#turunkanhargakereta: Harga Kereta di Langkawi 2013

Langkawi

Umum mengetahui terdapat perbezaan harga kenderaan di antara tanah besar dan Pulau Langkawi. Memandangkan pulau itu adalah kawasan bebas cukai seterusnya membolehkan penduduk Langkawi menikmati harga yang lebih rendah. Berikut disenaraikan harga (RM) beberapa jenama terpilih untuk varian pertengahan dan transmisi automatik di pulau tersebut:

Toyota

1. GT86 = 146,343.32

2. Camry 2.0G  = 105,354.80

3. Vios 1.5G = 65,393.38

4. Avanva 1.5G = 51,534.54

5. Innova 2.0G = 78,582.19

Nissan

1. 370 Z Coupe 3.7L = 190,036.90

2. Teana 2.0L Luxury = 96,815.30

3. Almera 1.5L V = 62,013.50

4. Grand Livina 1.6L Comfort = 67,827.00

5. Serena Comfort = 87,304.60

Honda

1. CR-Z 1.5L = 117,000.00

2. Accord 2.0 VTi-L = 94,815.30

3. Civic 2.0S = 85,980.00

4. City Grade S = 58,980.00

5. CRV 2.0L = 103.800.00

6. Stream 1.8 = 93,995.30

7. Jazz Grade S = 59,800.00

Mitsubishi

1. Lancer GT 2.0 = 76,830.30

2. Mirage = 40,269.65

3. Pajero Sport GL = 86,257.00

4. ASX = 75,312.30

*Senarai harga di atas ada yang termasuk dan tidak termasuk insurans dan cukai jalan

#malaysiamemilih

#turunkanhargakereta

Silakan kongsi:

Jawatan Kosong di Proton Holdings Berhad

Doa Proton 2011.04

Ramai yang bercita-cita untuk bekerja dengan Proton dan jika anda berminat dan berkelayakan, Proton kini menawarkan pelbagai jawatan untuk diisi. Informasi lanjut adalah seperti di bawah:

1. Assistant Manager, Security Services
2. Head of Body, Group Technical Procurement
3. Head of Chassis, Group Technical Procurement
4. Senior Executive, Project Management, Logistics Planning & Inventory Control
5. Executive, Quality Audit & Compliance
6. Manager, Recruitment
7. Manager, HR Operations – Proton Edar Sdn Bhd
8. Executive, Pricing & Projects – Group Finance
9. Executive, Instrument Panel – Group Procurement
10.General Manager, Procurement Planning
11.Executive, CAX & Engineering IT
12.Engineer, Engineering Development and Services (EDS)
13.Executive, Project & Data Management, Supply Change Management & Production Control
14.Executive, Body Assembly – Manufacturing
15.Lead Engineer – Project Management Office , Product Planning and Development
16.Senior Executive / Assistant Manager, Human Resources – Miyazu (M) Sdn Bhd
17.Senior Executive (Support) – Group Risk Management
18.Senior Executive (Technical) Group Risk Management
19.Senior Executive (Commercial) – Group Risk Management
20.Senior Executive, Reporting – Group Finance

Untuk memohon, klik:

http://siva-my.jobstreet.com/_ja/jobstreetAssist.asp?companyid=2411

Silakan kongsi:

Volvo R Design: S60, V60 dan XC60

668056_48330_1_5

Varian baharu R-Design untuk barisan model Volvo seperti S60, V60 dan XC60 menampilkan rekaan sporty, pemanduan dinamik dan kuasa enjin yang dinaiktaraf kepada 329hp melalui pakej prestasi Polestar.

“Model R-Design baharu adalah padanan sempurna untuk mereka yang mahukan prestasi dengan perincian yang sempurna. Melalui model baharu S60, V60 dan XC90 R-Design, kami telah merubah model-model popular itu dengan fokus kepada perincian,” kata Doug Speck, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Jualan dan Khidmat Pelanggan, Volvo Group.

“S60 dan V60 R-Design dengan casis yang rendah, enjin T6 dan rim opsyen 19 inci adalah pakej yang tepat. Dikontrakan dengan kerusi sport baharu membolehkan pemandu menikmati pemandua yang selesa disebalik peningkatan prestasi kereta,” tambah Doug Speck.

668032_48327_1_5

Ketiga-tiga model R-Design dirias semula dengan wajah baharu. Bampar depan lebih agresif dengan gril tanpa bingkai berwarna Tech Matte Black dan disempurnakan dengan bilah dan logo yang elegan dan ditambah pula dengan lencana R-Design sebagai lambang prestasi. Lampu DRL pada sisi bampar pula memberi efek kereta yang rapat ke bumi.

“Arca roda depan adalah antara perincian kecil yang menaikkan lagi aura sporty yang membalut roda jenis Ixion dengan saiz 19 inci untuk model S60 dan V60 manakala model XC60 pula bersaiz 20 inci,” kata Fedde Talsma, Pengarah Rekaan Luaran. Di belakang pula, peralatan R-Design terdiri daripada peresap dengan rekaan yang unik dengan sirip aero serta tailpipe berkembar.

Dibahagian interior pula dipasangkan kerusi sport yang dibaluti dengan tekstil Nubuck dan kulit. Logo R pula disulam dengan warna biru. Terdapat juga opsyen kerusi yang dibalut kulit sepenuhnya kecuali untuk varian R-Design Lux yang didatangkan standard.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Penurunan Harga Kereta: Realistik atau Populis?

turunkanhargakereta 2013.01

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sedang menjalani sistem dua parti yang terdiri daripada pemerintah dan pembangkang. Setelah sekian lama pembangkang kucar-kacir dengan agenda yang ingin dibawa akhirnya mereka duduk bersama di dalam sebuah perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Umno dan rakan-rakan awalnya sudah tahu bahawa jika ingin Tanah Melayu merdeka, rakyat pelbagai kaum perlu bersatu dan mahu atau tidak mereka perlu berada di bawah satu payung yang hari ini kita kenali sebagai Barisan Nasional.

Selama berpuluh tahun BN memerintah dengan gah tanpa usikan kuat daripada pembangkang. Tidak dinafikan terdapat beberapa peristiwa politik yang besar namun itu semua belum lagi menjatuhkan BN. Bukan apa, pembangkang sendiri lemah dalam membentuk pakatan dan memberi ancaman besar kepada BN dan banyak bertembung sesama sendiri. Hari ini bezanya parti pembangkang sudah menemui titik pertemuan dan lebih padu dalam turut sama mencorakkan pemerintahan negara. Apa yang dilaungkan PR lebih bergema dan memandangkan mereka mempunyai sejumlah sokongan dan senario itu dilihat lebih menarik apabila BN sendiri menyambung gema yang dilaung. Di dalam konteks ini ialah cadangan untuk menurunkan harga kereta.

turunkanhargakereta 2013.02

Isu penurunan harga kereta ini sebenarnya sudah lama, jika diimbas kembali pada tahun 2006, kerajaan sudah pun melakukannya buat pertama kali. Isu turunkan harga atau lebih senang penghapusan cukai sebenarnya adalah agenda ekonomi global atau yang selalu kita dengar sebagai globalisasi. Matlamat utama globalisasi ekonomi ialah menghapuskan sebarang halangan bagi kemasukan produk atau perkhidmatan ke sesebuah negara. Halangan ekonomi tidak terhad kepada cukai sahaja malah hadir di dalam pelbagai bentuk seperti kuota import, standard atau pun birokrasi. Halangan-halangan ini penting bagi memastikan kelangsungan industri tempatan dan memandangkan Proton dan Perodua masih belajar membuat kereta dengan betul maka kerajaan melihat keperluan untuk melindungi industri tersebut. Halangan adalah perkara biasa dalam pelaksanaan ekonomi globalisasi, jika di Malaysia perlindungan diberi untuk industri automotif di negara lain berbeza pula industri yang ingin dilindunginya.

Di peringkat negara-negara Asean ada sebuah perjanjian bebas yang dikenali sebagai Zon Perdagangan Bebas Asean atau lebih dikenali sebagai AFTA. Objektif utama AFTA ialah untuk mewujudkan suasana kompetitif dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara Asean. Negara-negara Asean yang terlibat sudah pun mematuhi apa yang patut dipersetujui melalui perjanjian tersebut di dalam beberapa bidang ekonomi dengan Malaysia membuat penangguhan di dalam sektor automotif. Sebab itu ada rakyat kita yang pulang dari melancong ke Indonesia mengadu harga kereta di sana seperti Honda Jazz atau Toyota Vios lebih murah. Bagi mereka yang ke luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom atau Jepun pula biasanya akan merungut benda yang sama. Tidak perlu contoh jauh sebenarnya, jika disemak harga kereta di Pulau Langkawi pun rakyat sudah boleh lihat perbezaan struktur cukai yang dikenakan. Hakikatnya, kerajaan mengenakan cukai yang lebih kerana mengikut pendapat mereka, industri automotif tempatan perlu dilindungi. Selain daripada itu, cukai kenderaan merupakan hasil pendapatan negara. Walau bagaimanapun, kerajaan dijangka menurunkan cukai dalam masa beberapa tahun lagi bagi menghormati perjanjian AFTA sepenuhnya. Di dalam sektor automotif, Thailand dilihat lebih ke hadapan dalam menarik pelabur asing hingga digelar sebagai Detroit of the Asia. Ini boleh dilihat dengan kehadiran pengeluar utama dunia seperti Ford dan Toyota yang menjadikan negara itu sebagai pengkalan utama dalam mengeksport model utama syarikat. Bukti nyata ialah hampir kesemua pikap yang dibawa masuk ke negara kita dikilangkan di Thailand dan terdapat beberapa model lagi seperti Toyota Vios, Honda Jazz dan sebagainya.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Pandu Uji Honda Civic 2.0S: Imej Sporty, Karakter Famili!

Honda Civic mempunyai legasi yang sangat besar, model itu mula diperkenalkan pada tahun 1972 dan telah terjual jutaan unit seluruh dunia. Sewaktu mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 70an, Civic mendapat sambutan hangat kerana pada masa itu negara tersebut mengalami krisis minyak. Di Amerika Syarikat Honda Civic lebih kepada kereta rakyat, untuk kegunaan orang ramai sebagai kenderaan harian mereka. Berbeza di tempat kita, Civic diposisikan sebagai jenama pertengahan sesuai dengan harganya. Dek kerana posisi tersebut, Civic telah mencapai status kereta idaman di mana mereka yang memilikinya sudah mencapai sesuatu dalam hidup.

Juga kerana legasi dan rekod kualiti yang baik Civic mempunyai nilai jualan semula yang stabil. Lihat sahaja di ruang iklan kereta terpakai di mana harga Civic masih lagi melekat pada aras puluhan ribu ringgit. Bukan setakat itu, Civic dipuja oleh pelbagai selera pasaran, ada yang membelinya kerana imejnya yang sporty, eksekutif dan keluarga. Ini boleh dilihat di atas jalan raya, ada pemandu berkolar putih, ada yang bawa famili dan tidak kurang yang jenis meriah dengan pelbagai aksesori. Harus tahu, Civic melalui beberapa generasi mempunyai model prestasi yang dikenali sebagai Type R. Model tersebut diubahsuai secara rasmi oleh Honda kerana perlumbaan adalah antara jiwa syarikat. Pengasasnya iaitu Soichiro Honda sendiri adalah seorang pelumba. Lebih menarik Honda Malaysia secara rasminya telah membawa masuk Civic Type R dan manisnya Malaysia adalah negara jualan rasmi kedua selepas Jepun. Tidak cukup dengan model prestasi, Honda turut memberi perhatian kepada alam sekitar apabila memasarkan Civic Hybrid. Lengkap kesemuanya varian Civic, untuk pelbagai jenis kehendak pasaran jadi tidak hairanlah kenapa model itu berjaya, kerana dengan satu model pelbagai jenis pelanggan boleh dipuaskan.

