Pemandu Ujian Red Bull Racing Sébastien Buemi Membuat Penampilan Eksklusif di Infiniti Center Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, Malaysia (22 Mac 2012) – Sébastien Buemi, pemandu ujian dan simpanan rasmi Red Bull Racing Formula One Team telah bertemu dengan tetamu jemputan Infiniti dalam sesi eksklusif “Meet & Greet” di Infiniti Center Kuala Lumpur hari ini.

2012 merupakan tahun kedua perkongsian maju antara Infiniti dan pasukan Red Bull Racing Formula One (F1) yang menyaksikan peluang-peluang kerjasama teknikal antara kedua-dua organisasi dan selain kewujudan jenama Infiniti yang menonjol pada kereta F1, pemandu dan peralatan pasukan. Kerjasama ini melambangkan sepenuhnya etos Infiniti iaitu Inspired Performance.

Selain dapat “berlumba” dengan Sébastien Buemi melalui sebuah simulator pemanduan F1, para tetamu dan wakil media juga berpeluang bertemu dengan Buemi secara lebih dekat semasa sesi bergambar dan autograf, diapit oleh kenderaan-kenderaan mewah “berprestasi” Infiniti dengan hiasan Red Bull Racing Formula One.

Pemandu kelahiran Switzerland itu menyertai Red Bull Racing pada 2008 dan memulakan kerjayanya sebagai pemandu aktif F1 pada 2009 untuk pasukan Scuderia Toro Rosso. Buemi telah menyertai 55 kali Grand Prix dengan mengumpul 29 mata Kejuaraan Dunia.

“Beberapa varian baru khas untuk memenuhi kehendak pasaran kereta mewah akan diperkenalkan pada tahun 2012. Antaranya adalah hibrid pertama dunia yang berprestasi tinggi, iaitu M35h, sebuah model M sedan dan juga M25 yang tampil dengan enjin 2.5L V6, akan ditawarkan pada harga berdaya saing. Di samping itu, model crossover FX yang serba baru ini turut memberi wajah baru dengan estitika luaran yang lebih sporty bagi menyokong ciri-ciri prestasinya yang unggul. Kami yakin bahawa pelbagai pilihan model yang diperluaskan ini akan meningkatkan lagi tarikan Infiniti kepada pembeli kereta mewah dengan memenuhi unsur hospitaliti yang sedia ada,’’ kata Christopher Tan, Pengurus Besar Inspired Motor.

Silakan kongsi:

Ganjaran Membaca daripada MPH Bookstores

Siapa sangka dengan membelanjakan RM50 untuk membeli buku boleh memenangi sebuah Suzuki Grand Vitara? Dengan tidak disangka, Encik Lee Hor San berjaya memenangi hadiah tersebut.

Encik Lee memenangi hadiah utama peraduan Read & Reap dengan entri kemenangannya bertajuk “The Lord of the Fly – An Autobiography”. Peraduan Read & Reap dianjurkan oleh MPH Bookstores pada tahun lepas sempena ulang tahun ke 105.

Sejak bulan Mac tahun lepas, pelanggan yang membeli buku dengan jumlah minimum RM50 di kedai buku MPH atau laman webnya layak untuk menyertai peraduan tersebut. Peserta diminta mengira jumlah buku di dalam gambar yang diberi dan kemudian mencadangkan tajuk buku yang kreatif serta sinopsis ringkas.

Setiap bulan, pemenang akan dipilih untuk menyertai pusingan akhir dan dinilai oleh hakim-hakim daripada MPH Bookstores, Suzuki Malaysia, Samsung Malaysia dan Editor dari akhbar harian. 10 penyertaan peringkat akhir disiarkan di dalam laman web MPH dan terbuka untuk undian awam. Dengan gabungan markah daripada panel hakim maka Encik Lee telah terpilih untuk memenangi hadiah utama.

Hadiah-hadiah peraduan Read & Reap ditaja oleh Suzuki Malaysia (Suzuki Grand Vitara), Samsung Malaysia (Samsung Wave S8500) dan i-River.

Silakan kongsi:

Suzuki Menang Kes Lawan VW Untuk Guna Nama GTi

Gua sebagai peminat Suzuki Swift GTi agak gembira bila mana semalam gua dapat tahu Suzuki menang kes lawan VW untuk guna nama GTi. Untuk pengetahuan lu orang Swift Sport tu sepatutnya dinamakan Swift GTi, jadi memandangkan ada kes mahkamah maka ianya dinamakan Sport sahaja.

Kronologi kes bermula apabila Suzuki ingin mendaftar nama Swift GTi dengan Pejabat Trademark EU pada tahun 2003 tetapi kemudiannya dirayu oleh VW.

Mahkamah Keadilan Eropah di Luxemborg pada semalam membuat keputusan tak ada maknanya sama (Golf GTi) sebab nama yang didaftarkan oleh Suzuki ialah Swift GTi.

Mahkamah juga kata banyak lagi pengeluar kereta lain di Eropah yang menggunakan nama GTi. Jadi dengan keputusan ini bolehlah Suzuki menggunakan kembali nama Swift GTi kepada model Swift Sportnya. Gua juga harap selepas ini Proton boleh keluarkan juga model Neo GTi.

Untuk info lu orang, GTi adalah akronim kepada Grand Turismo Injection. Blog ini yang biasa dengan artikel tersiratnya juga mempunyai singkatan nama GT, atau boleh juga guna singkatan GTi, refleksi kepada keputusan yang analitikal sebelum nama GearTinggi dipilih.

-Md Uia-

Silakan kongsi:

Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen

Model konsep terbaharu Toyota iaitu FT-Bh adalah sebuah kereta yang dibina untuk membawa teknologi hibrid pada tahap yang lebih tinggi. Membuat penampilan pertama di Geneva baru-baru ini, kereta itu mempunyai berat yang ringan iaitu kurang daripada 800kg yang mana sifir tepat untuk meraih penjimatan bahan api. Kata Toyota, model itu mampu meraih 134.5mpg (2.1l/100km) dengan emisi C02 sebanyak 49g/km. Dan pencapaian itu disumbangkan oleh angka berat dan rintangan pemanduan yang rendah, aerodinamik serta sistem enjin yang efisyen. Jika dibuat penanda aras, angka-angka tersebut bersamaan dengan Toyota Yaris pada ukuran 3,985mm panjang, 1,695mm lebar, 1,400mm tinggi dan 2,570mm jarak titik roda. Emisinya pula kira-kira separuh yang dikeluarkan oleh enjin 1.0 liter Yaris.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Video: Lakaran Ringkas Rekaan P3-21A Oleh Azlan Othman

httpv://youtu.be/G9dajUycyus

Video di atas ialah penerangan dan lakaran ringkas rekaan P3-21A oleh Azlan Othman, Ketua Styling Proton. Adik-adik pembaca GT yang berminat dalam rekabentuk kereta patut tonton untuk mendapat maklumat basik mengenai penggayaan kereta.

Reka kereta mesti ada falsafah ye adik-adik, jangan hentam kromo.

-Md Uia-

Silakan kongsi:

Proton: Power Of 1

Gua rasa, peminat dan bukan peminat Proton sudah tentu maklum tentang pameran yang dianjurkan oleh Proton; Power of 1 yang sedang berlangsung di perkarangan letak kereta Stadium Bukit Jalil bermula kelmarin [14 Mac 2012] sehingga ke Ahad minggu ini [18 Mac 2012]. Perkiraan gua, Proton kali ini bertindak bijak dengan menganjurkan pameran yang sebegini dengan musim cuti sekolah yang sedang berlangsung serentak, ditambah lagi dengan pelancaran lembut [soft launced] kereta baru mereka, meraikan kemenangan Neo S2000 dalam arena rali dan tak lupa juga sempena musim baru F1 yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Oh ya, lupa pula gua nak bagitau, sempena cuti sekolah ini, Upin sama Ipin pun turut hadir memeriahkan sama karnival ini. Jadi, kepada yang ada anak kecil, pun boleh join sama pameran yang bersifat mesra keluarga ini.

Semalam gua telah bertindak mencutikan diri dengan menghadirkan diri ke sini. Pada anggapan gua, waktu gua sampai sekitar jam 10.30 pagi orang tidak ramai dan jangkaan gua ruang letak kereta akan kosong, tapi sesungguhnya ramalan gua tidak pernah benar belaka. Tempat letak kereta boleh tahan penuh juga. Memasuki dewan utama, lu orang akan disajikan [ayat MasterChef ni gua guna] dengan pelbagai perkara berkaitan teknikal mengenai Proton. Lu orang boleh berjumpa dengan adik-beradik Campro yang lain, IAFM, CPS dan tak lupa juga si bongsu, CFE. Di dewan utama ni juga lu orang boleh mendapat info mengenai clay model, dari mula diadun daripada tanah liat sehinggalah menjadi rupa bentuk kereta. Selain dari tu, lu orang juga boleh mempelajari subjek Sejarah tentang meter-meter keluaran Proton dari dulu sampailah model yang nak keluar ni.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

BMW Concept M135i

Kritikan rekaan tidak terhad kepada model-model kereta dari jenama biasa-biasa atau pertengahan sahaja. Di dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis mengenai kutukan rekaan Honda Civic dan Accord, bagaimana komen-komen di dalam blog bernada negatif. Pengguna masa kini lebih bebas dan ekspresif dalam mengeluarkan pendapat dan tidak hairanlah pengeluar kereta banyak bergantung kepada kajian pasaran. Apa yang bakal pelanggan mahukan itulah yang mahu dikeluarkan oleh mereka.

Namun kritikan terhadap sesebuah model tidak terhad kepada jenama biasa sahaja bahkan turut mengenai pengeluar kereta premium. Buktinya apabila imej BMW 1 Series baharu disebarkan, berbakul komen negatif dihamburkan. Rekaan depannya serba tidak kena hingga mereka yang pandai dengan perisian rekaan mengubah apa yang tidak kena dan memuat naik versi mereka yang tersendiri. Jika pereka model asal itu jenis sensitif, boleh jadi akan terasa pedih sampai ke tulang. Namun saya percaya, setiap keputusan bukanlah hak eksklusif perekanya malah adalah keputusan secara kolektif.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

HONDA MALAYSIA BANGKIT LEBIH KUAT PADA TAHUN 2012

Kuala Lumpur, 9 Mac 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia atau Syarikat) hari ini meraikan kedatangan tahun yang menggembirakan buat Syarikat pada Majlis Malam Media Tahunan. Dengan tema ‘It’s On’, Honda Malaysia berkongsi mengenai bagaimana ia menangani segala cabaran pada tahun 2011 dan menjadi lebih tabah selepas mengharunginya. Dengan penuh semangat dan harapan, Honda Malaysia optimis terhadap tahun 2012.

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Yoichiro Ueno berkata, “2011 merupakan tahun yang sukar dan mencabar buat Honda. Namun begitu, dengan semangat “Challenging Spirit” yang telah diterapkan ke dalam diri kami oleh pengasas Honda, En. Soichiro Honda, kami bangga untuk menyatakan bahawa kami telah mengharungi segala halangan dan mendapat pengajaran penting daripada pengalaman tersebut. Melalui semua ini, kami kini lebih tabah dan yakin tahun 2012 akan menjadi lebih baik untuk Honda.”

Meskipun tahun lalu amat sukar dan mencabar, bermula dengan gempa bumi di Jepun dalam bulan Mac dan diikuti oleh banjir di Thailand dalam bulan Oktober, Honda Malaysia berjaya mencapai beberapa pencapaian yang signifikan. Honda Malaysia mengekalkan komitmennya terhadap kepuasan pelanggan dan telah dianugerahkan dengan Penarafan Tertinggi dalam Kajian Indeks Kepuasan Jualan Malaysia (SSI) pada September 2011 oleh J.D. Power Asia Pasific 2011. Honda City, CR-V dan Accord pula berada di kedudukan (ranking) tertinggi dalam Kajian Permulaan Kualiti Malaysia (IQS) pada November 2011, juga oleh J.D. Power Asia Pasific 2011.

“Anugerah-anugerah ini membuktikan dedikasi dan komitmen daripada pekerja Honda dan para pengedar kami dalam menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti. Di sebalik rintangan yang dialami, kami mampu menjual 32,482 unit dan mengekalkan posisi No. 2 kami dalam segmen kereta bukan nasional. Tahun sukar itu berakhir dengan satu noktah yang baik iaitu pelancaran model Honda CR-Z yang membawa keterujaan ke dalam segmen hibrid. Tahun 2011 juga merupakan tahun penonjolan hibrid, dan Honda Insight muncul sebagai model hibrid terlaris dengan jualan sebanyak 4,568 unit dalam tahun 2011 iaitu penguasaan pasaran sebanyak 54%,” tambah En. Ueno.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi: