Pasang Peugeot 508 di Malaysia Jika Permintaan Berganda

Bagi merancakkan lagi industri kereta kategori RON97 [premium], Nasim Sdn Bhd selaku pengedar jenama Peugeot memperkenalkan model baharu Peugeot 508. Model 508 ini yang dilengkapi dengan enjin 1.6 liter dijual pada harga atas jalan RM169,888. Model sedan premium mewah itu disasarkan kepada golongan eksekutif dan profesional yang mengimpikan kereta berkarakter dalam kelasnya tersendiri.

Ketua Pegawai Operasi Nasim Sdn. Bhd., Datuk Samson Anand George berkata, hasrat melaksanakan CKD memang ada tetapi Nasim perlu melihat kepada berapa banyak jualan yang boleh dilakukan dalam sebulan. Katanya, jika jumlah jualan antara 200 buah sebulan adalah sukar bagi pihaknya untuk membuat CKD berikutan kos yang tinggi.

“Bagi model terbaharu 508 ini kita menyasarkan antara 150hingga 200 buah sebulan tetapi jika permintaan itu meningkat dua kali ganda tidak mustahil untuk kami meneruskan rancangan CKD,” katanya selepas majlis pelancaran Peugeot 508 sedan di sini hari ini.

Kereta tersebut telah memenangi beberapa anugerah seperti 2010 Auto Trophy di Jerman serta dinamakan Best New Car of 2011 oleh majalah Fleet World United Kingdom.

Menurut Anand George, pihaknya telah menerima 100 tempahan sebelum ia dilancarkan bagi model yang telah memenangi anugerah antarabangsa.

Beliau berkata, dengan pengenalan model terbaharu ini, ia akan membantu meningkatkan jumlah jualan keseluruhan yang disasarkan sehingga 6,000 buah.

“Nasim mempunyai perancangan sendiri untuk mencapainya termasuk menambah bilangan ruang pameran dan meningkatkan kemudahan selepas jualan. Kami yakin mampu mencapai jualan melebihi 6,000 buah dan mungkin 7,000 buah kenderaan,” katanya

Sehingga September lalu, buat pertama kali sejarah Peugeot di Malaysia, jenama tersebut kini telah melepasi jualan tertinggi sebanyak 4,000 buah bagi tempoh sehingga 30 September lalu.

Nasim dalam kenyataannya berkata, jualan tersebut telah melepasi angka jualan bagi tempoh sepanjang tahun lalu iaitu 3,773 buah.

”Sehingga September lalu, kami berjaya menjual lebih 4,000 buah kereta dan ia merupakan rekod jenama itu di Malaysia sekali gus mampu merekod jualan tertinggi sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Sumber: Utusan

Silakan kongsi:

17 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 20/10/2011 at 9:00 AM
    • Reply

    oh,Peugeot…. Peugeot???

  1. Mahal

    • Alteja on 20/10/2011 at 11:45 AM
    • Reply

    Audi pun, kalau melepasi target akan buka kilang pemasangan kat M’sia utk pasaran Asia Pasific… tak caya??? tanya pemegang APnya…

    • smut_liar on 20/10/2011 at 4:39 PM
    • Reply

    peugeot peugeot …..
    mmg smart keta dia. tp ….. utk golongan jutawan je la..

    • megatputrakuning on 20/10/2011 at 11:46 PM
    • Reply

    sparepart camne jo????halfcut ada kew???oh bru igt naza pnh apply nk jd vendor utk alat2 ganti..sbb tu mtk same gomen hapuskan hakat…gomen nk klh election thun ni haramkanlah halfcut tu…tgk cmner jadik….naza ni name je gah…tp sparepart payah nk mampuss…

  2. i lap mazda 6

    • megatputrakuning on 21/10/2011 at 10:51 PM
    • Reply

    btul tu sepat…mazda 6 mmg power…sparepart murah

    • perdanaburok on 22/10/2011 at 9:26 AM
    • Reply

    peugeot antara keta eropah terbaik di dunia. tapi harga jualan d msia mahal x ingat.

    • mahdi on 24/10/2011 at 3:59 PM
    • Reply

    peugeot keter mahal..banyak pakai elektronic banyaklah problem…nak jual balik?…value jatuh cam savy…elok bli keter mesia jer…tak der pening & sasau cari spart part..

    • megatputrakuning on 25/10/2011 at 1:12 AM
    • Reply

    comp.box barapa ribu kalau losak?itu enjin cmne nk upgrade?hihihi…1.6 rm168xxx,mazda 6 rm177xxx 2.5…
    tp papehal sodap mazda 6 jugak sama itu honda accord,itu camry…org2 hipokrit je pakai peugeot ni….

    • 00 on 16/09/2012 at 11:11 PM
    • Reply

    org2 hipokrit je pakai peugeot ni???…apa laa punyer pemikiran?..
    mcm tu nilai seseorg!…nilai dri kete yg dipakai?…bongok tul..

    • megatputrakuning on 16/09/2012 at 11:43 PM
    • Reply

    1 soalan je la nk tnye…apsal peugeot xtop seller kat msia,tpi asyik2 accord,camry,myvi….en.mahdi ader jwpan x??saab dh bangkrap,gm pun pnh bangkrap,kia top seller kat u.s..kia ni teknologi perancis ke amerika?renault kawin dgn nissan..dgr criter bmw pun dh nk pakai teknologi toyota…bkn nk jd bongok,tpi itulah kenyataannyer….

    • megatputrakuning on 17/09/2012 at 12:03 AM
    • Reply

    gua komen pun tgk keadaan sekitar msia ni….kalau tgk 406 nyer 2nd hrg pun murah giler…tp still org beli 230e w124…knp?kualiti?sparepart?sbb sparepart lah…kalau kereta tu kualiti giler2,mewah giler2 tp sparespart ssh nk mampos,hrg giler babas,tansri pun terbelit lidah dan kelu nk bli…encik00 terbeli peugeot ke?xpelah..sbb ramai gua jumpa kwn2 yg pakai kontinentel kar ni time pakai elok mmglah kembang idung,prestige lah katakan…tp time comp.box buat hal,excident bumper pch ke ape ke…mulalah mengigau nk oder sparepart….gua kerja biasa2 je..takat maampu pun putra jew..wife pun pakai myvi 1.5 jew…tp stakat ni xderlah nk jd mcm gua pnh npk chevy cruze bukak bonet tgh2 pns…bonet dpn plak tu…cmner tu….gua komen ats dsr kenyataan…so far stakat ni pakai kete2 jepun ni puas ati….

    • megatputrakuning on 17/09/2012 at 12:11 AM
    • Reply

    beli kereta ni wat mcm nk cri bini utk lelaki,
    wat mcm nk cri laki utk pompuan…pesan nenek gua…

    • megatputrakuning on 17/09/2012 at 12:14 AM
    • Reply

    mne jwpannyer…….gua silap kew?kang kate bengong terasa plak…jgn2 gua silap komen…..

    • megatputrakuning on 17/09/2012 at 7:57 PM
    • Reply

    FIAT>Fiat Is Always Trouble
    sam..mazda3 MPS,power…!
    joe..ver.6 punyer bunyi boxer buat gua nk gugur jantung….
    sbb tu france buat citer taxi tu.nk bgtau kete 406,407 tu boleh jd mcm2…dh renault kalau xkawin dgn nissan xder menjadinyer projek megane 250 tu….

    • megatputrakuning on 17/09/2012 at 8:07 PM
    • Reply

    audi skrg tgh projek dgn mazda….hah?mazda?apsal xprojek dgn peugeot?

Leave a Reply to megatputrakuningCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.