Pandu Uji: Proton Saga FLX SE

Menjadi model penting buat pengeluar kereta nasional, Proton Hondings Berhad (Proton), kereta sub-kompak itu tidak pernah jemu menerima penambahbaikan. Bermula dengan model BLM pada tahun 2008, Saga mengalami revolusi menerusi model-model seperti BLM SE (2009), Saga FL (Disember 2010) dan FLX (Ogos 2011) sebelum pada minggu lalu Proton memperkenalkan pula varian yang dikenali sebagai Saga FLX SE.

Karekter utama yang membentuk Saga FLX SE ialah enjin Campro IAFM bersesaran 1.6 liter dan kotak gear CVT (Continuously Variable Transmission). Ciri itu kemudian digabungkan bersama pelbagai aspek lain, sekali gus menjadikannya sebuah jentera yang berbaloi untuk dimiliki.

Sedia maklum bahawa Saga dengan enjin 1.6 liter pada asalnya cuma untuk dijadikan teksi. Namun, memandangkan permintaan terhadapnya terus meningkat, Proton bersetuju untuk menawarkannya kepada golongan pengguna yang lain.

Saga FLX SE disifatkan sebagai Saga yang paling sporty dan memiliki pelbagai ciri menarik setakat ini. Perubahan dapat dilihat dengan jelas sama ada pada luaran dan dalamannya.

Saya sempat memandu uji kereta itu bersama satu lagi model baharu Proton, Exora Bold menuju ke Tanjung Jara, Terengganu beberapa minggu lepas. Tetapi, untuk kali ini, kita fokuskan dahulu kepada apa yang mampu ditawarkan oleh Saga FLX SE.

Laluan kampung di bandar Al-Muktafi Billah di Dungun Terengganu menyerlahkan kemampuan sebenar jentera tersebut. Terpaksa memandu dalam hujan renyai, kelajuan maksimum yang berani diperah hanya sekadar 120 kilometer sejam.

Itu sahaja kelajuan yang berani saya tekan memandangkan rasa sistem breknya yang kurang meyakinkan. Bagaimanapun, kekurangan itu diseimbangkan menerusi stereng yang agak berat, di samping tahap pengendalian mantap ketika mengambil selekoh.

Harus diakui bahawa respons enjin 1.6L IAFM itu agak bagus. Sebaik sahaja pedal minyak ditekan, enjin mengaum untuk mencari gear terbaik demi memproleh momentum, tipikal kotak gear CVT. Bunyi enjin juga dapat didengar dengan jelas dari dalam kabin, mungkin aspek itu harus diperbaiki oleh Proton.

Untuk merasai lebih kuasa, jangan lupa menekan butang SAT (Stepped-Automatic Transmission). Butang ini membolehkan pemandu merasa pertukaran gear seperti kotak gear manual konvensional.

Sekiranya SAT masih belum mampu memuaskan hati anda, tolak tuil gear ke kolum “L”. Harus tahu bahawa ia bukan digunakan untuk mendaki laluan berbukit, sebaliknya bertinda seperti mode sport. Hasilnya, jarum rpm akan melonjak setinggi 800rpm, sekali gus memberi kuasa ekstra untuk memotong atau memecut.

Mahu menjadikannya berasa lebih mahal, ruang dalaman Saga FLX SE disertkan dengan kemasan kulit hitam bersama jahitan benang merah pada stereng, konsol tengah, tuil gear dan tampat duduk. Saya harus beritahu juga bahawa tempat duduk belakangnya cukup selesa, walaupun jika anda terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

Misi menarik minat golongan muda untuk memiliki Saga FLX SE mungkin tidak terlalu sukar menerusi penampilannya yang garang. Selain disalut dengan warna merah menyala (warna baru selain warna putih solid) jentera itu turut hadir bersama kemasan lampu kabus berwarna kelabu.

Sekeliling kereta juga dilengkapi dengan skirting berwarna kontras (kelabu). Bahagian hadapan menyerlah melalui sepasang lampu utama berbentuk tirus. Sementara bahagian belakangnya tampil menawan dengan lampu LED. Penampilannya disempurnakan lagi menerusi padanan rim aloi bersaiz 15 inci baharu yang dibalut tayar bersaiz 195/50 R15. Pendek kata, jentera itu tidak memerlukan apa-apa solekan lain untuk nampak cantik.

Berminat? Anda sudah boleh melihatnya di mana-mana pusat pameran Proton berhampiran. Mahal RM2,900 berbanding model Saga FLX, ia ditawarkan pada harga RM49,449 seunit.

-Syuk-

Kredit: Garaj Kosmo

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on 10/01/2012 at 9:05 AM
    • Reply

    terbaik….

  1. lagi murah drpd Perodua Lagi Power Lagi Best tu…

    • Smut_Liar on 10/01/2012 at 10:21 AM
    • Reply

    tak rugi der kalau cuba…pecayalah….
    proton x supo mulo doh….

    • apyzs gsr on 10/01/2012 at 10:32 AM
    • Reply

    saga lama lg best ngarut je model nie .memang lah idling naik tggi dan terasa ade pecutan sebab jenis trothle body set pakai elektronik .tekan sikit je idling tggi,membazir minyak je..best lg exora bold dan prime

  2. kiat esemka – buatan tangan student vokasional indonesia.. sekolah vokasional kita boleh buat apa yea??

  3. Ek99 panas sangatttt hehee

    • Alteja on 10/01/2012 at 2:07 PM
    • Reply

    Aku teringin gak nak pakai FLX ni… tapi kenapa Wira aku org ambik murah sangat… hadoiiii.

    • the123code on 10/01/2012 at 8:41 PM
    • Reply

    honda brio pon tahun ni kot masuk..

    • perdanaburuk on 10/01/2012 at 9:10 PM
    • Reply

    Jgn x tau proton punya resale value mmg jatuh menjunam byk bbanding produa. Ttp lebih baik drpd model dr pembuat spt naza, kia & hyundai. Yg plg baik punya resale value ialah dr model toyota & honda, kompom x rugi teruk punya. Gua pun x tau kenape sbbnya.

    1. Saga ni gua rasa nama dia memang catchy macam veyron jugak ni. pawer ah.

      1. gua rasa macam nk buat entri tapi gua rasa ZZzzzZZZzz. Ok lah sekian .

    • hantu_putih on 14/01/2012 at 10:37 AM
    • Reply

    TRANSMISI AUTO JE KE??

    • naqib on 20/01/2012 at 9:34 PM
    • Reply

    Gua rasa.. flx se ni kalau ada versi manual mesty layan punya nih.. 1.6 tuu.. power~

    • megatputrakuning201201 on 30/01/2012 at 8:37 AM
    • Reply

    alteja…xpyh jual le wira tu…aku rase kualiti dashboard lg best dri saga nih….tukar enjin+rim 16+disc brake blakang…peh…+ lagi…ekjastebel…..lagi…laghi lagi best…

    • isma on 28/06/2013 at 10:31 AM
    • Reply

    lau beli cash bape harga kete nih????

Leave a Reply to hantu_putihCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.