Honda Civic Euro: Untuk Eropah Sahaja!

Honda Civic Euro 2011.04

Pengeluar kereta masa kini banyak bergantung kepada kajian pasaran. Apa yang dimahukan oleh konsumer secara majoriti maka itulah yang cuba ditawarkan. Ini dibuat bagi memastikan produk atau ciri-ciri yang ditawarkan kepada pasaran adalah yang benar-benar dimahukan dan bukan syok sendiri. Jadi tidak hairanlah ada kenderaan yang sama tetapi mempunyai spesifikasi berbeza mengikut pasaran. Pengeluar kenderaan Jepun begitu terkenal dengan produk yang mempunyai spesifikasi berbilang dan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu pasaran Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sebagai contoh, Honda Jazz yang dibeli di pasaran lokal mempunyai spesifikasi berbeza dengan pasaran benua lain.

Selain daripada faktor kajian pasaran, faktor lain seperti undang-undang yang ketat dan standard pasaran yang tinggi juga adalah kenapa sesebuah kenderaan mempunyai spesifikasi berbeza, saya yakin para pembaca masih ingat isu hangat kenapa spesifikasi kereta Proton pasaran UK lebih ‘penuh’ berbanding model tempatan. Pengeluar kenderaan Jepun juga mempunyai halangan yang sama, berpuluh tahun lepas peraturan emisi Amerika Syarikat begitu ketat dikombinasikan dengan citarasa pasaran yang tinggi menyebabkan kereta standard Jepun sukar untuk menembusi pasaran. Walau bagaimanapun mereka berjaya mengatasi masalah tersebut melalui kepakaran teknologi yang menjamin penjimatan bahan api. Peminat Honda pasti ingat akan teknologi CVCC yang merupakan faktor utama Honda Civic lulus untuk pasaran AS. Teknologi tersebut berjaya mengurangkan emisi karbon dioksida serta karbon hidro. Penjimatan bahan api adalah barang pasti jika dipertemukan dengan kereta ‘muscle’ Amerika.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Si Limo Putih

DSC_1041 

Limosin atau pun nama mesranya, Limo merupakan kereta sedan mewah yang mempunyai wheelbase yang lebih panjang daripada kenderaan sedan biasa. Dan tahukah Sekutu biasanya Limo ini hanya disembur dengan cat berwarna putih atau hitam sahaja bagi menampakkan gaya eksklusif.

Untuk makluman Sekutu, saya telah berpeluang untuk melihat secara dekat Limo putih ini sewaktu berkunjung ke Pulau Pinang minggu sudah. Untuk orang biasa-biasa macam saya ni, dapat melihat Limo sebenar [Teksi KLIA pun turut dipanggil Limo, padahal guna kereta Waja sahaja] merupakan perkara yang cukup asing. Dahulu kala, Proton turut pernah mengeluarkan Proton Limo, menggunakan platform Saga/Iswara.  Malah Proton Limo ini turut pernah digunakan sebagai kereta rasmi mantan Perdana Menteri satu ketika dahulu.

DSC_1037

Dapat dilihat Limo ini kelihatan agak panjang, tetapi sebenarnya memang panjang sungguh. Apa yang diberitahu oleh rakan, Limo ini dimiliki seorang yang berpangkat Dato’, yang juga merupakan bapa mertua kepada artis/pengacara saluran tv berbayar. Sewaktu bersembang dengan Pengawal Keselamatan tempat saya dan tuan punya Limo menginap, Limo ini turut dilengkapi dengan Sistem Hiburan Dalaman [ICE] yang canggih.

Kalau Sekutu perasan, Limo ini juga merupakan bukan sebarang Limo kerana kebiasaannya Limo ini merupakan kereta sedan, tetapi Limo ini lebih berimejkan kereta wagon dibahagian belakangnya. Sesuatu yang agak menarik.

DSC_1035

P/S: Maaf, saya memang tak berani nak letak nama sebenar Limo ni bimbang tersalah bagi nama. Namun saya syak, Limo ni berketurunan Bentley berdasarkan carian imej di internet.

-C27-

Silakan kongsi:

Proton dan Mitsubishi Bakal Melakukan Perkongsian Strategik

Proton Inspira 2010-13

SUBANG JAYA/TOKYO, 15 SEPTEMBER 2011 – Proton Holdings Berhad dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mengumumkan yang mereka sedang dalam perbincangan serius bagi menjalankan perkongsian strategik bagi meningkatkan nilai kompetitif kedua-dua syarikat dalam pasaran global.

Antara bidang kerjasama yang bakal diterokai ialah:

  1. Perkongsian pengeluaran enjin di Malaysia
  2. Konsainan pengeluaran kenderaan MMC di fasiliti Proton
  3. Perkongsian komponen kenderaan Global Small MMC yang bakal dilancar Mac depan di Thailand dengan Global Small Car Proton
  4. Pembekalan teknologi masa depan MMC seperti elektrik, hibrid plug-in dan teknologi kenderaan hibrid.

