MRC Johor 2012: GSR Repsol Air Asia Rally Team Juara!

Pusingan ketiga Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 telah diadakan dari 13 hingga 15 Julai lepas di Johor. Pusingan tersebut dianjurkan serentak dengan Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dengan penyertaan 36 buah kereta.

Pasukan Rali GSR Repsol Air Asia diwakilkan oleh pelumba tempatan dan antarabangsa iaitu Karamjit Singh, Nathan Quinn dari Australia, Fan Fan dari China dan Lohitt Urs dari India.

Selepas tiga hari yang mencabar, Nathan Quinn dan jurupandu arah Nicole Gill menjuarai pusingan tersebut dan turut mendapat tempat pertama kelas P12 dengan kereta Mitsubishi Evolution 9 mengalahkan Brian Green dari New Zealand.

Tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh Karamjit Singh dan jurupandu arah Vivek Ponnusamy di dalam kelas P9 (1.6 liter) dan tempat pertama kelas 2WD. Karamjit membuktikan kejaguhan beliau dengan menduduki podium walaupun hanya dengan memandu kereta pacuan dua roda.

Tempat keempat dan kelima juga turut disapu bersih oleh pasukan apabila Lohitt Urs dan Fan Fan yang masing-masing memandu Mitsubishi Lancer Evo 10 mendapat tempat tersebut.

Gunaseelan Rajoo, Pemilik dan Pengurus Pasukan berkata, “Kami melalui rali yang hebat pada minggu ini, bukan sahaja menjadi juara bahkan turut mendapat tempat lima teratas. Seluruh ahli pasukan bekerja keras untuk kejayaan ini. Terima kasih kepada Koordinator Pasukan iaitu Ramona dan Ketua Jurutera, Faidzil Alang atas usaha mereka.”

Encik Megat Shahrul Azmir, Pengarah Eksekutif Divisyen Pengilangan dan Kejuruteraan UMW berkata, “Tahniah kepada pasukan di atas kejayaan ini, setiap kali kami mencapai kejayaan, kami membuktikan bahawa minyak pelincir kami sememangnya sangat berkualiti dengan ketahanan pada keadaan yang mencabar dan kompetitif, ianya satu kombinasi yang bagus di antara Repsol dan pasukan GSR Repsol Air Asia, saya yakin banyak lagi kemenangan yang boleh dicapai oleh pasukan di dalam industri sukan bermotor Malaysia.”

Klik untuk galeri gambar

Silakan kongsi:

Selamat Berpuasa 2012 / 1 Ramadhan 1433

Gua syak ramai yang pagi ini akan terbabas bangunnya setelah mengerjakan ibadah sahur serta solat Subuh. Memang sedap sambung tidur, ditambah pula dengan hari cuti. Sedap 2.0 .

Dengan kesempatan yang ada ini, gua sebagai Penyimpan Mohor Besar untuk GearTinggi, ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Sekutu. Semoga amalan kita dipertingkatkan di bulan yang mulia ini. Perkara lagha, cuba elakkan, Sekian tazkirah gua pada pagi Sabtu ini.

-C27-

Silakan kongsi:

Galeri: Honda Civic 2012

Klik untuk gambar seterusnya

Silakan kongsi:

NISSAN NV200 SEMI PANEL VAN

KUALA LUMPUR (16Julai 2012) – Menyusuli pengenalan Nissan NV200 Panel Van pada Februari tahun ini, satu varian tambahan kini diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).

“Nissan NV200 Semi Panel Van yang baru adalah varian kedua bagi model NV200 yang kami perkenalkan di Malaysia awal tahun ini. Model ini telah menerima sambutan begitu hangat. Ia akan meluaskan kegunaannya kepada sektor-sektor lain dalam industri yang memerlukan pengangkutan boleh dipercayai, kos cekap bagi kargo atau penumpang, atau kedua-duanya sekali,” kata Dato’ Dr. Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif ETCM.

Dengan saiz luaran serupa dengan NV 200 Panel Van, varian NV 200 Semi Panel Van mempunyai barisan tempat duduk kedua yang terletak di belakang tempat duduk depan. Barisan tempat duduk ini dapat memuatkan tiga orang dan ia mempunyai tali pinggang keledar bagi setiap penumpang. Ini telah menjamin keselamatan kesemuanya di dalam kenderaan tersebut. Penumpang boleh masuk ke dalam kereta menerusi pintu lonsor yang dilengkapi dengan cermin tingkap tetap pada kedua-dua belah kenderaan.

Kawasan kargonya memiliki keluasan 2.33 meter kubik. Barang-barang boleh dimasukkan menerusi pintu belakang yang besar. Kerja memuat dan memunggah menjadi mudah disebabkan ketinggian lantai van ini hanyalah 520mm dari tanah. Paling menarik, bumbung dalaman NV200 Semi Panel Van telah dilengkapkan dengan kemasan lapik kusyen.

NV200 Semi Panel Van juga menggunakan enjin yang telah terbukti, iaitu enjin 1.6-liter HR16DE bersama Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menghasilkan kuasa maksima 109ps dan 152Nm kuasa kilas. Ia dilengkapi transmisi manual lima kelajuan bagi penjimatan bahan api yang optimum. Bantuan kuasa kemudi roda yang menggunakan motor elektrik juga menyumbang kepada penjimatan bahan api.

Ia datang dengan Meter Pelbagai Fungsi unik yang memaparkan maklumat penting seperti revolusi enjin, penggunaan bahan api, jarak dan tempoh pemanduan pada paparan 2.8” Dot Matrix.

Ciri-ciri keselamatan standard termasuk Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist, Zone Body construction, SRS Air Bag (bagi pemandu), pengetat tali keledar depan dengan pengehad muatan, lampu berhenti dipasang tinggi dan cermin sisi yang besar.

NV200 menetapkan penanda aras baru dalam kelasnya daripada segi keselesaan pemanduan. Dengan enjin dipasang di hadapan kabin seperti kereta penumpang, tahap kebisingan dikurangkan dan penumpang juga tidak akan mengalami ‘kerusi panas’ seperti van terdahulu yang enjinnya terletak dibawah tempat duduk.

Harga atas jalan (termasuk insurans dan caj berkaitan pendaftaran) bagi Nissan NV200 Semi Panel Van serba baru ini ialah RM70,900.00 di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. Ia didatangkan dengan waranti 3 tahun atau 100,000km, yang mana dahulu. Tertakluk kepada terma dan syarat-syarat.

NV200 Semi Panel Van, dipasang di Malaysia, kini boleh didapati di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia.

Silakan kongsi:

Honda Malaysia Melancarkan All-New Civic

Serdang, Selangor – 12 Julai 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (“Honda Malaysia” atau “Syarikat”) hari ini secara rasminya melancarkan Civic Generasi Kesembilan yang dinanti-nanti untuk lebih memperkasakan kewujudannya dalam pasaran.

“Setengah tahun pertama 2012, kami mendapat perhatian yang tinggi. Kami membuat kejutan dalam pasaran dengan beberapa berita baik dan produk baru yang menarik,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Yoichiro Ueno sebelum memperkenalkan model yang dinanti-nantikan ini.

“Hampir 40 tahun, Civic mencatat reputasi yang cemerlang dengan memberikan prestasi tinggi dari segi pemanduan, kualiti, kecekapan bahan api dan nilai lebih daripada yang dijangkan dalam segmennya,” katanya.

Secara kumulatif, Civic telah dijual lebih daripada 19.7 juta unit seluruh dunia sejak generasi pertamanya dilancarkan pada tahun 1972. Di Malaysia, sejak pelancaran pertama Civic Generasi Ketujuh di Malaysia pada tahun 2003, lebih sebanyak 58,000 unit dijual sehingga kini.

Pada masa yang sama, ia diiktiraf sebagai model yang menerajui segmen model sedan bukan nasional bersaiz sederhana. Kejayaan model ini diperkukuhkan lagi dengan penerimaan hangat terhadap Generasi Kelapan yang dilancarkan pada tahun 2006 dengan jualan hampir 49,000 unit.

Amerika Syarikat sebagai pasaran terbesar bagi Civic, hampir 163,000 unit dijual dalam setengah tahun pertama tahun ini. All-New Civic ini diiktiraf sebagai model paling laris dalam segmennya sekali gus menjadi peneraju untuk segmennya.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Nissan Grand Livina Autech

KUALA LUMPUR (10 Julai 2012) – Dengan pelbagai anugerah seperti Anugerah Industri Auto Asian Auto-VCA untuk kategori “MPV Nilai Terbaik Untuk Wang” dan “MPV Terbaik” oleh majalah Stuff, model Nissan Grand Livina kini merupakan salah satu MPV paling popular di Malaysia sejak pelancarannya pada 2007.

Tahun ini, MPV bukan nasional paling laris ini menerima lebih daripada sekadar facelift atau penambahbaikan luaran tetapi juga aspek penting daripada AUTECH. Bagi mereka yang mengetahui, AUTECH adalah syarikat penalaan profesional bagi kereta-kereta Nissan dari Jepun.

Grand Livina AUTECH yang serba baru ini mengekalkan enjin 1.8-liter MR18DE manakala kini didatangkan dengan jeriji depan krom yang besar disusuli bamper depan baru juga dengan kemasan krom. Nissan Grand Livina AUTECH kini tampil dengan rim roda aloi AUTECH 15-inci 6-mata. Penampilannya lebih mantap dengan kemasan intan, dengan tekstur berwarna logam (gunmetal) pada setiap mata. Model dipertingkatkan ini juga menampilkan warna baru Bronze Gold dan tapisan filem tingkap V-Kool Solargard Armorcoat. Jata AUTECH tertera pada bahagian lampu belakang, menyempurnakan perubahan luaran.

Kabin dalaman juga telah dipertingkatkan dengan cita rasa kemewahan dalam sarung kulit berwarna perang atau hitam beserta sistem bersepadu multimedia dan navigasi iaitu paparan sentuh 6-inci petunjuk GPS dengan kamera mengundur, pemain DVD, USB dan sambungan Bluetooth selain paparan LCD 10.2” yang dipasang pada bumbung, sebagai pilihan. Ia membolehkan penggunaan bebas tangan telefon bimbit bagi pemanduan lebih selamat dan juga membolehkan penumpang mendengar koleksi muzik peribadi untuk menikmati perjalanan yang lebih menyeronokkan.

Pelancaran Nissan Grand Livina AUTECH baru ini juga seiring dengan musim ‘balik kampung’. Dikenali kerana pemanduan ala-sedan, perjalanan yang lancar dan pengendalian semasa menempatkan tujuh penumpang dengan selesa; ia adalah kenderaan yang tepat untuk diguna pulang ke kampung pada musim cuti.

Mengulas pelancaran varian terbaru tersebut, Dato’ Dr Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berkata, “Pasukan inovatif di AUTECH bukan sahaja telah memberi penambahbaikan luaran terhadap Grand Livina tetapi juga meningkatkannya bagi memenuhi personaliti dan gaya hidup pemandu hari ini. Dan dengan sambutan Hari Raya tidak lama lagi, ia adalah kenderaan ideal untuk pulang ke kampung dengan selamat secara bergaya.”

Harga atas jalan bagi Nissan Grand Livina AUTECH baru ini bermula daripada RM105,800.00 (Semenanjung Malaysia) dan kini boleh diuji pandu di semua bilik pameran ETCM di seluruh negara. Dan jika anda tidak sabar untuk memilikinya, datanglah ke kompleks membeli-belah One Utama (Concourse, New Wing) pada 11-15 Julai untuk mengesahkan pembelian MPV ditala AUTECH yang eksklusif ini.

Silakan kongsi:

“RIDE AND DRIVE” MEMPAMERKAN KEUPAYAAN GT RADIAL

Kuala Lumpur, 25 Mei 2012: GT Radial mengaturkan acara Ride and Drive selama 2 hari di Kompleks Speed City di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebagai salah satu jenama tayar yang terkemuka di dunia, GT Radial berharap untuk mempromosikan produk mereka serta menunjukkan pelbagai keupayaan tayar GT Radial kepada pengedar dan pengeluar automotif, serta pengguna akhir di Malaysia.

“Kami rasa bahawa cara yang terbaik untuk mempromosikan tayar kami secara langsung adalah untuk meletakkan tetamu kami di belakang roda kereta yang dipasang dengan tayar kami. Dengan ini, mereka dapat rasa prestasi kereta yang menggunakan tayar kami”, kata Arijanto Notorahardjo, Pengurus Besar Pemasaran PT Gajah Tunggal Tbk, pengeluar tayar berasaskan Indonesia yang akan mengawasi pengeluaran dan pembangunan daripada tayar GT Radial bagi pasaran Malaysia.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil-wakil daripada Proton, dengan mana PT Gajah Tunggal Tbk mempunyai perjanjian OEM untuk membekalkan tayar untuk model Proton seperti Prevé baru dan Exora.

“Perkongsian dengan Proton adalah satu tanda bahawa tayar kami mendapat sambutan di Malaysia,” kata Arijonto. “Kami berhasrat untuk mendorong tayar kami kepada syarikat-syarikat kereta lain di negara ini, kerana kami rasa bahawa tayar GT Radial adalah pilihan yang sesuai untuk aplikasi memandu di Malaysia.”

Tetamu pada majlis itu juga mendapat kesempatan untuk mengalami pameran keupayaan GT Radial dengan pemandu kereta lumba dari Australia, iaitu Chris O’Shannessy, Charlz Ro, David Russell dan Joel Neilsen yang dibawa khas untuk acara tersebut. Acara kemuncak pada hari itu adalah kursus ‘drifting’ oleh ‘drifter’ professional Malaysia, Ee Yoong Cherng.

Pelbagai kereta seperti Audi TT, VW Golf GTI, Perodua Myvi, Proton Exora termasuk kereta terbaru Proton Preve dilengkapi dengan pelbagai tayar GT Radial. Antaranya adalah GT Radial Champiro BAX-2; GT Radial Eco Champiro; dan GT Radial champiro HPY.

GT Radial, jenama yang diiktirafkan di peringkat antarabangsa tayar, kini boleh didapati di Malaysia dari pengedar terpilih. Produk GT Radial juga termasuk tayar kereta penumpang, 4x4s, trek kereta dan kenderaan komersil.

Pelbagai produk yang terdapat di Malaysia adalah pelbagai Champiro, HPY, BAX2 dan Eko, dengan CX Maxmiler untuk van komersil dan komprehensif tayar komersial untuk trak berat.

“Kami tidak sabar menantikan pembukaan kedai konsep GT Radial di Pulau Pinang dalam tempoh dua bulan akan datang. Setakat ini, kami sedang mencari kira-kira 5 kedai dan berharap dapat mencapai kepada para pemandu dan pengeluar di sekitar utara Malaysia”, katanya apabila ditanyai mengenai rancangan strategik syarikat.

GT Radial adalah salah satu jenama tayar terbesar di dunia dengan pengeluaran lebih daripada 30 juta tayar setahun dan dieksport ke lebih dari 100 negara.

Untuk pengagihan di Asia Tenggara, tayar dikeluarkan dan dibangunkan oleh PT Gajah Tunggal di Indonesia.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

JEEP GRAND CHEROKEE SRT – JEEP Paling Laju dan Pantas Dibina!

Berbelas tahun dahulu jenama Jeep dari Amerika Syarikat (AS) banyak di atas jalan raya tempatan. Model paling popular ialah Cherokee dan Wrangler. Tidak bertahan lama, jenama tersebut terus pudar dan yang tinggal hanyalah model-model terpakai di laman web jual-beli barangan. Mungkin dek kerana pengeluarnya hanya menfokuskan kepada enjin sesaran besar menjadikannya tidak mesra poket pembeli untuk mengisi minyak dan membayar cukai jalan tahunan. Tambahan pula rakyat tempatan lebih gemar kepada jenama Jepun berbanding jenama negara lain. Harus tahu, Toyota Hilux sudah lama menjuarai carta jualan jenama asing terlaris di dalam negara.

Jenama Jeep di luar negara masih beroperasi, pasarannya masih lagi ada untuk ditawarkan model baharu. Varian terbaharu Jeep ialah Grand Cherokee SRT dengan penampilan agresif dan maskulin. Roda aloinya besar sungguh iaitu bersaiz 20 inci, badannya direndahkan manakala interiornya pula diinspirasikan daripada stail perlumbaan. Dakwa Jeep, Grand Cherokee SRT adalah varian yang paling mantap pengendalian dan pemanduannya hasil daripada penggunaan suspensi Active Adaptive dan sistem kawalan cengkaman (traction) Selec-Track dengan lima jenis mode dinamik. Sistem pacuan 4X4 nya dikoordinasikan oleh transfer case Quadra-Trac Active on Demand dengan bahagian belakang mempunyai Electronic Limited-slip Differential (ELSD). Untuk pemberhentian berkesan, Grand Cherokee SRT dipasangkan brek Brembo dengan ABS empat roda.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi: