Proton Prevé kemungkinan besar dilancarkan pada 16 April 2012. Prevé adalah modifikasi nama daripada perkataan asal preve yang bermaksud bukti atau untuk membuktikan. Prevé adalah bukti Proton mampu menghasilkan sebuah kereta yang menepati ciri-ciri global seperti keselamatan, rekabentuk, teknologi, prestasi dan kualiti.
Prevé dilengkapi dua varian enjin iaitu CamPro IAFM+ dan CFE. Enjin CamPro IAFM+ dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan Getrag atau CVT2 enam kelajuan. Model paling atas iaitu CFE pula dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan CVT3 atau ingin dikenali sebagai ProTronic.
Prevé mempunyai ciri-ciri cangih seperti beg udara di kerusi, Smart Info Display (SID) yang memaparkan pelbagai informasi untuk pemandu, push start button, sensor lampu dan pengilap cermin. Daripada segi binaan, sebanyak 12 peralatan struktur badan menggunakan teknologi Hot Press Forming (HPF) di mana peralatan tersebut kuat juga ringan untuk penggunaan minyak yang efisien. Pakej struktur HPF tersebut dipanggil sebagai RESS atau Reinforced Safety Structure. Lanjutan daripada ciri-ciri global yang ingin ditampilkan, Prevé didatangkan dengan Electronic Stability Control di samping sistem brek ABS dengan EBD.
Proton Prevé dijangka dipasarkan dengan julat harga di antara RM62 ribu hingga RM75 ribu.
Pre disebut sebagai PRAY atau PREY manakala vé disebut seperti hujung perkataan Satay, Forte, Resumé atau Café.
-Md Uia-