Kedua-dua syarikat telah mengadakan kajian kebolehlaksanaan sejak lewat 2010 dan telah mengenalpasti beberapa bidang kerjasama yang boleh memberi sinergi kepada kedua-dua syarikat di arena global.

Perbincangan terbaru ini dilakukan untuk mencapai situasi menang-menang di antara kedua syarikat seterusnya membolehkan MMC mengembangkan bisnes mereka di pasaran ASEAN manakala Proton pula dapat mengembangkan barisan produk mereka dan menggunakan fasiliti sedia ada secara efektif.

Silakan kongsi:

Peugeot 508 RXH

RXH

Sejak akhir-akhir ini tahap kesibukan Skru GT tersangatlah sibuknya. Selaku Skru Gantian , saya pun turut sibuk dengan tugasan harian. Nak harapkan Skru yang seorang lagi itu [Matpon] asyik sibuk melayan Rumah Terbuka sana sini. Jadi, untuk entri Peugeot 508 RXH ini saya buat rumusan sahaja untuk dikongsi bersama.

  1. Model 508 RXH ini merupakan edisi terhad dimana hanya 30 sahaja yang dibawa ke UK berdasarkan siapa cepat dia yang dapat.
  2. Penghibridan diesel-elektrik hybrid dikuasakan oleh enjin diesel 2.0 HDiFAP menghasilkan 163hp pada pemanduan roda hadapan dan 37hp pada motor elektrik gandar belakang.
  3. ZEV – Zero Emission Vehicle untuk penggunaan jalanan yang senyap
  4. Pelepasan emisi CO2 hanya 109g/km.
  5. Antara ciri edisi terhadnya termasuk penggunaan cat Copper Metalik dan juga rim aloi bersaiz 18’.
  6. Steven Gerrad yang mempunyai gaji melebihi £50,000 seminggu boleh membeli secara tunai kerana kereta ini hanya semahal £36,000 sahaja.
  7. Dan kalau Steven Gerrad memang betul berminat nak menempah kereta ini, bulan Mac 2012 nanti baru boleh dapat.

RXH1

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

KENDERAAN ELEKTRIK NASIONAL BAKAL DI PANDU UJI DI PUTRAJAYA MELALUI USAHASAMA PROTON, KeTTHA DAN MITI

Group Photo

PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2011 – PROTON hari ini menyerahkan sebanyak tiga unit model Saga ‘EV’ dan lima unit Exora ‘REEV’ kepada Pejabat Perdana Menteri serta empat lagi Kementerian Kerajaan iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF). Proton Saga ‘EV’ merupakan sebuah kenderaan elektrik, di mana ‘EV’ merupakan singkatan kepada ‘Electric Vehicle’. Proton Exora ‘REEV’ pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak, di mana ‘REEV’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘Range Extender Electric Vehicle’.

Penyerahan kenderaan-kenderaan tersebut memenuhi fasa pertama Program Kenderaan ‘Fleet Test’ yang merupakan satu usahasama di antara PROTON, KeTTHA dan MITI dalam membantu usaha Kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastuktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia. Program ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas serta data mengenai penggunaan kenderaan elektrik PROTON tersebut merangkumi sistem, teknologi dan rekabentuk kenderaan serta tingkah laku pengguna.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Mazda BT-50 (Fighter) Baru

Mazda Fighter 2011.04

Lebih kurang 10 tahun lepas, pasaran pikap tempatan mula membesar. Terima kasih kepada Ford kerana mereka berjaya mempopularkannya melalui model Ranger. Sejak dari itu, saingan bagi merebut pelanggan semakin sengit, Mitsubishi memperkenalkan Storm, Toyota dengan Hilux dan Mazda dengan Fighter. Pikap adalah kenderaan dwi kegunaan dan kerana itu ianya begitu popular dikalangan usahawan berkeluarga. Pada hari biasa mereka boleh memunggah stok kedai atau perkakasan rumah manakala pada hujung minggu pikap boleh digunakan untuk membawa keluarga makan-makan atau ke pusat membeli belah. Harganya pula sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kereta sedan, pada laras harga RM90 ribu anda boleh membeli Honda City, Proton Inspira atau pun pikap. Yang pasti, mereka yang inginkan kelainan, ruang kargo yang besar dan ruang penumpang pastinya akan memilih pikap, pakej yang tidak ada pada kereta sedan. Harus tahu bahawa Toyota Hilux adalah kenderaan jenama asing kedua terlaris di Malaysia.

Mazda Fighter 2011.01

Jika dahulu, rekabentuk pikap condong kepada rugged dan imej itu masih lagi dipegang kebanyakan pengeluar. Walau bagaimanapun ianya langsung berbeza untuk Triton, entah kenapa Mitsubishi menggunakan konsep rekaan yang lembut dan lari jauh daripada sifir pengeluar lain, bahkan ianya langsung berbeza dengan model Storm yang nampak tegap dan lasak. Sifir Mitsubishi ternyata betul apabila Triton menjadi model pikap kedua terlaris selepas Hilux. Jika anda di dalam pasaran ini, sama ada anda akan memilih Hilux atau Triton, kedua model itu begitu popular walaupun Nissan mempunyai Navara dan Isuzu mempunyai D-Max. Jika ditanya pendapat saya mengenai di antara Hilux dan Triton, jawapannya ialah pilihlah Triton jika anda ingin membawa keluarga dan Hilux jika anda memerlukan kenderaan yang 24/7 untuk bekerja. Triton selesa untuk membawa keluarga manakala Hilux pula ternyata tahan lasak. Tetapi jika Mazda membawa masuk model terbaru BT-50 atau pun lebih dikenali sebagai Fighter untuk pasaran tempatan, ternyata senarai pendek anda akan menjadi lebih ‘kucar-kacir’. Model ini berkonsepkan “Active Lifestyle Vehicle”, suatu yang agak sinonim dengan Triton dan berbeza langsung daripada Hilux yang kelihatan gagah perkasa.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Eterniti Hemera: Gambar Studio

Hemera1

Eterniti Motors menambahkan lagi keghairahan orang ramai terhadap Hemera yang diwar-warkan sebagai Super SUV pertama di dunia. Kali ini mereka menunjukkan gambar studio Hemera untuk tatapan umum.

Hemera2

Adalah jelas dapat diperhatikan penggunaan kit badan yang kembang sana sini. Turut dilaporkan, Hemera ini mempunyai 620hp dan mempunyai kelajuan yang melampaui 180mph.

Hemera3

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

Persona Keseronokan dan Versatiliti Dalam Nissan X-Gear Serba Baru

banner 2

Kuala Lumpur (6 September 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd menambah satu lagi ahli ke dalam rangkaian Livina sedia ada dengan pengenalan Nissan Livina X-Gear serba baru yang merupakan model cross-over CKD segmen B pertama di Malaysia.

Livina X-Gear tampil dengan sifatnya yang menyeronokkan dan rekaan dalaman sporty. Ia dijangka mampu menarik minat pelanggan-pelanggan baru yang ingin mencari proposisi unik yang menggabungkan gaya luaran berinspirasikan SUV bersama versatiliti serta keluasan ruang yang mendahului kelasnya.

“Sejak pelancarannya pada tahun 2007, MPV Grand Livina telah mengukuhkan dirinya sebagai MPV bukan nasional paling laris yang memenuhi keperluan banyak keluarga di Malaysia. Dengan Livina X-Gear berkapasiti dua baris tempat duduk, kami kini mensasarkan pelanggan segmen baru yang mahukan sebuah cross-over penuh gaya untuk menunjukkan individualiti mereka. Pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal untuk kegunaan setiap hari,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Nissan Livina X-Gear 2011.01

Walaupun secara mekanikalnya model ini berasaskan kepada Grand Livina 1.6L, gayaan luaran yang menarik adalah eksklusif untuk Livina X-Gear. Ini dapat dilihat pada gril hadapan yang tampil canggih dan agresif, bampar-bampar berinspirasikan kepada SUV bersama penutup takungan pelincir berwarna perak, over-fender yang maskulin, acuan sisi dengan kemasan perak serta rel bumbung (roof rails).

Penampilan luaran Livina X-Gear dilengkapkan lagi menerusi ruang dalaman luas dan selesa yang diserlahkan melalui tempat duduk serta kemasan pintu fabrik “Tartan”. Ruang kepala dan kaki mendahului kelasnya, disempurnakan lagi dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat melalui konfigurasi 60:40. Ini sekali gus menggandakan ruang kargo dari 383L kepada 769L apabila ia dilipat – cukup luas untuk membeli-belah pada hujung minggu atau aktiviti berbasikal di kawasan luar bandar. Apabila diperlukan, rel bumbung Livina X-Gear mempunyai kemampuan membawa beban tambahan berkapasiti 25kg.

Nissan Livina X-Gear 2011.02

Aspek keselamatan di jalan raya menjadi keutamaan. Oleh itu, Nissan Livina X-Gear serba baru dilengkapi dengan dua beg udara, ABS, EBD dan BA sebagai ciri standard. Ia dikuasakan oleh enjin HRDE16 bersesaran 1.6 liter empat silinder aluminium sepenuhnya yang terbukti bagus. Ia mampu menjana kuasa sehingga 105PS dan tork 150Nm serta dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang lancar dan pertukaran gearnya dikawal secara elektronik. X-Gear juga memberi penjimatan bahan api yang cekap iaitu hanya 13.8km/ L.

Nissan Livina X-Gear serba baru ditawarkan dalam lima warna iaitu perak (Tungsten Silver), kelabu (Twilight Grey), putih (Brilliant White), hitam (Supreme Black) dan jingga (Sunburst Orange). Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah RM82,800.00, bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (yang mana tiba dahulu).

Silakan kongsi: