Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster

Lamborghini adalah sebuah jenama kereta super dan merupakan pesaing utama Ferrari. Jika disoroti, sejarah jenama itu penuh dengan warna-warni. Pengasasnya iaitu Ferrucio Lamborghini adalah seorang hartawan yang terlibat di dalam bidang kejuruteraan dan paling terkenal sekali ialah pembuat traktor. Iya, memang benar, Lamborghini asalnya ialah pembuat traktor. Bisnesnya yang lain ialah membuat pemanas dan penyaman udara. Sebagai seorang hartawan, pengasasnya mempunyai koleksi kereta-kereta mewah dan pastilah yang wajib dimiliki ialah Ferrari. Kisahnya membuat kereta bermula apabila Lamborghini pergi ke Ferrari untuk menuntut klac keretanya yang rosak. Beliau mendapati klac yang digunakan adalah sama seperti pada traktornya. Beliau ke Ferrari untuk meminta gantian yang lebih elok dan Ferrari menolak tuntutan tersebut dan mengatakan Lamborghini hanyalah pembuat traktor dan tidak tahu apa-apa mengenai kereta sport. Bermula dari situ, Lamborghini berazam untuk mengeluarkan kereta sport sendiri mengikut citarasanya sendiri, iaitu lebih sempurna dan selesa berbanding kereta Ferrari yang bising dan lebih kepada kereta lumba.

Kata Ferrari ada benarnya, membuat kereta sport bukan mudah, prestasi Lamborghini tidaklah membanggakan. Saham banyak kali bertukar tangan dan pernah bankrap. Untuk kita rakyat Malaysia, harus tahu bahawa Lamborghini pernah dimiliki oleh firma milik Indonesia dan Malaysia sebelum dijual pada tahun 1998 kepada Audi, anak syarikat Kumpulan VW. Dengan dana dan kolam kejuruteraan yang besar, Lamborghini mula bangkit dan model pencetusnya ialah Murciélago dan beberapa siri semakan semula pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 2011 Lamborghini melancarkan Aventador LP 700-4 selepas sepuluh tahun Murciélago didalam produksi. Sehingga kini model tersebut sejak dilancarkan telah dimiliki oleh lebih 1,300 pelanggan dan baru-baru ini Lamborghini melancarkan varian baharu iaitu Aventador LP 700-4 Roadster. Bezanya ialah pemandu dan penumpang model itu boleh menikmati udara dan kelajuan pada masa yang sama kerana bumbungnya boleh ditanggalkan.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Gambar Risikan: Proton Preve Hatchback?

Seperti yang kita sedia maklum terdapat dua varian Proton Preve iaitu model sedan dan hatchback. Dikhabarkan Proton Preve Hatchback akan dipasarkan pada tahun hadapan.

Gambar ini dirakamkan sekitar Kuala Lumpur oleh 5Dzal.

@muhd_gt

Silakan kongsi:

BMW M6 Gran Coupé: Empat Pintu, Bumbung Low Rider!

Di dalam dunia rekabentuk kenderaan sekarang ini terdapat gayaan baharu yang dikenali sebagai coupé. Terma tersebut bukanlah baharu dan sebelum ini dirujuk kepada kereta dua pintu dengan bentuk sporty tetapi mempunyai bonet. Paling dekat dengan kita ialah Proton Putra, Hyundai Coupé atau pun Kia Forte Koup. Kereta berbentuk begitu banyak ditawarkan di Amerika Syarikat. Harus tahu, Honda Accord mempunyai versi coupé di pasaran sana. Sekarang ini, coupé telah didefinisikan semula dan tidak terhad kepada kereta dua pintu sahaja. Contoh coupé generasi baharu ialah Mercedes CLS,VW (Passat) CC dan Hyundai Sonata. Identiti coupé boleh dilihat pada bentuk bumbung yang rendah dan menariknya mempunyai empat pintu. Senang kata, coupé generasi baharu ialah kereta penumpang dengan bumbung yang rendah dan gayaan sleek. Lebih menarik, Hyundai Sonata misalnya mempunyai saiz interior yang luas dengan kelegaan kepala yang selesa walaupun dari luar nampak seperti berlaga bumbung.

Rekaan tersebut dicapai melalui manipulasi perkadaran (proportion) yang dilakukan oleh perekanya. Arus rekabentuk masakini juga berubah apabila banyak kereta menggunakan konsep kotak 2.5 berbanding kotak tiga. Kotak pertama merujuk kepada bonet depan, kotak kedua merujuk kepada ruang pemandu dan penumpang manakala kotak ketiga pula ialah bonet belakang. Dari segi visual, kereta moden nampak seperti mempunyai bonet belakang yang pendek dan saiz yang sempit. Hakikatnya melalui kaedah kotak 2.5, bonet belakang ditarik ke bahagian penumpang belakang dan sebab itu yang nampak pada mata kasar hanyalah suku daripada saiz sebenar bonet. Jika dibuka, ruangnya jauh terperosok ke dalam.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Untuk Dijual: Proton Satria 1.3 SE

Proton Satria SE 1.3 Manual untuk dijual!

Kereta kat atas tu gua punya, dulu gua pakai untuk ulang alik kerja. Sekarang Satria SE ni langsung tak gerak sebab gua dah pandu kereta lain. Kadang-kadang Abah gua naik, kadang-kadang Adik gua naik.

Daripada gua simpan saja-saja ada baik gua jual pada insan yang sudi mengambil alih kasih gua. Sebenarnya gua beli Satria ni dulu nak buat rali tak pun main gymkhana. Tetapi sekarang ni gua rasa malas pula. Gua pun tak tau nak main apa pula lepas ni. Mungkin gua jadi hipster.

Apa yang menarik dengan kereta Satria ini ialah minyak dia yang jimat dan paling penting stok alat ganti tinggi macam bukit dan mekanik boleh baiki sambil pejam mata dia punya senang. Mana-mana kedai yang tak simpan stok alat ganti memang kodi.

Sesiapa yang berminat, spesifikasi seperti di bawah.

Car/Model: Proton Satria 1.3(M) SE

Features: New Metallic Black Paint, SSW sport rims, Bridgestone MY01, Special Edition Accesories, CD player

Price: RM13200

Year: 2004

Mileage: 130k kms

Contact: geartinggimedia@gmail.com

Location: Ampang, Selangor

Gua cakap British sebab gua dah emel kepada pedagangmotor. (MotorTrader)

@muhd_gt

 

Silakan kongsi:

Audi RS 6 Avant: Wagon 4.0 liter V8!

Mereka yang berada di Eropah mengambil serius mengenai kereta wagon. Pasaran di sana besar hinggakan wajib untuk kebanyakan pengeluar kenderaan mempunyai model wagon. Kebanyakan kereta jenis itu dibangunkan berasaskan model sedan tetapi dengan bumbung yang dipanjangkan menjadikan ruang bonet lebih besar. Baru-baru ini saya sempat memandu uji sebuah wagon buatan Sweden dan ya, wagon sememangnya praktikal. Jika disebut wagon, mungkin ramai yang membayangkan Nissan AD Resort namun sebenarnya banyak lagi model-model jenis itu di atas jalan raya tempatan seperti Volvo V50, Subaru Forester atau pun Mitsubishi Lancer Evolution Wagon. Selain daripada itu, Perodua Alza, Nissan Grand Livina, Honda Stream dan Toyota Wish sebenarnya juga boleh dikategorikan sebagai wagon cuma bezanya model-model tersebut mempunyai kerusi tambahan di barisan ketiga.

Untuk wagon yang dipaparkan kali ini, saya tidak pasti apakah label yang sesuai untuk digunakan kerana kuasanya sangat tinggi. RS 6 Avant buatan Audi ini hanya mengambil masa 3.9 saat untuk memecut dari sifar ke 100 km/j. Jika kereta yang laju digelar supercar maka layaknya RS 6 Avant ini digelar superwagon. Masakan tidak kerana enjin yang menguasakannya bersesaran 4.0 liter V8 TFSI dengan turbo berkembar! Output kuasanya pula ialah 560PS dengan tork setinggi 700 Nm. Sememangnya RS 6 Avant bukan wagon untuk kaum ibu menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Kelajuan maksimum standard model itu ialah 249.45 km/j dan boleh ditingkatkan kepada 280 km/j melalui pilihan pakej Dynamic dan jika itu masih tidak memadai, pakej Dynamic plus membolehkan pemandu memecut sehingga 304 km/j. Saya tidak pasti siapa yang akan berani memandu selaju itu dengan sebuah wagon tetapi ianya adalah suatu yang tidak terjangkau dek akal jika difikirkan fungsi asal sebuah wagon sebagai kenderaan yang praktikal.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Galeri: Proton Satria Neo R3 2012

Ramai yang tanya perbezaan Proton Satria Neo R3 yang baru dengan Proton Satria Neo R3 berwarna merah api (fire red). Untuk informasi anda semua, model merah api dilengkapkan dengan modifikasi mekanikal seperti set ekzos, ecu, penapis udara dan transmisi nisbah singkat (close ratio). Tema warna interior juga berbeza dan paling penting sekali edisi merah api hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit.

Proton Satria Neo R3 2012 adalah versi jimat Kedai Rakyat 1Malaysia bak kata Matpon dalam Facebook. Harganya adalah sekitar RM64 ribu sahaja. Mahal sedikit berbanding Perodua Myvi Extreme Lagi Power Lagi Best.

@muhd_gt

ps: Warna hitam tu cun macam Proton Satria R3!

Silakan kongsi:

Kia Forte 2013: Penerus Kecemerlangan Kia!

Hampir sedekad lepas, pengguna dalam negara ditawarkan opsyen kereta sedan yang menarik iaitu Kia Sephia dan model penggantinya iaitu Spectra. Kedua-dua model tersebut menerima sambutan hangat mungkin dek kerana rakyat mahukan sesuatu yang baharu berbanding pilihan kebanyakan iaitu Proton Waja atau Gen.2. Harganya pula tidaklah murah setara kereta nasional namun tetap berjaya menawan hati pengguna tempatan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun memilikinya ada yang mengeluh alat ganti kereta buatan Korea tersebut sukar untuk diperoleh dan mahal pula harganya. Akibatnya kedua-dua model itu mempunyai nilai jualan semula yang rendah. Tidak kurang juga yang bertaubat untuk tidak memiliki kereta buatan Korea lagi. Adakah Kia atau pengedar utama tempatannya iaitu Naza mengalah? Langsung tidak malah mereka gigih memasarkan model pengganti Spectra yang dikenali dengan nama baharu iaitu Forte atau Cerato di sesetengah pasaran global.

Forte adalah pengubah permainan untuk Kia apabila model tersebut mendapat sambutan hangat di kebanyakan pasaran dunia. Model itu merupakan produk pertama rekaan pasukan Peter Schreyer untuk Kia yang merupakan seorang ikon di dalam bidang rekabentuk kereta. Apabila model tersebut dilancarkan seolah-olah pasaran yang pernah ‘sakit hati’ dengan jenama tersebut langsung memaafkannya. Pakejnya lengkap iaitu rekaan yang menarik, kejuruteraan yang moden, ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan kesemua itu dipakejkan dengan harga yang sangat sukar untuk ditandingi oleh pesaing lain. Mereka yang pernah memandu uji Forte atau yang sedang memilikinya pasti setuju bahawa model itu mempunyai citarasa Eropah dan bukan seolah-olah dikeluarkan oleh syarikat Korea. Jadi tidak hairanlah ramai yang jatuh cinta dengan model itu dan berjaya membuka pasaran baharu untuk Kia.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Proton Satria Neo R3 Dilancar

Proton secara rasminya telah melancarkan Proton Satria Neo R3 semalam. Model yang diasaskan daripada Satria Neo CPS, telah menerima penambahbaikan dengan beberapa aksesori R3 telah dipasang secara eksklusif , meliputi splitter, spoiler, dan tak lupa juga rim R3 yang memang kelihatan tersangatlah kacaknya bilamana dijodohkan dengan tayar 195/50 Continental.

Manakala diruangan dalamannya pula telah dipasang tempat duduk semi-bucket bersalut kulit yang akan menjanjikan gaya pemanduan yang lebih sedap orang kata. Selain itu, double-DIN turut dipasang untuk menghiburkan pemandu yang tersangkut di kala menempuh kesesakan yang dasyat disamping mencari-cari jalan alternatif bolehlah diharapkan kepada sistem navi yang turut tersedia. Dari segi keselamatan, beg udara berkembar turut dipasang disamping Satria Neo R3 ini turut dilengkapi dengan ABS dan juga EBD bagi menjamin kereta ini mendengar kata dikala tuannya menyuruh untuk  berhenti dengan kadar segera.

Amacam, ada rasa berkenan dihati tak nak masuk meminang? Jangan risau, harga yang ditawarkan kepada bakal-bakal pembeli bolehlah dikategorikan sebagai mampu milik, sekitar RM61k-RM64k sahaja. Untuk pemilihan warna, bolehlah dipilih antara Tranquility Black, Fire Red dan GTi Silver. Manakala, warna kuning S2000 tu belum lagi ditawarkan  buat masa ini. Tunggu tahun depan barangkali. Senang cerita, sembang banyak pun tak guna. Baik gua belek slip gaji, untung-untung boleh lepas lagi untuk gua submit loan buat meminang Satria Neo R3 ni, Lu orang pun kalau ada rasa berkenan dihati, orang tua berpesan jangan tunggu lama-lama. Nanti dikebas orang.

Sumber Gambar: CikWanieProtonMotorsport

-C27-

Silakan kongsi: