga ke empat orang dan ada anak kecil macam saya. Senang nak bergerak ke sana-sini. Kalau ditanya tempat-tempat mana yang menarik untuk dikunjungi, selain daripada Universal Studio, bolehlah ke Geylang Serai untuk menikmati segala jenis makanan dan tak lupa Mustafa Centre [tempat membeli segala macam tuk nenek barang yang ori pada harga yang murah]. Tapi kena ingat, tukaran mata wang asing antara Malaysia dan Singapura tak begitu memihak kepada Malaysia. Tukar RM500 cuma dapat $200 jadah nak beli barang apa? Tapi apa yang menariknya, cuba anda bandingkan begini, RM5 kita mungkin hanya mampu membeli nasi lauk ikan bersaiz XS dan sayur taugeh yang dah tak berapa nak segar tetapi dengan $5, di Singapura kita boleh merasa nasi beryani penuh pinggan. Amacam?
-C27-
39 comments
Skip to comment form
Review terbaik
Pernah terlepas booth untuk membeli Autopass dan telah memandu sejauh 1.5 km kehadapan, nak tak nak kena gostan dan berjalan kaki ke booth untuk membeli betul2 lesson learned
Pemanduan di Singapura memang menarik lebih2 lagi di bahagian pemandangan indah X)
padat dengan informasi……tq
bagus2…nnt kalo gua nak masuk sana gua roger lu…kekekeh
review bagus! sangat membantu.
kat sini NASI beriyani penuh pinggan kat kenduri pon ada lah.
semasa gua bertugas disana dahulu sebagai kuli HP .. gua rasa sistem MRT dia tahun 2001 tuh still Putra LRT tahun 2011 takleh lawan.. pergerakan pengangkutan awam spore mmg terbaik dan tersusun.. sebabnya mudah.. duit pencukai ni sentiasa di assess oleh rakyat setiap kali ada downtime ajer siap laa.. melimpah ruah komen rakyat di dada akhbar sana.. kalau kita? kehkehkeh
berkenaan komen saudara pengarang tentang signal kekiri time lampu merah ..tentu sedara perasan bila sampai di persimpangan 4 yg mempunyai tanda berhenti …kenderaan yang sampai ke garisan pertama antara simpang itu yang akan bergerak masuk ke jalan yang hendak ditujui.. dan seterusnya dikuti kenderaan kedua yang sampai ke simpang tersebut … begitu tersusun serta pejalan kaki pun melintas dengan yakin.. kalau kat sini.. kompom kucing ayam kena langgar.. kalau pejalan kaki hon angin sampai pekak telinga .. ini semau berkenaan disiplin dan kesabaran memandu.. nak terapkan ke rakyat msia ni susah sikit sebab dah terbaisa apa pun.. kita amik yg baik dari spore.. tapi part sporean kiasu ni gua mmg takleh tolerate kahkahkah
anyway.. gua miss murtabak ayam dkt masjid sultan..fuhh terbaik!
Author
Sepat
Gua cuma petik tentang pedoman nak masuk sana sahaja..karang kalau gua petik lebih-lebih, boleh bikin novel gua fikir..
Sekutu Yang Lain
Ok..kalau rasa berguna, gua pun tumpang gembira..dapat juga gua pahala sebab berkongsi ilmu
pg jalan2 okla
nk duduk sane…tobat ah…
nak isap rokok pon shh
kt asrama lg snang isap rokok…
Sesungguhnya tido sewaktu mengantuk itu lebih afdal. Sekiannn!!!
nice info min…
terbaek….bile la dpt pegi…cume dpt nengok tambak johore je….kalo keadaan kereta lak cmne…kete iswara ley masok x…?
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. So pilih la hujan batu.
apa brg spore? beli keta laju tp xleh bwk laju..negara sempit la katakan…
info yg menarik….
Ramai rakyat s’pore yg membeli & tinggal d selatan johor. Mereka hanya bekerja d sana sahaja. Hehehe…….
god job bro….
info yg bes
aku dh 19thun xmsuk sgpore….tapi aku igt time tu taun 1992 mrt diaorg suke-suke hati je lalu landasan bwh tnh….time tu gak superbike bersepah mcm ex5…peh….
ada lagi ek spesis manusia yg sanggup pilih batu dari emas? apa salahnya dari batu kita cuba tukar jadi emas? hai ntahla…
salam bro,
apa dokumen kereta yg diperlukan utk drive masuk ke singapore?
TQ
Author
nagaputra
takde dokumen yang diperlukan..cuma masa nak isi form untuk Autopass tu, pihak SLA [Singapore Land Authority] akan check bila roadtax mati
As salam bro..nak tanye..kalau untuk motor brape lama nak lepas CIQ?lepas 2 ade x parking untuk motor dlm shopping mall singapura?brape rate die kalau bro tau>thanks.
up
Parking moto kat jb, pastuh ko g larkin..ambik SBS bus masuk sgpore. sampai sane jalan2 naek public transport jeh.kalau naek kete/moto sendiri boleh kopak buat bayar parking jeh. leceh. better naek public transport.
Salam, nak tanya kalau perempuan pregnant 8 bulan boleh masuk singapore tak?? cadang nak ke singapore dengan kereta… TQ
azrizal
Kalau tak salah gua, start usia kandungan 6 bulan diaorang tak bagi masuk dah, melainkan ada reason yang betul kukuh. Nanti gua try tanya pakcik gua kat sana
azrizal & C27
boleh la kalo tak silap gua…tahun lepas gua pegi USS tp grouping la…bini gua pregnant 7 bln lebih ok jer…
salam,
aku cdang nk drive msuk ngn kete g singapore nnt,nk tnye prlu ke aku standby
copy geran kte or just bwak kad touch n go je?
thanks.
Tak perlu copy geran…tapi make sure tng tu ada duit masa nak lps tol gate msia yg byk tu dan standby jugak singdollar utk beli autopass dkt imigresen pore nnt
klau blh nak tau, cuti raya kat malaysia tahunni + cuti sekolah, seminggu,time tu ok x gi singapore, kedai makan melayu sume tutupke?
Sennah
Kalau time raya haruslah kedai makan tutup..baidewei, raya kat sana pun boleh tahan meriah juga..sampai seminggu raya pun orang masih berbaju melayu lagi. Gua cadangkan lu pergi sebelum raya, cuba pergi tengok area Geylang Serai..perh, meriah mengalahkan Masjid India
Macamana kalau keta kita prob kat sana…manala nak tahukan..keta baru pun kekadang demam jgak
Dah 7 tahun aku keje kat S’pore. Kekadang aku malu ngan sedih bile lihat rakyat Malaysia ku bersifat hasrat dengki dan cemburu terhadap orang S’pore. Sekurang2nye mereke mampu bile kerete mahal2,peduli ar boleh bawak laju atau tidak.Korang,beli Volkswagen pon entah mampu atau tidak. Aku dok sana ngan pekerja lain. Sane Subaru sikit.Yang bersepah sana adalah Merc,BMW,Audi,VW,Lambo.Mereke tak pandang pon toyota,jgn cakap perodua atau proton.
Aku rase kite patot belajar dari orang S’pore.Cara dorang belajar n kerje,respek.Disiplin tinggi. Orang s’pore pon very low profile. Kite selalu kutuk diorang,tapi diorang buat bodoh je. Kite pantang dikutuk.Kite boleh jadi kaya raya n maju,tapi nampaknya jauh lagi nak kejar S’pore tu.
laa ni citer politik pulak ker..?? ramai ke org PR sini kehkeh
buang yg keruh,ambil y jrnh…Msia blh kjr sgpore…………………….
kalau first time masuk kete tu, nak bawak ape? insurance letter tu wajib ke bawak?
Disembarkation card akan diberikan dekat point mana?
Author
amal
Tak perlu bawa apa-apa. Pastikan cukai jalan valid sahaja.
Elly
Boleh minta sewaktu berdepan dengan Imigresen Singapura. Tapi seeloknya cuba dapatkan dari awal (isi siap2) supaya tidak membuang masa nak mengisi borang tersebut.
Salam,
Kami bercadang untuk masuk ke singapura pada hari Selasa. Adakah ini saya perlu membayar VEP? Perlu dibeli di mana? Perlukah saya membawa bersama ‘cover note’ insurans?
Terima kasih