Honda Civic generasi kesembilan telah dilancarkan di dalam negara pada bulan Julai tahun lepas. Model baharu itu mempunyai sejarah kontroversi yang bertimpa-timpa. Mula sekali dilancarkan di Amerika Syarikat ramai yang mengutuk rekabentuknya tidak seradikal model sebelum ini, reviu daripada jurnalis pula tidak banyak yang menyebelahi. Kemudian program CKD terganggu dek kerana banjir besar di Thailand. Honda sendiri terputus bekalan untuk beberapa model penting sementara menunggu operasi pulih sepenuhnya. Akhirnya Civic berjaya dilancarkan di negara kita namun ramai pula yang mengkritik rekabentuknya. Ini berlaku kerana rekabentuk Civic baharu lebih konservatif berbanding model generasi kelapan. Tambahan pula, Civic baharu ini dibangunkan ketika ekonomi dunia meleset dan jangkaan pada waktu itu ialah pasaran mahukan kereta yang ekonomikal. Hakikatnya, jika dibuat kajian mengenai rekabentuk kereta-kereta Honda, syarikat itu banyak menggunakan falsafah evolusi berbanding revolusi. Ramai yang sukakan Civic generasi kelapan kerana model itu menampilkan rekabentuk yang radikal, berbeza sepenuhnya berbanding model sebelum itu. Dengan generasi kesembilan ini, Honda dilihat kembali kepada falsafah utamanya iaitu menggunakan konsep evolusi. Model generasi kelapan telah ditambah baik, permukaan yang kasar dilembutkan, yang tidak seimbang dilaraskan dan hasilnya lahirlah sebuah Civic baharu dengan rekaan yang segar, lembut dan beremosi.

Klik untuk bacaan setersunya

Silakan kongsi:

PERADUAN MEKANIKA MALAYSIA – SHELL LUBRICANTS

Menangi pek minyak pelincir sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra bernilai RM218 pada setiap minggu dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah!

Sebagai tanda terima kasih atas sokongan para pembaca terhadap laman web baharu ini (Syuk punya), Mekanika Malaysia akan menganjurkan satu peraduan tidak lama lagi.

Mendapat kerjasama daripada pihak Shell Lubricants, anda hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah berdasarkan kepada artikel yang ada di laman web Mekanika Malaysia dan video Shell Helix Driven to Extremes di YouTube.

Hadiahnya? Pek minyak pelincir sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra empat liter bernilai RM218. Peraduan ini akan berlangsung selama empat minggu dengan dua pek minyak pelincir dihadiahkan pada setiap minggu.

Bukan itu sahaja, ‘Like’ yang ke-200, 300, 400, 500 dan seterusnya juga bakal  menerima hadiah misteri daripada Mekanika Malaysia.

Jadi, tunggu apa lagi. Rajinkan diri anda untuk melayari laman web ini dan sebarkan kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan ketua kampung anda juga!

Silakan kongsi:

Nissan X-Trail Wajah Baharu

Kuala Lumpur, 16 April 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. Di samping menawarkan praktikaliti, bahagian luaran yang lebih rugged dan ruang dalaman lebih halus.

Nissan X-Trail baharu yang diimport sepenuhnya ini menawarkan keselesaan premium yang sewajarnya ada pada sebuah SUV dalam kelasnya. Ia telah ditambah baik menerusi penampilan luaran yang lebih berani dan sporty. Misalnya gril dan bampar hadapan, lampu utama bagaru, rekaan lampu cerah, lampu belakang LED serta lampu brek. Nissan X-Trail baharu Nampak semakin rugged sekarang dengan rim aloi 5x jejari berkembar dan tayar bersaiz 17 inci.

ETCM turut meningkatkan pertaruhan ke atas keselesaan premium Nissan X-Trail baharu dengan tona dalaman gelap bagi menambah baik ambien kabin. Stereng, brek parking dan tuil gearnya kini dibalut kulit. Selain rekaan meter visi dengan gegelung krom, sistem audio baharu bersama skrin sentuh navigasi multimedia 6”, kamera undur dan fungsi pemanas/penyejuk untuk ruang penyimpanan barang hadapan.

Ketika X-Trail terus memberikan praktikaliti inovatif bersama kehalusan mengagumkan dan penjimatan bahan api, Pengarah Eksekutif ETCM, ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Dengan pengenalan semua perubahan terkini ini, Nissan X- Trail akan terus berpegang kepada multi fungsinya, sekali gus menjanjikan pemiliknya dengan ketahanan di jalan biasa dan laluan off-road. X-Trail telah dibandingkan dengan kenderaan “Segmen D” kerana prestasinya mengagumkan, keselesaan dan memberikan pengalaman yang mewah.”

Nissan X-Trail mengekalkan ruang kargo yang terbaik dalam kelasnya. Papan bagasi yang boleh dibuka dan dibasuh, ruang penyimpanan barang dengan bilah boleh ubah dan kapasiti VDA sehingga 603 liter sememangnya diterima baik oleh para pemilik X-Trail yang menghargai praktikaliti yang ditawarkannya. Nissan X-Trail yang sangat versatil dan rugged ditawarkan pada harga di atas jalan RM149, 530.60 bersama pengenalan warna baharu, Putih Solid.

Sempena pengenalan Nissan X-Trail 2.0 baharu, ETCM akan mengadakan kempen promosi dikenali sebagai “Which Road X-Cites You?” dan “X-travaganza”. Kempen Which Road X-Cites You?” turut membawa tiga lagi model Nissan yang berkongsi sifat sama – Pengembaraan. Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman (X-Perience) Nissan X-Trail, menerokoa (X-Plore) Nissan Navara dan teruja X-CITE(D) dengan Nissan X-Gear!

Untuk tempoh terhad, promosi “X-travaganza” pula menawarkan rebat menarik sehingga RM10,000 (dalam bentuk nilai) dan pelbagai hadiah untuk model-model Nissan terpilih.

@muhd_gt

Silakan kongsi:

#turunkanhargakereta

Isu turunkan harga kereta ini sebenarnya sudah lama. Lebih kurang enam tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional sudah pun melakukannya buat pertama kali. Jika tidak dimasukkan di dalam manifesto pun, mahu atau tidak adalah menjadi kewajiban sebarang cukai dihapuskan menjelang tahun 2016 bagi mematuhi perjanjian AFTA selepas penangguhan yang diminta oleh kerajaan dengan Asean.

Dasar Automotif Negara juga sebenarnya telah disemak semula dan katanya polisi tersebut lebih bersifat menyeluruh hasil daripada kajian khusus yang dilakukan oleh Institut Automotif Negara (MAI) yang merupakan NGO di bawah pengawasan MITI. Cuma khabarnya pengumuman mengenai semakan tersebut ditangguh dahulu.

Baru-baru ini, Pakatan Rakyat berikrar untuk menurunkan cukai sebanyak 100% dengan nilai 20% setiap tahun hingga tahun kelima. Barisan Nasional pula berjanji untuk menurunkan cukai sebanyak 30% secara beransur-ansur.

Apabila ini berlaku, terdapat kesan positif pada rakyat iaitu akhirnya kita dapat membayar kereta pada harga dunia. Kesan negatifnya pula, nilai harga kereta sedia ada akan hangus sehinggalah jumlah pinjaman diselesaikan. Contoh mudah ialah nilai jualan semula lebih rendah dari baki pinjaman. Selain daripada itu, bisnes kenderaan terpakai pula akan jatuh merudum.

Untuk mengatasi kesan negatif tersebut ada beberapa cara yang dikira praktikal antaranya:

1. Kereta murah, akses payah.

Di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, harga kereta lebih murah namun aksesnya payah. Bank Negara boleh menguatkuasakan polisi pinjaman seperti jumlah pinjaman untuk kereta baharu dikurangkan daripada 90% buat masa sekarang kepada 80% hingga 70% sahaja. Tempoh bayaran pula disingkatkan daripada 9 tahun kepada 7 tahun. Hendak lebih rigid, jumlah pinjaman untuk kereta kedua dan ketiga dikurangkan kepada 70% atau 60%

2. Harga sama, ditambah nilai.

Di dalam pasaran, kereta dipasarkan dengan pelbagai varian daripada basik hingga spesifikasi penuh. Apa yang boleh dibuat ialah, sebagai contoh Proton Preve CFE spesifikasi penuh berharga RM73k ditambah nilai dengan lebih beg udara, kerusi kulit, atau pun waranti selama 10 tahun tanpa penambahan atau pengurangan harga.

Cara di atas dilihat lebih praktikal dan paling penting dapat memelihara kelangsungan industri automotif dan poket rakyat. Apa pun sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, rakyat akhirnya dapat menikmati harga kereta yang lebih murah. Harapnya kos penggunaan kereta juga turut rendah.

@muhd_gt

Silakan kongsi: